7 : 05 p.m.
" Wawa , Fara oi bangun dah maghrib ni . " Atul mengoyangkan badan kedua dua makhluk itu .
" Hmm " Balas mereka berdua .
" Bangun bangun . Pergi mandi . Nanti solat sama sama . Jap lagi tetamu nak sampai . Cepat . " B menarik tangan Wawa supaya bangun . Fara mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik mandinya .
" Wawaa bukak matalah . Aish kau ni . Dah pergi mandi nah . " B mengambil tuala Wawa dan menolak badan Wawa ke bilik mandi Wawa pula . Bagai orang mabuk Wawa berjalan . Terhuyung hayang . B mengelengkan kepala aish minah ni .
" Dah masuk waktu eh ? Jom solat ! " Ujar Fara excited yang baru keluar dari bilik mandi . Telekung di capai .
" Wawa belum siap lagi . Nak solat dulu ke ? " Tanya Atul . Fara memandang pintu bilik mandi Wawa . Hm ..
" Tak payahlah tunggu minah tu . Lembab . Kita solat bertiga dulula . " B dan Atul akur dengan kata kata Fara .
7 : 37 p.m.
B , Atul dan Fara sedang mengemas telekung dah sejadah mereka . Wawa yang baru keluar dari bilik mandi terkebil kebil .
" Korang dah solat ke ? "
" Dah . Dah lama siap . Ni baru nak kemas . " Jawab Fara .
" Kata nak solat sama samaaaa ? " Wawa memuncungkan mulutnya .
" Dah kau mandi setengah jam siapa je nak tunggu ? Kitaorang memang taklah . Kalau kitaorang tunggu ada jugak dekat 10 kali aku amek wuduk sebab terkentut terberak terkencing tunggu kau . " Bebel B . Wawa membuad muka . Ei minah ni .
" Dah tak payah nak buad muka sangat . Pergi solat sana . Cepat siap . " Atul menghulurkan telekung milik Wawa kepada tuannya . Wawa mengambil dengan bibir memuncung . Paiti tak tunggu aku uhuk .
" Kitaorang turun dulu . Nanti dah siap turun ok . Kitaorang tunggu kat bawah . " Wawa hanya mengangguk . Dia ingin menanyakan sesuatu tetapi di diamkan sebelum mengangkat takbir untuk memulakan solatnya .
###
Setelah beberapa minit menunaikan solat , Wawa bersiap untuk turun ke bawah seperti yang di arahkan oleh kakak kembar sulungnya , B . Dia turun dengan hanya memakai baju tidur satin bercorak Hello Kitty berwarna pink dengan rambut di ikat tocang dua di kiri dan kanan . Aww so cutee nampak macam budak budak .
" Wonhae Manhi Manhi Manhi Manhi Manhi Manhi . ~ " Sambil berjalan , dia bernyanyi kecil lagu Blood , Sweat and Tears dari kumpulan kpop terkenal , Bts .
" Ehem . I want you too . "
Wawa terkejut . Automatik dia memberhentikan langkahnya dan memusingkan badan ke belakang .
' bum '
" Adoiii ! " Aduh Wawa perlahan . Dia mengosok hidungnya perlahan . Sakit woi rasa macam nak patah . Adeh .
" Buta ke apa langgar langgar orang ? " Tegur satu suara sinis . Macam kenal je suara ni . Wawa mendongak .
Gulp ! Aku langgar Rayyan ? Omg ini dada ke dinding ? Sakit oi hidung aku !
" Eh kau sedap je kata aku buta . Yang kau pahal berdiri belakang aku dekat dekat ? " Balas Wawa . Dia berjengket untuk menyamai ketinggian Rayyan . Namun dia tetap pendek dari Rayyan .
Rayyan tersenyum sinis . Ceh acah tinggi pula minah berlagak ni . " Dah pendek tu pendek jelah tak payah berangan nak bertanding dengan aku . "
Asap mula keluar dari hidung , telingan dan mulut Wawa . Eh mamat ni dah berapa lama tak makan sup tayar lori babi hah ? Suka hati dia je cakap aku pendek ! Aku lenyek kau dengan lori tenuk Fatin kang . Malas aku layan kau . Wawa menjeling Rayyan sebelum pandang ke hadapan dan terus berlalu turun ke bawah .
Rayyan tersenyum kecil melihat telatah Wawa . Dahlah pakai baju tidur hello kitty . Dia tak perasan ke aku ni tetamu ? Tak malu ke turun pakai baju tu ? Ish minah ni . Rayyan mengejar Wawa yang baru menjejakkan kaki di tangga pertama .
