" Boys , omma and appa fly dulu ya ? Korang baik baik nanti . Apa apa inform kami tau ? " Pesan Puan Rayna untuk kali yang ke 41 .
Kembar itu ketawa kecil sambil mengangguk . " Omma , ini kali ke empatpuluhsatu tau omma ingatkan kitaorang benda yang sama . " Rayyan ketawa sekali lagi .
Puan Rayna memuncung . Konon konon merajuk . Encik Danny mengeleng kepala melihat telatah isteri dan anak anaknya .
" Tak payahlah awak buat muka macam tu . Serupa itik . Dahlah awak gemok . " Sampuk Encik Danny .
Apa ?! Gemok ?! Mata Puan Rayna membulat . Dia meraba pipinya dan mencubit sedikit .
Suami dan anak anaknya memandang pelik . Apa kena dengan isteri aku ni ? Gumam Encik Danny perlahan .
" Abang ! Gemok ke ?! Huwaaa kat Malaysia nanti saya nak ajak Salwa pergi kuruskan badanlah ! "
Apakah ? Kembar kembar itu tercengang . Ibu aku buat lawak ke apa ni ? itulah perempuan . Ishishish .
" Awak ni .. tu pun nak amek serius . Saya main main jelah . Awak kuruslah . Kalau pun awak gemok , awak tetap kurus di mata saya . " ChiyaChiya Encik Danny membuat pickup line .
Kembar kembar itu menahan ketawa dan Puan Rayna pula menjulingkan mata ke atas .
" Lelaki kata kata je semanis gula masa belum kena , bila dah kena perempuan tu merayu menangis memekik apa semua memang tak nak layan . Uh " Balas Puan Rayna .
Encik Danny mengelengkan kepala . Haila isteriku .
" Dahlah jom naik kapal kejap lagi dah nak gerak . " Encik Danny menarik tangan isterinya . Puan Rayna memandang muka anak anaknya yang sedang melambaikan tangan . Sedih hendak meninggalkan kembar kembar itu .
Kembar itu juga membalas lambaian ibunya . Mereka tersenyum sebelum berlalu pergi .
" Weh ! Malam ni lepak jom . Appa and omma takde ni . Esok kita da pergi lawatan lepastu cuti kita stay kat Malaysia . Tah bila kita balik sini nanti . " Terus semangat Raykal apabila masuk ke dalam kereta .
" Haa betul jugak ! Jom lepak , Yan ? " Sokong Rayziq .
Rayyan mengeleng . " Jangan nak mengada , esok kena bangun pukul empat , sekarang dah pukul 10 nanti tak bole bangun pulak . "
Rayziq dan Raykal mula membuat muka bosan apabila Rayyan mula membebel .
" Aih yelah yelah . Grr . " Rayyan ketawa kecil melihat muka kedua adik beradiknya .
###
Malam itu tiga orang emak sedang memujuk seorang anak gadisnya yang sedang merajuk kerana mahukan sebuah teddy bear . Eah apa author mengarut ni ? Okay abaikan .
Sebenarnya tiga orang dayang sedang memujuk seorang puteri yang merajuk . Haa hal pagi tadi masih lagi tak selesai sampai ke malam ni . Aih teruk betul rajuk si Ice Princess tuu . Pulak tu tambah diaorang ketawakan macam mana Wawa tersalah cakap masa buat latihan jadi mc tadi . Haa padan muka korang bertiga tulaa siapa suruh ketawakan , cari pasal lagi .
" Waaa , sorrylaa . " Fara memegang lengan kanan Wawa sambil mengoyang goyangkannya macam budak kecil .
Wawa diam . Matanya masih lagi terpaku di tv . Puan Salwa dan Encik Zafran hanya membiarkan drama swasta murahan adik beradik itu . Eah swasta ke murahan ni ? Puan Salwa dan Encik Zafran tak mampu nak menyampuk drama anak anak daranya itu .
" Hey girls dah bersedia ke untuk esok ? Dah bersedia ke untuk cuti akhir tahun ? " Encik Zafran cuba untuk menarik perhatian anak anaknya .
" Hm sedia , pa . Pa , nak tahu tak ? Wawa esok kena jadi mc tau . " Cerita Wawa dengan semangat . Gembira nampaknya buat pertama kali mahu menjadi mc . Fara , B dan Atul yang sedang merenungnya di abaikan . Rasakan padan muka korang .
" Oh really ? Wahh anak mama pandai jadi mc . " Puji Puan Salwa . Tiba tiba telefonnya berbunyi menandakan sesorang call .
Segera Puan Salwa bangun mencapai fon di atas meja di mana terletaknya telefon rumah .
