" Malam ni siap awal tau . Pakai baju yang omma sediakan atas katil . " Arah Puan Rayna ketika mereka sedang duduk santai di hadapan televisyen selepas minum petang .
" Ha ? Buat apa ? Nak pergi mana , ma ? " Tanya Raykal yang becok mulutnya .
" Ikut jelah apa yang omma suruh . Janganlah banyak soal . Kau nii .. ish " Marah Rayziq . Dia paling tidak suka mulut becok adik bongsunya .
Memang dia tertanya tanya mereka akan pergi ke mana , tetapi janganlah tanya , nantikan saja . Mana tahu omma dan appa nak kahwinkan diaorang ke kan ? HAHA . Kata Rayziq dalam hati sambil tersengih sengih . Tiba tiba dia teringat akan gadis yang di langgarnya ketika mahu ke tandas . Cantik .
" Hak alah kau . Suka hati akulah . Haa yang kau ni pahal sengih sorang sorang . Gila ke ? Eyy aku tak nak ada abang yang gila . Tolongla . Omma , appa hantarkan Rayziq pergi hospital gila , dia dah tak betul . " Rayyan tergelak mendengar kata kata adiknya , Raykal . Ada ada saja benda untuk diaorang gaduh .
" Dahlah jangan gaduh . Baik korang pergi mandi awal awal . Nanti nak pergi tinggal pakai baju je . Korang dahlah mandi paling kejap 30 minit , pikir omma dengan appa sanggup tunggu korang mandi lama tu ? " Haa Rayyan mula bersuara . Auranya lain sikit .
Raykal menjeling .
" Awal lagilah , Yan . Kau ni kita lek leklah dulu . "
" Betul cakap Rayyan . Kalau korang siap lagi awal , bolehlah kita pergi sana lagi awal . Dapat tolong diaorang siapkan kenduri . " Sokong Encik Danny .
" Haa ? Kenduri ? Siapa nak kahwin ? Rayziq ke nak kahwin ? Wahh appa kenapa Rayziq je dapat kahwin ? Raykal pon nakkk .. Raykal nak dengan budak perempuan yang tuuu yang kat sekolah apaa tah tuu . Haa . " Rengeknya . Dia teringat akan gadis comel di antara pengawas pengawas yang membimbing mereka di sekolah Saj tempoh hari .
Rayziq membulatkan mata . " Bila masa aku nak kahwin ? Eah kau ni .. dah gatal nak kahwin lepastu kaitkan aku eyy budak niii ! "
Rayziq memasang kekuda untuk mengejar Raykal . Habis lintang pukang Raykal lari untuk selamatkan diri . Bergegar rumah banglo pusaka itu . Rayyan , Puan Rayna dan Encik Danny mengeleng kepala .
Rayyan bangun . Dia meminta izin ibu ayahnya untuk ke bilik , mandi mahu bersiap . Sopan santun mamat ni . Sejuk mata memandang . Anak mithali . Untung siapa dapat dia .
###
Empat orang gadis kembar itu bersiap siap memakai baju kurung masing masing di hadapan cermin besar yang terletak elok berderet empat buah cermin di dalam bilik baju . Kongsi satu cermin tak boleh agaknya , nak jugak sorang satu . Dahlah cermin tu lagi besar dari orangnya . Uh . :3
Hari ini masing masing memakai baju kurung pilih sendiri . Tak nak mama pilihkan nanti warnanya mesti sedondon berempat eyy macam boria jee pakai baju sama macam adik beradik bahagia padahal hari hari bergaduh tak tentu pasal .
" Weh ramai ke yang datang kenduri arwah kali ni ? Adehh aku nak tidurlah . Mengantuk . " Wawa yang telah siap memakai tudung berwarna merah hati dan baju kurung berwarna maroon berjalan menuju ke katil dan menghempaskan badannya ke atas tilam sambil kaki tergantung di hujung katil .
