Bab Sembilanpuluhempat .

1K 49 9
                                    

" Assalamualaikum !!! "

" Waalaikumusalam . Ya Allah kenapa terpekik terlolong ni . Ish kamu tengok tunang tunang kamu ni . Cuba tegur sikit . Dari kecik sampai besar dah jadi isteri orang dah pun tak berubah ! Cuba malu sikit jadi manusia tuu . " Marah Puan Salwa . Mereka semua menyalami tangan Puan Salwa .

" Alaaa , maa . Chill lahh hehe . " B , Atul dan Fara membuat muka comel .

" Ni pergi mana je ? Puas shopping ? Habislah dompet bakal suami kamu semua lepas kahwin nanti . Elok elok sekarang berkepuk , lepas kahwin terus nipis ! " Usik Encik Zafran selepas ternampak beberapa beg kertas berada di tangan anak anak gadisnya dan bakal menantunya . Ffuh masing masing tak menang tangan .

Gadis gadis kembar itu menjeling Encik Zafran . " Dah diaorang kata nak belanja . Orang pulun la banyak banyak . Bak kata orang rezeki jangan ditolak lah , paa . "

Encik Zafran dan Puan Salwa mengelengkan kepala melihat anak anak gadis mereka . Tak nak kalah ! Jejaka kembar itu pula hanya tersengih melihat pergaduhan manja anak beranak ini . Aih sweet betul keluarga ni .

" Ha ni ma , Wawa mana ? Dah sihat belum minah tu ? Dah bangun belum ? " Soal B . Pagi tadi sebelum keluar mereka tak sempat mahu menjenguk Wawa . Bangun bangun , jejaka kembar itu sudah tercongok depan pintu rumah . Ajak keluar last minute beginilah jadinya !

" Ada tu kat atas . Dalam bilik . Ala dia biasalah kalau dah demam mahu seminggu baru nak baik . " Jawab Puan Salwa .

" Yelah ma . Kitaorang naik jap tengok dia . Jom . " Kata Fara . Terus mereka berlumba lari naik ke atas . Puan Salwa mengeleng kepala . Tak berubah perangainya ! Depan tunang pun tak tahu nak cover perangai entah apa apa diaorang tu . Cubalah jadi ayu sikit ke depan tunang . Puan Salwa pula meminta diri untuk ke dapur , mahu membuat air katanya .

" Rayyan dah balik sana ke ? " Soal Encik Zafran pada bakal menantu menantunya .

" Aah , pa dah balik sana dah . Balik balik rumah je terus fly ke Korea . Bersedia on call katanya . Yelah kerja doktor mana boleh cuti lama lama . " Jawab Rayzif sopan .

Encik Zafran mengangguk . Yelah , bukan senang jadi doktor ni . Tanggungjawab berat . Bekerja untuk negara . Menyelamatkan nyawa orang pula tu . Apatah lagi bekerja sebagai doktor bedah . Nyawa pesakit berisiko tinggi ketika dalam proses pembedahan . Tersilap langkah sikit je , bila bila masa nyawa pesakit boleh hilang begitu saja . Tambah pula dengan tanggungjawabnya ke atas Syarikat RDy milik appanya di tukar keatas dirinya juga . Bertambah tambah beban jejaka itu . Sampaikan kadang kala masa rehat untuk dirinya juga tergadai begitu saja . Kasihan Encik Zafran melihat pemuda itu . Terlalu bekerja keras .

" Ha korang ni dah start kerja ke ? Hari ini cuti ? " Soal Encik Zafran . Tak silapnya hari ini hari selasa . Cutikah ?

" Amek separuh hari je , pa . Hehehe . " Jawab Rayziq dan Rayzif .

" Ala Kal bukan pergi mana mana pun pa . Pergi jumpa pemilik syarikat jugaa . " Seloroh Raykal . Ya , syarikat milik Encik Zafran telah pun bertukar tangan . Telah menjadi milik Tengku Danish Raykal ! Meskipun masih awal , Encik Zafran percaya akan jejaka muda itu akan menjadi ketua yang baik dan dia juga percaya syarikatnya akan maju kerana jejaka itu juga mempunyai darah business . Tambahan pula dia tahu tak lama lagi jejaka itu bakal menjadi menantunya dalam masa terdekat ini . Cuma mereka sedang menunggu keputusan dari seorang gadis yang keras kepala itu saja .

Bergema banglo itu dengan gelak tawa mereka .

" Amboi apa yang di bincangkannya ni ? Sampai dapur dengar suara ketawa . " Tegur Puan Salwa sambil menatang sedulang air .

Dulang tersebut di letakkan di atas meja kopi di hadapan tv . Air di tuang ke dalam cawan lalu di agih agihkan kepada suami serta bakal anak anak menantunya .

Cinta Si Kembar . Where stories live. Discover now