Perhatian mereka masih lagi tertumpu pada drama di tv walaupun si kembar itu sedang memasang telinga perbualan ibunya . Telinga lintah betul gadis gadis ni .
" Rayna ?! Ya Allah lamanya tak jumpa . Rindunyaa . Apa khabar kau sekeluarga ? Aku sekeluarga alhamdulillah baik . "
Berkerut dahi kembar itu mendengar nama yang di sebut oleh ibu mereka . Rayna ? Rayna mana ? Siapa ?
Encik Zafran jugak menoleh ke arah isterinya sebaik saja mendengar nama Rayna di sebut . Ya , isteri kepada kawan baiknya , Danny .
" Hah ?! Kau balik Malaysia ? Kau nak masuk flight ke ni ? Wahh orang jauh balik Malaysia . Eah nanti jangan lupa datang rumah aku dahlah tak berborak panjang . Rindu . "
Puan Salwa terangguk angguk mendengar balasan si pemanggil .
"Aku pon teringin nak jumpa kembar tu mesti da besarkan ? Handsome . Ahahahahaa anak aku ? Alhamdulillah ciptaan Allah semua cantik cantik . Ah yela baik baik . Hey jangan lupa datang ya aku tunggu . Waalaikumusalam . " Makin berkerut dahi gadis itu apabila mereka di sebut dalam perbualan antara ibunya dan si pemanggil yang tidak di ketahui .
" Rayna call ke ? " Tanya Encik Zafran sebaik saja Puan Salwa melabuhkan punggung di sebelahnya .
" Ha ? Aah . Rayna call guna nombor antarabangsa . Katanya kejap lagi nak masuk flight nak balik sini . Rindunya dengan dia dan Danny dah lama tak jumpa . Haa dia dan Danny kirim salam pada kita sekeluarga . " Kata Puan Salwa .
" Maa , siapa Rayna ? " Soal B .
" Korang tak ingat siapa Auntie Rayna ke ? " Soal Puan Salwa semula .
Pantas kembar itu mengeleng .
" Laa auntie Ray tukan kawan baik mama . Takkan korang tak ingat ? "
" Kitaorang pernah jumpa dia ke ? " Soal Atul pula .
" Pernah . Masa korang kecil . Hahaha . " Bergurau . Kembar itu membuat muka tenuk apabila di kenakan oleh ibunya sendiri .
" Dia duduk mana , Ma ? " Semakin berminat mahu mengetahui latar belakang ' Auntie Rayna ' .
" Hm dia duduk Korea . " Terbuntang mata kembar itu mendengar terutama Wawa yang daripada tadi diam mendengar perbualan ibunya dan adik beradik yang lain .
" Oemgeee Korea ?! Maygaddd untungnyaa Auntie Rayna . " Mula dah minah ni meroyan .
" Dah dahlah tu , Wawa . Kalau nak duduk Korea tu kena cari orang Korea tapi takpe mama dah ada calon untuk Wawa . "
Burrr !! Tersembur kerepek pisang yang di kunyah oleh Wawa .
" Uhuk uhuk ! Apa mama cakap ? " Tanya Wawa sambil menepuk dada perlahan . Sakit woo dada tersedak .
" Betullah apa yang mama cakap tadi . " Sampuk Encik Zafran .
Terkebil kebil kembar itu mencerna ayat ibu bapa mereka .
" Bukan Wawa je tapi semua dah ada . " Sambung Encik Zafran lagi . Makin bulat mata kembar itu .
" Iyy apa mama papa merepek nii . " Atul mula rimas dengan perbualan papa dan mamanya .
" Apa maksud mama papa ? " Tanya B dan Fara musykil .
" Hm ? Adalah nanti korang akan tahu . Jangan risau . " Kata Puan Salwa selamba .
Kembar itu mengeluh .
' Aih apa pulak mama papa ni . ' Kata hati mereka berempat .
" Ohya esok diaorang datang pukul berapa ? "
" Entahlah . Katanya flight diaorang pukul 4 pagi ni . Petang kot sampai so kitaorang kena stayback school untill petang . " Terang B .
" Jadi , esok mama lunch soranglah ni ? " Mereka mengangkat bahu tanda ' Tak tahu ' .
" Mama ajaklah Chimchim lunch sekali . " Kata kata Wawa membuatkan semua orang ketawa geli hati .
" Kau gila ke suruh Chimchim teman mama lunch ? Mau nya berterabur pinggan mangkuk mama baling nanti . " Balas Fara .
" Siapa cakap dengan kau . " Zapp ! Semua terdiam . Habislah rajuknya masih lagi belum baik .

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Si Kembar .
RomansaBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...