" Manalah aku tahu . Ish kau ni asyik asyik tidur . Tak penat ke ? " Fara menjeling Wawa yang berada di atas katil . Dia masih lagi berperang dengan tudungnya . Tah apa lagi yang tak okay pon tak tahu .
" Buat apa nak penat bila tidur . Aku tidur lagi dapat kumpul banyak tenaga . " Wawa memejamkan mata .
" Kau ni ,Waa . Cuba kurangkan tidur tu sikit . Tak boleh lasak sangat . Sikit sikit tidur , sikit sikit sakit . " Tegur B sebagai akak . Bukan apa , Wawa ni pelik sikit . Dia ni tak boleh lasak sangatla , tak boleh itulah inilah . Susah ! Itulah orang kata anak nombor tiga ni memang lain sikit .
" Aish . Dah hobi aku macam ni , suka hati aku ah sibuk je ! " Balas Wawa geram . Dia paling tidak suka orang menegur pasal perangai kaki tidurnya itu . Anti , benci !
Atul mengelengkan kepala . " Dahlah . Baik korang siap cepat . Nanti boleh tolong mama , papa , pakcik , makcik tu semua kat bawah . "
Wawa yang baru bangun dari pembaringan , menghempas badannya semula ke tilam . " Urghh . Whyy ? Aku tak nak . Kau nak turun , kau turun . Nanti orang masjid , orang kenduri dah sampai kau panggil aku . Aku nak baring kejap . "
" Haah haah . Aku pon tak nak turun . Korang pergilah . Aku nak chat dengan Qal jap . " Sokong Fara . Dia yang baru siap segera duduk di sofa di hadapan tv .
Bilik mereka memang lengkap dengan semua benda . Sofa , tv , air cond , toilet , bilik pakaian , peti ais and semua . Nasib baik mesin basuh dengan dapur api tak bawak masuk sekali kalau tak , tak tahu nak kata apa .
" Sorang kuat tidur , sorang asyik balas chat pakwe apalah korang berdua ni . Aish . Siapalah nak buat isteri kalau macam ni . Memang jadi anak dara tualah korang ni ! " Marah B . Mukanya merah menahan marah .
" Halah kau ni . Kau nak tolong ,pergilah tolong lahai . Tahu tak aku tengah gaduh dengan Qal ni . Eyy . " Balas Fara yang tekun membalas chat .
Wawa ? Dah sampai ke syurga dah minah tu tidur . Tah mimpi apa dah pon tak tahu . Sekejap je kalau nak suruh dia tidur , tak payah susah susah nak bobokkan bagai .
B dan Atul keluar dari bilik itu untuk turun bawah , konon menolong para ibu ibu kemas untuk kenduri . Semasa menutup pintu , B sempat menghempas pintu itu sekuat hati . Melepaskan geramlah tu . Entah bergegar sampai bawah ke tak tu . Ish ish ish teruk punya anak dara . Mesti orang bawah terkejut dengar .
Namun , Fara hanya menjeling pintu itu dan membiarkannya . Haa Wawa tak payah cerita , memang tak akan sedar minah tu bila dah tidur . Tidur matikan , biasalah . Rumah meletup pon dia tak akan sedar . Bila mummy monsters dua ekor tu kejut nanti tak tahulah bole bangun ke tak . Kalau boleh , allhamdulillah . Kalau tak boleh , innalillah tak tahu nak buat apa lagi dah . Susah nak kejut alien tidur . Lagi lagi dia tidur pakai tudung , lagi kebal telinga dia . Fuh !
Fara menjeling Wawa yang lena di buai mimpi . Dia mengelengkan kepala . Apalah B hempas pintu sekuat hati macam kapal terbang Mh370 terhempas kat sebelah dia pon tak sedar . Bergerak seinci pon tak ! Kata Fara dalam hati . Dia kembali menekan keyboard telefonnya . Chat siapa pon tak tahu . Entah betul Qal ke tak pon I donno . HAHAHA .
YOU ARE READING
Cinta Si Kembar .
RomansaBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...