" Pergi tukar bajulah . " Hampir tersembam Wawa ke tangga . Ya Allah terkejut aku . Mamat ni memang sengaja nak bagi aku mati awal ke apa ?!
" Apa kau ni ? "
" Pergi tukar baju . Kau nak turun dengan pakai baju hello kitty ni ? " Wawa memandang badannya . Dia memandang Rayyan pula . Omg ! Macam mana aku boleh lupa malam ni ada tetamu ?! Maksudnya dialah tetamunya ?! Adumak malunya dia nampak aku pakai baju tidur hello kitty !
Terus Wawa berlari masuk ke biliknya semula . Rayyan mengelengkan kepala . Ha tulah bodoh sombong lagi . Dia turun ke bawah dengan santainya sambil tangan masuk ke dalam poket .
###
" Weh kau ingat tak pertemuan pertama kita ? " Tanya Rayziq . Mereka sedang duduk di atas tembok di beranda rumah .
" Gila tak ingat ? Sebab kaulah aku balik rumah kena bebel dengan mama , baju kotor . Ei ! "
" Eh apahal pulak ? Kau yang duduk tengah jalan pastu nak salahkan aku haklah . " Balas Rayziq .
" Memang salah kau ! Hello aku berdiri kat tepi okay mana ada tengah jalan . Kau yang buta ! " B menunding jari ke arah Rayziq . Rayziq terkejut .
" Salah kaulah ! "
" Kau ! "
" Kau ! "
Ha lantak koranglah nak gaduh ke apa .
###
" Silakan duduk , Tuan Puteri . " Rayzif mempersilakan Atul duduk di salah satu kerusi di gazebi rumah .
" Terima kasih . " Atul memberikan senyuman kepada Rayzif . Gentleman gila !
" So awak macam mana ? Dah okay ? " Tanya Rayzif caring .
" Hm alhamdulllah okay . Lagipun tak ada apa apa serius pun kan ? " Rayzif mengangguk .
Mereka terus berbual dan bergurau senda bersama sama dengan gelak ketawa yang menemani mereka . Wah bahagianya diaorang berdua ni . Hm .
###
" Fara , u nak tahu tak apa beza u dengan lampu jalan tu ? " Tanya Raykal . Ketika itu mereka sedang duduk di buaian di garden Puan Salwa .
" Ha ? Bezanya i manusia and lampu jalan tu objekla ? "
" Nope . Bezanya lampu jalan tu menyinari jalan bila gelap tapi u menyinari hati i . Chiyachiya . " Kata Raykal . Fara tersenyum malu . Omg .
" u ni manis betul mulutkan ? Ei manja eh . "
" Dengan u sorang je . Dengan orang lain tak hehe . " Balas Raykal . Gedik .
###
" Harriz ? Nak pergi mana ? " Soal Puan Hariza atau nama sebenarnya Datin Hariza Harun .
" Ha ? Hm .. Harriz nak .. nak jumpa kawan kejap . " Jawab Harriz tergagap gagap . Encik Afidzam atau Dato Afidzam hanya memerhati .
" Buad apa nak jumpa kawan ? Kan Erisa demam tu . Kesian dia Harriz tak jaga dia . " Kata Puan Hariza . Harriz mengeluh .
" Tapi maa ... " Harriz baru mahu bercakap tiba tiba di potong oleh Puan Hariza .
" Tak ada tapi tapi , pergi bagi Erisa makan ubat . Ha dia pon belum makan lagi . Tu bibir dah siapkan bubur dia , tinggal bagi dia makan je . Pergi sana . Pujuk dia suruh makan . Kalau mama yang suruh , dia tak nak . Dia nak Harriz juga . " Bebel Puan Hariza .
" Mamaa .. mama tahu tak yan- "
" Harriz ... Mama tahu . Tak ada nak dengar alasan lagi . Pergi amek bubur kat dapur , bawak naik bilik Erisa , bagi dia makan bubur dia bagi habis , lepas tu suap dia makan ubat . No excuse ! Pasal tu nanti mama handle jangan risau . Plan semua dah rapi . Trust me . " Pujuk Puan Hariza . 2 minit Harriz berdiam diri membatukan diri .
Dia menghela nafas panjang sebelum mengangguk . " Yelah , mama . Harriz percayakan mama tapi mama janji okay kena dapatkan untuk Harriz ? " Harriz memandang ke dalam anak mata mamanya .
Puan Hariza memberikan senyuman dan mengangguk . Harriz membalas senyuman Puan Hariza sebelum bergerak ke dapur dan beberapa minit selepas itu dia keluar menatang sedulang yang berisi semangkuk bubur dan segelas air . Dia mendaki tangga satu per satu dengan berhati hati untuk pergi ke bilik Erisa .
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Si Kembar .
RomanceBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...
