Keempat empat gadis kembar itu sedang leka mengemas baju masing masing dengan senyuman yang paling gembira terukir di bibir mereka .
Bergema bunyi gelak ketawa gurau senda mereka berempat di dalam bilik itu . Happening . Yeah ceria bilik itu dengan suara mereka semua sehingga suara suara mereka jelas terdengar sampai ke bawah .
Puan Salwa mengukirkan senyuman di bibirnya . Gembira apabila anak anaknya gembira . Siapa je tak gembira bila family gembira ye dok ?
Berlainan pula dengan Encik Zafran . Dia gelisah . Yaa risau , takut , gementar semua perasaan bercampur aduk . Mereka akan balik ke kampung esok pagi . Dengan separuh ke tidak relaan Encik Zafran memutuskan untuk balik ke kampung . Dia belum bersedia untuk memberi tahu kepada anak anaknya tentang perkara itu . Dia mengeluh untuk kali yang ketiga tanpa sedar . Keluhannya semakin berat dan kuat .
Puan Salwa yang menyedari kegelisahan sang suami segera mengambil tempat di sebelah suaminya . Dia mengosok belakang badan Encik Zafran . Menyumbang sedikit semangat . Dia tahu Encik Zafran sebenarnya tidak dapat menerima perkara itu . Anak anak mereka masih lagi kecil untuk di pertaruhkan . Sudahlah anak anaknya panas baran , keras kepala , kepala batu , kepala angin , kepala simen semuanya . Lagi lagi Wawa dan Fara . Paling teruk Wawa . Panas baran tak pernah dapat control . Ikut ayahnya la ni .
Dia perlu susun strategik agar anak anaknya setuju tanpa bantahan . Jika tidak , dia akan berasa bersalah pada pihak sebelah sana . Salahnya jugak , setuju tanpa berfikir panjang ketika itu ialah kerana waktu itu keluarga mereka sangat terdesak .
" Sabarlah , bang . Kita sama sama tempuhinya ya ? Sama sama beritahu diaorang pasal ini . Abang perlu kuat . Sal sentiasa ada dengan abang . Apa yang jadi mesti ada hikmahnya , betul tak abang ? " Sedaya upaya Puan Salwa cuba memujuk hati suaminya yang bercelaru .
Encik Zafran tersenyum sedikit mendengar pujukan isterinya . Dia mengangguk . Mujur dia mempunyai seorang isteri yang sangat memahami . Sebab itulah dia sangattt sayangkan isterinya nan seorang nii . Yehet !
###
" Yehet yehet dah sampai . Wahhh bestnya dah lama tak balik kampung . Tok Mak !! Tok bak !! We are here ! " Wawa mendepakan tangannya seluas yang boleh . Dia menghirup udara segar . Over . Itulah di katakan B dalam hati pada Wawa .
B menjeling . " Over la kau ni , Wa . Macam tak pernah balik kampung je . " Haaa gaduh ! Gaduh !
" Eleh . Biar ah . Kita bukan selalu balik kampung pon . Bukan senang papa nak bawak kita balik kampung tahu tak kecuali kalau ada apa apa . " Ucap Wawa membalas kata kata B .
Baru B mahu menjawab tiba tiba dia menangkap kata kata Wawa . Ye tak ye ! Encik Zafran hanya membawa mereka balik ke kampung jika ada apa apa majlis , masalah atau niat selain dari hari raya . B berfikir sendirian .
" Woi minahci , tak nak masuk ke ? " Laung Wawa di muka pintu . Fara menepuk dahinya . Adeh susah dapat twin tarzan ni . Atul ketawa melihat wajah Fara yang bengang . Malu beb dapat akak suka menjerit tak kira tempat ni !
Hajah Fatimah mengeleng kepala melihat kerenah cucu cucunya . Walaupun kembar tapi perangai dan sifat mereka berlainan .
" Ha ? Eh asal korang tinggal aku ? Eyy tunggu la aku . " Cepat cepat B mengangkat begnya dan berlari anak ke arah rumah .
" Tok makkkkkk !! B rindu Tok mak huhuhu . " Rasa nak menangis pon ada jugak bila nampak muka Tok mak . Dia segera memeluk erat badan Hajah Fatimah . Rindu . Baru nak buad sesi jejak kasih , orang dah lama berhenti .
" Dah dah . Lepaslah . Sesak nafas Tok mak kena peluk dengan kamu . Aih . " mereka semua ketawa melihat muka Hajah Fatimah yang kemerahan .
" Tok mak ! Tok mak masak apa ? " Tanya Fara . Mukanya berseri seri . Berharap Tok mak masak makanan kegemaran mereka .
