" Pengantin lelaki dah sampai !! " Beritahu kakak angah Nadia .
" Alright , angah . Kitaorang bawak Nadia duduk kat pelamin . " Segera PrincessSquad membawa Nadia ke pelamin yang cantik telah siap di hias .
Nadia duduk . Fatin juga mengikut Nadia melabuhkan punggung . Dia cantik dengan baju jubah sedondon mengikut tema perkahwinan kawan baiknya ini . Hari ini dia perlu menjadi pengapit Nadia . Fatin menutup muka Nadia mengunakan kipas pengantin .
" Tol ! Tol ! Cepat budak budak tol ! " Jerit mak cik mak cik Nadia . Dia memanggil semua kanak kanak yang berada berdekatan situ untuk berdiri di muka pintu .
Berderet deret kanak kanak berdiri di muka pintu menunggu tol . Nak duit raya katanya .
Nadzril dan PrinceSquad bersama beberapa orang ahli keluarga Nadzril ternganga tengok kanak kanak yang berdiri di pintu menunggu tol sambil tersengih comel . Habis laa duit aku . Bisik Nadzril .
" Tepi laa abang nak jumpa isteri abang . " Kata Nadzril pada kanak kanak tersebut .
" Tak boleh ! Abang kena bayar tol dulu . " Balas salah seorang dari kanak kanak itu . Nadzril tersenyum . Petahnya bercakap .
" Pokailah aku lepas kahwin . Nak bagi Nadia makan apa lepas ni . " Kata Nadzril redha . Semua yang berada di situ ketawa mendengar kata kata Nadzril .
Nadzril mengeluarkan sampul duit daripada poketnya lalu mengagihkan kepada semua kanak kanak comel tersebut .
" Dah dapatkan ? Bagilah abang masuk . " Nadzril mencebik .
" Okayy . Silakan . " Balas kanak kanak tadi . Mereka memberikan laluan kepada Nadzril untuk masuk .
" Haiiii !!!! " PrincessSquad menegur sambil kening mereka terangkat angkat .
Nadzril menepuk dahi . PrinceSquad dan tetamu lain ketawa geli hati melihat Nadzril yang pening kerana banyak halangan . Hai lah nasib kau pengantin .
" Heh tepilah semak je korang duduk sini blah la aku nak duduk sebelah bini aku . " Kata Nadzril . Dia memandang tajam muka kawan kawannya .
PrincessSquad menjelirkan lidah . Tangan di angkat tinggi . " Tolll . ~ " Kata mereka serentak .
Nadzril membuad muka . " Heh korangkan dah tua bangka tak lama nak kahwin jugak apa nak tol tol bagai ? "
" Kedekutnya laki kau ni , Nad . Malang kau dapat dia . Then , kitaorang tak nak bangun . Lalalalala . ~ " PrincessSquad membuad muka tak bersalah . Ada antara mereka siap membelunjurkan kaki ke hadapan . Sengaja bagi Nadzril naik angin .
" Haishhh nasiblah korang ni kawan aku . Kalau tak .. sekor sekor aku baling keluar . " Nadzril memuncungkan bibir .
" No excuse . Cepat cepat . ~ " PrincessSquad menadah tangan .
Nadzril mengeluarkan sampul dan memberikan kepada PrincessSquad dengan muka pasrah .
" Hah dah bangun . Dah dapatkan . " Nadzril menghalau kawan kawan perempuannya .
" WEH ! APA NI ? SERINGGIT JE ? WEH BELI GULA GULA PUN DAPAT 5 BIJIK JE . MANA CUKUP !!!!! " PrincessSquad memandang Nadzril tajam .
PrinceSquad dan tetamu sudah berdekah ketawa melihat telatah kawan kawan pengantin .
" Cukuplah tu ! Korang kan ada sembilan sepuluh orang , campurkan dah jadi sembilan sepuluh ringgit boleh ah tu . " Balas Nadzril tak bersalah .
" TAK NAK BANGUN ! " PrincessSquad memeluk tubuh .
" Alaaa bangunlahh . " Nadzril membuad muka mahu menangis .
" Nakk lagi . " PrincessSquad menadah tangan .
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Si Kembar .
RomanceBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...
