SB ;; 04

650 35 18
                                    

Hari ini hari minggu , jadi Alphahaha SquekSquad bercadang mahu makan malam bersama untuk membincangkan tentang percutian mereka nanti .

Sebuah restoren mewah yang agak tenang berlatarkan bunyi lagu berentak perlahan amat mengasyikan semua pengunjung dan merasakan keadaan itu agak romantik untuk pasangan kekasih menjadi pilihan mereka .

Tetapi keadaan tenang dan romantik itu tidak bertahan lama apabila Alphaha SquekSquad mula menjejakkan kaki secara berjemaah . Automatik keadaan restoren itu menjadi riuh dan bising dengan suara mereka .

Diaorang ni sebenarnya tak sesuai nak buat families dinner and perbincangan kat tempat macam ni . Menganggu ketenteraman orang lain nak makan dengan santai !

" WOAH siapa payung ni ? Restoren mahal ni ! " Kata Ezham agak teruja . Beria macam tak pernah makan kat restoren macam ni je .

" Sendiri makan sendiri bayarlah bro tak ada istilah siapa payung . " Balas Harriz mahu mengusik sahabatnya itu .

Terus memuncung bibir Ezham . " Apa ni ? Dari budak budak sampai dah jadi bapak tak ada siapa pun nak payung aku makan . Asyik aku je payung engkorang makan ! "

" Nyaknyah diungkitnya balik ! Tak baik tahu tak ? Tak ikhlas ! Aku report polis kang ! " Aina bercekak pinggang disebelah Saufi yang sudah terkemam kemam bibirnya menahan gelak . Serupa mak tiri !

Apa kena mengena tak ikhlas dengan nak report polis ? Saufi mengelengkan kepala . Hai , apa apa jelah bini aku ni . Nasib sayang oi !

" Weh gais kita kat restoren bukan kat kedai mamak tahu ? Slow sikit ah aku nak feeling feeling romantik ni ! " Sampuk Raykal daripada tadi hanya memerhati .

" Aku dah kata kita tak boleh makan kat restoren macam ni . Korang nak juga feeling feeling macam kita ni orang yang beradab . Dahlah semua gelak tak tahu kawal macam hantu raya terlepas kandang ! " Ujar Nadia bersama cebikkan .

Aku malu tahu ? Depan pintu ni je dah riuh ! Apatah lagi kat dalam nanti . Dahlah restoren macam ni set set tempat pasangan kekasih nak feeling romantik makan dengan tenang , aman , damai acah sweet nak melamar jadi awek jadi tunang jadi bini jadi slave apa semua tu . Kita masuk je confirm terbalik meja kerusi tiang lampu tu semua ni ! Gumam hati Nadia .

" Eh dahlah gais . Apa apa hal perut aku ni dah lapar . Jom masuk . " Ajak Atul . Dia melangkah mendekati pintu kaca tersebut .

Mereka semua masuk ke dalam restoren itu . Seperti yang dijangka , keadaan restoren itu terkawal dan tenang dengan lagu yang dipasang .

Beberapa pasang mata memandang ke arah mereka . Jumlah mereka yang ramai itu menjadi tumpuan . Lihat ? Baru je masuk dah ramai orang tengok pelik apatah lagi dah duduk dah makan apa semua nanti .

Reunion classmate ke ni ?

Tanpa membuang masa , seorang pelayan datang ke arah mereka . Wawa dan Rayyan yang membuat tempahan untuk mereka di restoren ini bercakap cakap seketika bersama pelayan itu sebelum pelayan itu membuka langkah ke arah tiga buah meja besar yang beradab dihujung restoren dan sedikit tersorok . Tempat vvip .

" Terima kasih . " Ucap mereka kepada pelayan itu . Kemudian pelayan itu berlalu pergi setelah memaklumkan makanan mereka akan sampai sebentar lagi .

Ini yang untung makan kat restoren mahal . Boleh buat tempahan lepas itu dapat tempat vvip . Ha pula tu datang datang hanya perlu tunggu dan makanan terus dihidangkan tanpa perlu menunggu lama kerana awal awal lagi semasa membuat tempahan tempat duduk sekaligus boleh membuat pesanan makanan .

PrinceSquad berdehem untuk menarik perhatian PrincessSquad yang sedang leka bergosip dimeja sebelah .

Setelah beberapa kali berdehem dengan kuat sehinggakan ada yang hampir mengalami kecederaan tekak baru PrincessSquad noticed dan memandang ke arah mereka . Bukan saja PrincessSquad yang memandang , tetapi dengan beberapa orang pengunjung terdekat .

Cinta Si Kembar . Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang