Bab Empatpuluhlapan .

899 52 5
                                    

" Hey ! Lepaskan dialah ! "

Semua mata memandang je arah suara itu . Wawa terkejut . Namun dia mengucap syukur dalam hati . Ya Allah terima kasih !

Lelaki itu melepaskan tangannya dari Wawa .

" Uh ? Wah ada hero datanglah , kawan kawan siap bawak gang lagi ! Eh kau siapa nak suruh aku lepaskan dia ni ? Kau ayah dia ? Abang dia ? Atau .. pakwe dia ? " Kata lelaki itu . Wawa baru bergerak setapak mahu melarikan diri tetapi tangannya sekali lagi di capai oleh lelaki itu .

" Lepaslah ! Ei ! "

" Aku ? Dengan dia ? Perlu ke kau tahu ? " Jawab Rayyan selamba . Dia bergerak ke arah Wawa . Tangan Wawa di rentap dari pegangan lelaki itu . Wawa menyorok di belakang badan Rayyan .

PrincessSquad yang baru sampai terkejut melihat Alphaha SquekSquad , jejaka kembar , beberapa orang lelaki dan Wawa yang sedang ketakutan di belakang Rayyan .

" Kau tak ada apa apa hubungan pon dengan minah nikan ? Kau bukannya abang dia ke suami dia ke tunang dia kan ? So apa salahnya aku nak minah ni teman akukan ? Jom sayang . " Lelaki itu cuba mencapai lagi tangan Wawa di belakang Rayyan .

" I said , dont touch her ! Kalau kau nak tahu , Memang dia ni tunang aku ! So jawapannya memang salah ! " Dush ! Rayyan menumbuk muka lelaki itu . Semua terkejut . Oh bukan terkejut tengok Rayyan tumbuk budak tu tapi terkejut dengar ayat Rayyan tadi . Wawa tergamam . Makin kuat gengaman tangan Wawa pada baju Rayyan .

Alphaha SquekSquad terkejut kecuali Aleya , dialah orang pertama yang tahu tentang kembar kembar itu . Terkebil kebil mata masing masing mencerna ayat Rayyan . Mulut masing masing ternganga . Apabila tercerna ayatnya , mata mereka semua membulat . What ?! B , Atul dan Fara menunduk . Adumak bala weh ! Rayziq , Rayzif dan Raykal terkedu .

Lelaki itu bangun perlahan lahan kerana terjatuh akibat tumbukan padu Rayyan . Kuat gila der ! Bibirnya berdarah . Lelaki itu masih lagi mahu mencapai tangan Wawa . Wawa melarikan tangannya . Baru Rayyan mahu mengangkat penumbuk , cepat cepat Wawa menahan .

" Rayyan ! Jangan ! Jom kita balik ! " Wawa menarik lengan Rayyan sambil mengeleng banyak kali menyatakan jangan .

" Weh dahlah jom blah  jangan kacau diaorang . Minah tunang orang kot ! Dahlah dia bawak gang lagi ramai dari kita kang kena belasah sia sia je hidup der ! " Kata kawan kepada lelaki itu . Takut melihat air muka Rayyan yang sedang menahan amarah . Tubuh lelaki itu tadi di tarik . Lelaki itu memandang Rayyan tidak berpuas hati . Namun di ikut tarikan kawannya . Mereka menghidupkan enjin motor dan terus keluar dari R&R itu .

Wawa menghembus nafas lega . Fuh . Nasib baik ada Rayyan eh i mean ada diaorang semua .

" Wawa ! " Wawa mengangkat muka memandang kawan kawannya .

" Aku nak kau terangkan pasal tadi . " Arah Zainur . Rayyan hanya memerhati .

" Er .. hee hm .. pa .. pas .. pasal aaa .. ap .. apaa ? O .. ouh hm tadi ak .. aku pergi toi .. toi .. toilet pas- "

" Bukan pasal tulah ! " Jerit Alphaha SquekSquad serentak . Wawa menutup telinga dan matanya .

' Hard Carry Hey ! ' Telefon Wawa berbunyi . Wawa tersengih sebelum menjawab . Ya Allah terima kasih selamatkan aku sekali lagi .

" Hello , unnie ? "

' Hello , Wawa . Korang kat mana ni ? Bila nak gerak ? Cepatlah nanti lambat sampai Kluang pulak . '

" Ouh .. ah kitaorang kat tandas ni . Hm em haa kejap lagi kitaorang sampai kat kereta . "

' Ha yelah cepat sikit . ' Sejurus itu Ecah terus mematikan panggilan .

Cinta Si Kembar . Where stories live. Discover now