Bab Lapanbelas .

1K 59 1
                                    

Tiga hari dua gadis kembar itu terperuk di dalam bilik tidak keluar . Jika keluar pun hanya makan bila di panggil . Tiga hari mereka tidak bercakap dengan sesiapa kecuali sesama sendiri .

Begitu juga dengan keputusan . Selama tiga hari itu , dia telah memikirkan keputusannya sendiri . Walaupun Fara juga berkurung di dalam bilik bersamanya , tetapi Fara telah memberikan keputusan kepada Encik Zafran dan Puan Salwa .

Fikiran Wawa sempit . Yaa . Pening . Tersepit . Perasaannya bercampur baur . Susah mahu membuat keputusan . Lagi lagi apabila kesemua adik beradiknya memberikan jawapan yang semestinya mengembirakan hati kedua orang tua mereka . Dia mengeluh untuk yang sekelian kalinya . Fara memandang Wawa dengan pelbagai pandangan . Kasihan , dia juga kena benda yang sama . Sedih , dia juga sama . Gembira tidak sama sekali . Dia cuma berharap Wawa akan memberikan jawapan yang sepatutnya .

Petang itu mereka berdua turun ke dapur untuk minum petang setelah di panggil oleh kedua orang kakaknya . Wawa duduk di bangku dengan poker face Seolah olah tiada apa yang berlaku walaupun suasana sedikit kekok seperti tiga hari yang sebelum ini . Wawa , well pandai berlakon tiada siapa tahu ha kau tahu ke aku ni sebenarnya baik atau jahat ? Tah tah aku ni psiko dah pernah bunuh berpuluh orang kat luar ni . Ha kau tak tahu en ? Manusia biasalah hipokrit en ha okay aku mengarut apa ni lahai .

Selepas habis menghabiskan secawan teh , Wawa segera bangun berlalu ke dapur untuk membasuh cawan dan jalan ke luar rumah . Dia berjalan ke bawah pokok di hadapan rumah . Wawa melabuhkan punggung di atas pangkin kayu di bawah pokok rambutan itu . Angin sempoi sempoi bahasa membuatkan Wawa tenang untuk seketika .

Tiba tiba ketenangannya sedikit terganggu dengan bunyi sesorang duduk di sebelahnya . Wawa memandang sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan .

Orang sebelah menghirup udara dan menghembuskannya perlahan . Tenang . Setenang air longkang yang mengalir . Eh .

" Waaa .. " Panggil makhluk Allah tersebut . Namun tiada respon . Senyap .

" Waaaa ... " Panggilannya semakin meleret .

" Wawa ! "

" Mende kau nak , setan ? Lamak ai . " Ha amek kau sekali setan kena .

" Aih kau ni . Kau marah aku lagi ke ? "

" Nak marah pahal pulak ? " Buat buat tak tahu . Aku tampo kang skali .

" Jangan buat buat tak tahulah . Aku tahu kau marahkan aku . "

" Eii dahlah , Atul . Aku rimas . Tahu tak rimas ? Menyampahlah benci , kau faham ? Tak payah cerita pasal ni boleh tak ?! " Atul menekur memandang tanah .

" Waa , aku buat semua ni untuk mama dengan papa . Aku nak diaorang bahagia . Kau ? Kau tak nak ke tengok diaorang bahagia ? Fara , B , aku semua dah setuju . Mama dengan papa sedih tak dengar jawapan kau lagi . Dia rasa bersalah pada orang sana kau tahu tak ? " Wawa membuat muka bosan .

" Then ? Kau datang sini semata mata nak suruh aku terima ? Wow . Siapa suruh ? Tolonglah tolong . Kau faham tak umur kita baru berapa ?! Hey result SPM pon belum keluar tahu tak ?! Kalau aku terima , macam mana dengan cita cita aku ? Kau fikir tak future kau ? "

" Sebab aku fikir future akulah , aku terima . Hari itu , papa ada cakap dengan aku , kalau kita tak terima benda ni .. kita tak boleh sambung belajar kat sana and papa akan hantar kita ke rumah pak long , belajar kat sana cari duit sendiri . Kau nak ? Then , kau pilih sama ada nak capai cita cita kau ataupun cita cita kau hancur . " Wawa terpempam . Terkejut . Terkilan . Sedih . Semua bercampur .

