Bunyi kompang bergema di luar dewan besar yang di tempah oleh pasangan pengantin itu .
" Haiii yarkkkk !!! " Nadzril bersilat di hadapan Izham dan Khiril .
Kaki Khiril naik ke atas kerusi tangannya menutup mata Izham . Izham memeluk lengan Khiril yang berada di sebelahnya kakinya juga naik ke atas peha Khiril . Mamat ni silat seram woi ! Nak silat untuk pengantin ke nak belasah pengantin ?
Tetamu yang hadir ketawa melihat muka cuak pengantin . Penakut betul !
Selepas persembahan silat habis , barulah pengantin boleh masuk ke dalam dewan dan naik ke atas pelamin untuk bersanding . Yelah kenalah duduk atas pelamin takkan atas lantai pulak .
Apabila pertunjukkan tarian zapin bermula . Ezzah dan Aleya mula naik angin apabila Izham dan Khiril mahu turun dari pelamin dan menari bersama gadis gadis penari zapin . Diaorang berdua apa lagi , terus piat telinga suami masing masing sekuat hati . Ha amek kau gatal lagi kannnn . Seterusnya acara makan berdamai . Meja makan hanya dipenuhi dengan kaum kerabat Alpahaha SquekSquad . Ahli keluarga pengantin pula hanya membiarkan . Sedia maklum dengan arahan pasangan pengantin , hanya Alphaha SquekSquad dan ibu bapa pengantik makan di meja makan damai .
" Weh ! Congrate , babe ! "
" Thanks , babe ! " Mereka berpelukan beramai ramai .
" Weh malam ni jangan lupa pakai hadiah yang aku bagi tu tau . " Kata B selamba sebelum ketawa kecil . Aleya dan Ezzah terpinga pinga . Aina turut terpinga pinga . Yelah dia belum berkahwin so mestilah tak tahu apa apa .
" Hadiah apa weh ? "
B hanya mengangkat bahu menjawab soalan Ezzah dan Aleya .
Alphaha SquekSquad yang sudah berkahwin menahan ketawa . Tahu sangat apa hadiah yang B bagi pada mereka berdua !
Aku tahu apa hadiahnya .
Korang tahu juga ?
Atau , tak ? 😹
###
Beberapa bulan selepas itu .
Ketika mereka sedang berbual bual melepak di Cafe Fatin tiba tiba Aleya pengsan . Keadaan Alphaha SquekSquad sedikit kelam kabut . Segera Khiril mengendong istetinya dan membawa ke hospital .
" Puan Aleya , silakan duduk . Suami Puan Aleya ? " Doktor itu memandang Khiril serius . Aleya yang baru saja sedar dari pengsan itu perlahan lahan mengambil tempat duduk di sebelah Khiril .
" Ye saya . Kenapa dengan isteri saya ? " Soal Khiril cepat . Mukanya kelihatan risau . Gila kau tak risau isteri kau tiba tiba pengsan .
" Isteri encik tak apa apa . Cuma .. "
" Cuma apa , doc ? "
" Cuma saya nak ucapkan tahniah . Encik bakal bergelar ayah . Isteri encik hamil 2 bulan . " Sambung doktor itu ceria dengan senyuman manis .
Khiril automatik menghadap Aleya yang ketawa melihat reaksi gelojoh Khiril .
" Serius ? " Aleya mengangguk .
Khiril terus menarik Aleya masuk ke dalam dakapannya . Khiril menyentuh perut Aleya yang masih kempis itu .
" Hai anak papa . Terima kasih . " Bisik perlahan Khiril di perut Aleya . Aleya ketawa kecil .
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Si Kembar .
عاطفيةBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...
