Petang itu sampai saja di rumah , tiga orang jejaka itu terus saja naik ke bilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat .
Setelah siap menunaikan solat , mereka turun untuk minum petang apabila di panggil oleh ibunya .
" Evening , omma " ucap si bongsu , Tengku Danish Raykal . Dia memberikan ciuman di pipi kanan Puan Rayna .
" Evening , dear . Come " dia menuangkan air ke dalam cawan anak anaknya .
" Where's appa , omma ? " tanya Rayziq . Atau nama penuhnya Tengku Danial Rayziq , putera sulung keluarga ini .
" Appa ada hal katanya . Dia kena pergi office kejap " Jawab Puan Rayna . Dia menghirup sedikit air di dalam cawannya .
Kembar itu menganggukan kepala . Faham .
" Omma .. " Panggil Raykal manja . Cuba menarik perhatian ibunya .
Dia ingin memberitahu kepada ibunya tentang lawatan ke Malaysia minggu hadapan . Mereka mesti mengikuti lawatan itu kerana mereka telah ditanggungjawabkan oleh pengetua .
Sebab ? Mereka pun tak tahu . Tetapi , memang selama ini jika ada apa apa program semestinya mereka yang akan dipertanggungjawabkan oleh guru guru . Mungkin guru guru mempercayai mereka bertiga .
" Nae ? " Jawab Puan Rayna . Walaupun dia orang melayu asli , tetapi dia juga tahu sedikit demi sedikit bahasa Korea . Iyelah , dah jadi orang Korea mesti kena belajarkan ?
" Maa , minggu depan kami ada lawatan " Sambung Raykal . Dia memandang kedua abangnya . Rayyan hanya memerhati . Rayziq memberikan isyarat untuk terus memberitahu kepada ibunya .
" Lawatan ? " Tanya Puan Rayna pula . Dia memandang anak anaknya .
" Yaa . Lawatan . Boleh tak kami nak pergi , omma ? " Rayziq pula bercakap dengan ibunya .
" Lawatan ke mana ? "
" Ke ... Kee .. " Tergagap gagap Rayziq cuba untuk menjawab soalan ibunya .
" Ke Malaysia " Jawab Rayyan selamba . Lambat sangat menunggu abangnya menjawab . Tergagap gagap !
" Malaysia ? Dah lama omma tak balik Malaysia . Hmm " Tiba tiba Puan Rayna teringatkan kampung halamannya di Malaysia .
Semenjak dia berkahwin dengan suaminya , dia hanya balik ke Malaysia dua kali setahun sahaja . Itupun sebelum dia mengandungkan anak anaknya . Selepas dia melahirkan kembar itu , barulah mereka ada balik ke Malaysia . Itupun kerana mereka melawat bayi anak kawan mereka yang baru lahir . Kembar seperti anak anaknya juga .
Lagipun Puan Rayna tiada siapa siapa lagi di Malaysia kecuali rakan rakan dan saudara mara jauh . Ibu bapanya meninggal dunia beberapa bulan selepas dia berkahwin . Dia tiada adik beradik kerana dia adalah satu satunya anak kepada pasangan Tengku Rizal Azri dan Tengku Riana Ryaza , ahli peniagaan yang berjaya .
" So boleh tak kami nak pergi ? "
" Hm ? Tanya appa dulu " Puan Rayna tidak dapat memberikan kata putus kepada anak anaknya .
" Alaa . Omma , omma tanyakan tak boleh ke ? " Pujuk Raykal . Dia membuat muka comel .
Dia sungguh excited apabila Encik Lee memberitahu mereka tentang lawatan ke Malaysia tempoh hari .
" Omma ? Arraseo omma tolong " Putus Puan Rayna . Kasihan melihat muka muka berharap ketiga tiga anaknya . Terutama Rayyan . Diam diam dia , apa yang dia buat mesti berkesan . Jarang tak berkesan !
Rayziq dan Raykal menjerit kegembiraan . Rayyan ? Hanya memerhati sambil tersenyun . Jarang mendengar dia menjerit kecuali bergaduh dengan Rayziq dan Raykal .
###
Tepat jam sebelas malam , mereka semua naik ke bilik masing masing untuk tidur dan inilah masa untuk Puan Rayna menanyakan perkara yang anaknya beritahu tadi petang .
" Abang .. " panggil Puan Rayna di hadapan cermin .
" Hmm " itu saja yang di balas oleh suaminya , Encik Han atau nama melayunya Encik Danny . Dia sedang kusyuk membaca buku bisnes di atas atas katil .
" Oppa ! " Note suaranya telah naik noktah apabila panggilannya tidak di sambut oleh sang suami . Dia pon memusingkan badan ke arah katil .
" Nae , Chagi ? " Encik Danny segera menutup buku dan memandang ke hadapan . Memandang muka isterinya . Takut bila tidak di layan , isterinya akan menjadi ' singa betina ' pula .
Puan Rayna tersenyum . " Abang , Ray ada benda nak cakap ni "
" Hm ? Pasal apa ? " Berkerut dahi Encik Danny mendengar bicara isterinya .
Encik Danny sangat fasih berbahasa melayu semenjak dia berkahwin dengan isterinya . Bicaranya sebijik macam orang melayu bercakap tanpa sedikit pon pelat korea .
" Minggu depan kita balik Malaysia nak ? " Encik Danny terkejut mendengar kata kata isterinya . Malaysia ?!
" Awak demam ke ? "
" Apa awak ni .. mana ada saya demam . Sebenarnya macam ini , anak anak teruna awak bertiga tu ada rombongan ke Malaysia minggu hadapan . So , apa kata kita balik Malaysia sekali ? Kan minggu depannya dah mula cuti , bolehlah kita stay Malaysia " terangnya panjang lebar .
Encik Danny menganggukan kepala dengan mulut ternganga berbentuk ' o ' .
" Boleh tak , bang ? "
" Kerja banyak , chagi " Bukan dia tak nak balik ke Malaysia . Tetapi , kerja di pejabatnya berlambak !
" Alaa oppa jebal ? Bukan selalu kita dapat balik Malaysia . Dah 20 tahun kita tak balik . Saya rindu rumah arwah mama dan papa . Saya rindu Salwa dan Zafran sekeluarga . Boleh laa , abangg . "
" Aish yelah yelah , chagi . Nae . Minggu depan kita balik Malaysia " Akhirnya dia mengalah dengan isterinya . Kasihan melihat muka si isteri yang rindu akan kampungnya .
Lagipun , dia juga rindu tanah Malaysia dan sahabat baiknya , Zafran . Apa khabar dia sekarang ya ? Bagaimana keadaan dia ?
Puan Rayna tersenyum gembira . Mesti anak anaknya juga gembira jika mendengar berita ini .
" Ini yang Ray sayang abang lebih ni . Oppa saranghae " Bukan selalu dia menjadi begini .
Encik Danny hanya tersenyum sambil mengelengkan kepala . Budak budak ! Patutlah anaknya pun tak matang juga rupanya sama je perangai macam ibunya . Ahahahahaa . Nasib sayang .
Yeahh done Bab Lima setelah sekian lama aye menghilang . Ececeh . Ahahahaa sorry gais idea taknak keluar . Orite teruskan membaca yaa . Comments juga jangan lupa . Sorry if ada typo :')) .
YOU ARE READING
Cinta Si Kembar .
RomanceBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...