" Aah aah . Tok mak masak apa ? " Sambung Wawa . Dia mengosok perutnya . Terbayang masakan masakan Hajah Fatimah yang menyelerakan .
" Korang ni .. tak habis habis dengan makan eyy tapi badan tak gemok jugak . Geram aku ! " Komen Atul . Jeles doh .
Wawa dan Fara mencebik . " Suka hati ahh . Eleh jeles . "
" Tak ada masa aku nak jeles ! Werk . " Atul menjelirkan lidah . Wawa dan Fara menjengilkan mata . Berani kau ejek kitaorang ? Ey siap kau nanti .
" Dah dah . Jangan gaduh ! Jom kita pergi dapur , makan . Tok mak korang ni memang dah ada masakan istimewa untuk korang . " Kata Haji Zakaria . Berharap agar pergaduhan cucu cucunya berhenti .
Puan Salwa dan Encik Zafran ketawa kecil melihat drama depan mata mereka . Drama ? Eyy yeke drama pft whateverlah .
###
Rayziq duduk di atas sofa menonton tv . Oh bukan . Salah . Tv yang menonton dirinya . Macam mana boleh tahu tv yang tengok dia bukan dia yang tengok tv ? Haa dia tenung tv tu bagai nak tembus tak berkelip . Mukanya nampak stress . Stress memikirkan suatu benda .
Rayyan berdiri sambil termenung di balkoni bilik mengambil angin . Dia jugak sedang berfikirkan sesuatu . Beberapa kali terdengar keluhannya . Berat . Ya , sangat berat . Seperti mahu pecah kepala dia memikirkannya .
Si bongsu pula sedap berbaring di atas katil . Kebiasaanya kalau dia meletakkan badannya di atas tilam , mesti terlelap . Tapi , hari ini tidak . Dia jugak seperti abang abangnya . Berfikir tentang mereka . Sesekali dia cuba melelapkan mata , namun hampa . Dia tetap tak boleh tidur .
Rayyan beristigfar . Tidak baik mengeluh . Dia menutup pintu balkoni dan bergerak ke arah katil . Telefon di meja lampu di capai . Nombor seseorang di cari . Jumpa !
Yan ;
Call aku sekarang . A.S.A.P !
Beberapa saat kemudian , telefonnya berbunyi nyaring minta di angkat menandakan sesorang call .
' Hello , dude . Assalamualaikum . Aku tahu apa kau nak cakap . Aku pon tak pasti lagi . Serba salah ! ' Kedengaran orang di talian sebelah mengeluh .
" Waalaikumusalam . Ya . Aku pon sama . Aih . Aku stress . "
' So kau bagi jawapan apa kat appa and omma ? Jangan cakap kau terima wow . I know you , boy . ' Teka si pemanggil . Dan sememangnya tepat . Ya betul ! Rayyan terima .
Rayyan mengeluh . " Yeah you know me , right . Aku rasa I should terima . Ya , semua anak anak mestinya nak bahagiakan ibu dan ayahnya , kan ? Aku nak omma dengan appa happy as balas budi diaorang . "
Antara mereka bertiga , Rayyan adalah orang pertama yang menerima permintaan ayahnya . Walaupun dia sedikit kecewa dan sedih .
" ya . I know . Hm if kau dah kata macam tu, maybe yes I will give the same answer . Tak apalah bukan aku seorang yang kena , kan ? Korang pon sama . Ahahahaa . Hm I hope my future fiancee is the most beautiful from other ahahaha . ' Si pemanggil adalah sepupu merangkap kembar angkat mereka merangkap kawan baik . Sifatnya sebijik sejibik Rayyan sebab itulah mereka berdua membolehkan menjadi rapat seperti adik beradik kandung .
Rayyan ketawa . Sedikit hambar . " Whatever , Rayzif . Just take it . Aku tak kesah pon ahahahaa . Oklah dude . Aku nak tidur . I need some rest . Bye . Assalamualaikum . "
Talian di matikan selepas Rayzif menjawab salam . Rayyan meletakkan telefonnya kembali .
" Rayzif terima ? " Tanya Rayziq .
Rayyan mengangguk . Tak ada mood nak bercakap .
Raykal dan Rayziq mengeluh . " Aku rasa aku pon patut terima . " " Me too " Sampuk Raykal .
" Okay . Appa and omma akan gembira mendengar . Aku bangga dengan korang . Good night . " Balas Rayyan pendek . Malas mahu memikirkannya lagi . Bertambah stress . Baik tidur , dapat hilangkan stress . Dia menyelimutkan badannya dan mengiring ke arah dinding .

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Si Kembar .
RomanceBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...