Sampai hati papa buat semua ni . Air matanya bertakung . Bertambah hancur hatinya . Kecewa ! Sanggup papa buat macam ni . Baiklah kalau ini yang papa nak , aku ikut .

Wawa menarik nafas panjang . Dia bangun dan masuk ke dalam rumah . Atul telah lama masuk ke dalam rumah ketika dia sedang berfikir . Wajah mama dan papanya di cari .

Di lihat Encik Zafran sedang merenung tv dengan tidak berkelip . Mukanya tampak stress dan sedih . Puan Salwa pula sedang membaca majalah di sebelah suaminya . Wawa melangkah ke arah mereka dengan yakin . Ya dia yakin .

" Ma , pa . Orang setuju . "

" Ha ? "

" Wawa setuju dengan rancangan mama papa tu . " Ulangnya dengan suara lirih . Sakit tekaknya menahan rasa . Sedih terpaksa terima ini semua .

Wajah Encik Zafran dan Puan Salwa kelihatan lega . Gembira . Ya gembira terpancar jelas di wajah mereka . Akhirnya , keempat empat anak gadisnya menerima racangan mereka . Encik Zafran dan Puan Salwa mengucap syukur . B , Fara dan Atul yang berada di sebalik pintu dapur juga mengucap syukur mendengar jawapan Wawa . Moment paling berharga !

" Alhamdulillah . Ya Allah terima kasih ! " Puan Salwa memeluk anaknya itu . Wawa terpegun berdiam diri tidak membalas pelukkan ibunya .

Wawa menolak perlahan badan ibunya . " Tak payah gembira sangat . Lain kali nak terima kebaikan orang , tanya dulu perlu ke minta ganjaran semula sehingga meragut future orang . Wawa naik dulu . " Dia terus naik menuju ke biliknya dan Fara .

Senyuman Puan Salwa sedikit hambar . Dia tahu anaknya terpaksa terima . Bukan senang anaknya nan seorang itu menerima cadangan mereka dengan hati yang terbuka seperti yang lain lain . Lagi lagi cadangan gila sebegini .

Puan Salwa duduk semula di sebelah suaminya . Dia memeluk Encik Zafran . Encik Zafran juga membalas pelukan isterinya . Dia memberikan senyuman hambar kepada anak anaknya yang lain di sebalik pintu itu . Mereka membalasnya sama .

Puan Salwa teresak kecil di dalam pelukan Encik Zafran . Sedih anaknya menolak pelukan dia tadi dan kata kata gadis itu tepat menusuk hatinya . Ya , salah dia juga kerana bersetuju tanpa berfikir tentang masa hadapan anak anak . Dia tahu kekecewaan hati anak anak gadisnya walaupun mereka pandai menyembunyikan . Naluri ibu , semestinya tepat .

Mereka bertiga bergerak ke arah kedua ibu bapanya . Mereka membuat ' big hug ' bersama sama . Masih lagi tidak lengkap tanpa Wawa . Walaupun sedih , kecewa , mereka tetap bersyukur Wawa telah menerima permintaan ibu bapa mereka .

Hajah Fatimah dan Haji Zakaria hanya memerhati drama anak dan cucu cucunya di bawah dari atas . Mereka juga mengucap syukur tentang Wawa . Akhirnya , masalah mereka menjadi ringan sedikit . Walaupun Wawa masih dingin seperti beberapa hari lepas selepas mendapat berita itu .

###

Wawa duduk di atas katil dengan lutut dekat di mukanya . Dia memeluk lututnya erat sambil menangis di situ . Sedih yang teramat sangat ! Begitulah kebiasaanya dia melepaskan perasaan yang di pendam .

Selepas puas menangis bersendirian , dia mengesat sisa sisa air matanya dan baring menelentang sambil mata memerhati siling . Fikirannya melayang . Betul ke apa yang aku buat ni ? Hm Ya Allah bantulah hambamu ini Ya Allah . Bisik hatinya . Serabut . Pening . Penat memikirkan benda ini . Takdir . Tak ada sesiapa yang dapat melawan . Akhirnya , dia tertidur kepenatan .

Cinta Si Kembar . Where stories live. Discover now