10 tahun kemudian .
Seorang lelaki duduk termenung disalah satu meja yang berada disebuah restoren . Keadaan sesak direstoren itu memandangkan sekarang ini adalah waktu makan tengah hari , sedikit pun tidak menganggu lelaki itu untuk terus termenung .
Beberapa minit kemudian , tiba seorang lelaki yang kelihatan agak tergesa gesa menuju ke meja dimana lelaki yang sedang termenung itu duduk .
Tanpa menegur atau meminta izin , dia terus melabuhkan punggung disalah satu kerusi dimeja itu membuatkan lelaki tadi tersentak dan terjaga dari lamunannya .
" Hoi kau ni kot iye pun tegurlah aku dulu . Terkejut aku tahu tak tiba tiba ada orang duduk sini ! " Marah lelaki itu .
" Ala rileklah , Haiqal . Kau ni datang bulan ke nak marah marah . Macam tak biasa pula . Tak akan adalah orang nak rogol kau . "
" Ini bukan masalah datang bulan ke biasa ke apa , buatnya aku terbuka langkah tadi ? Tak ke terbalik restoren ni nanti ? Haiya nasib aku tak ada sakit jantung , kalau tak meninggal dah aku kat depan kau ni , Ezham . Ha manalah tu ada gigolo gila tiba tiba terminat kat aku nal rogol aku ke apa kau bukan tak tahu aku ni ramai peminat hoho . " Bidas Haiqal dengan loyar buruk sambil mengetuk meja geram .
Hiperbola melampau baru buka langkah dah boleh terbalik restoren berpuluh kali ganda besar dari kau ni .
Ezham menayangkan muka tidak kisah dan sedikit muka geli dengan kata kata Haiqal membuatkan Haiqal semakin kegeraman dan mahu mengetuk kepala lelaki berkaca mata itu . Ramai peminat konon , poyo je lebih muka macam hm malas nak cakap , nak muntah berbaldi baldi aku mendengarnya !
" Eh eh apa ni ? Ada WWE Show ke ? " Teguran seseorang membuatkan Haiqal membatalkan niatnya untuk mengetuk kepala bengong Ezham .
" Assalamualaikum . Yo apa cerita geng ? " Seorang lagi lelaki datang ke meja mereka .
" Waalaikumusalam . " Jawab mereka semua .
" Tak adalah . Si Ham ni ha cari gaduh pula lamek . Eh duduklah . Yang engkorang berdiri je kenapa ? Nak tolong jadi waiters tak diiktiraf ? "
" Nak duduklah ni . Mana yang lain ? Tak sampai lagi ? " Nadzril menyoal sambil menilik jam ditangan kanan .
Mereka yang lain hanya mengangkat bahu tanda tak tahu . " Tengah on the waylah tu . Ha itu Farriz dengan Saufi dah sampai . Tinggal si kembar Ray dengan empat jebon tu je lagi . "
Harriz menunjuk ke arah pintu masuk restoren dimana kelibat Saufi dan Farriz sedang berjalan memasuki ruangan restoren itu secara saing .
Date ke apa mamat dua ekor tu ?
Ezham , Haiqal , Harriz dan Nadzril memandang ke arah mereka berdua sehingga mereka sampai di meja .
Dahi Farriz berkerut memandang lapan pasang mata yang melihat ke arahnya dan Saufi .
" Apahal korang ni tengok macam tu ? Ye tahu rindu tapi janganlah tengok sampai macam tu . "
Nadzim berdecit perlahan . " Mak kau shreklah nak rindu . Ingat kitaorang ni geng kunyit ke ? Cuma pelik korang ni berjanji ke nak datang saing ha korang ni ada hubungan eh belakang aku tanpa aku ketahui ke ? "
Ha kau Nadzim mencarittt sekali haa carit tauu bukan carut ! Tadi kata bukan geng kunyit , ni gaya cakap macam jeles je Farriz datang serentak dengan Saufi . Aik ? Pelik ni pelik . weird tau weird ?
" Haah kitaorang baru je offical tadi . Kan baby kan ? " Saufi memeluk lengan Farriz disebelahnya .
Eeeeee kunyit berleluasa !
YOU ARE READING
Cinta Si Kembar .
RomanceBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...