SB ;; 03

683 38 4
                                    

" Sayang . " Satu suara garau menegur sambil melingkarkan tangan dipinggang ramping milik Wawa daripada belakang tanpa amaran membuatkan wanita itu sedikit terkejut .

" Rayyan , awak buat saya terkejut . " Adunya . Tangan Rayyan yang melilit keliling pinggangnya dipukul manja .

Rayyan tersengih . " Sorry . " Bisiknya halus bersama suaranya yang original husky ditelinga Wawa sebelum mukanya direhatkan diatas bahu isterinya . Angin malam yang menampar lembut wajahnya amat mendamaikan ditambah lagi dengan bauan shampoo yang dipakai oleh Wawa memenuhi rongga hidung kerana dia memeluk kekasih hatinya itu daripada belakang membuatkan hatinya menjadi tenang dan bahagia dalam keadaan begini .

" Sayang , awak dah check jadual awak untuk minggu depan macam yang saya suruh ? " Rayyan menyoal sekali gus menghentikan suasana sunyi tadi .

Perlahan Wawa mengangguk . " Dah . Masa tu saya fly ke Jepun . Kenapa tanya ? "

" Boleh awak ambil cuti tak untuk minggu depan tu ? " Soal Rayyan lagi terus .

Dahi Wawa berkerut pelik . Tiba tiba je laki aku ni suruh ambil cuti . Ini mesti ada apa apa . Bisik Wawa kerana Rayyan sememangnya jarang meminta dia ambil cuti tanpa sebab contohnya sekiranya mereka sudah terlalu lama tidak meluangkan masa satu keluarga . Tetapi kali ini kenapa pula ? Bukan ke dua bulan lepas mereka sudah pun pergi bercuti ke Italy bersama anak anak ?

" Bae ada apa apa plan ke ? Nanti saya tanya Madam Vida . Mungkin saya kena kerja lusa kalau nak cutikan next week . " Balas Wawa tanpa memberi kata putus .

" Kalau dia tak bagi awak cuti , jangan sampai saya beli syarikat awak bekerja tu . Ingat saya tak boleh ke ? "

" Apa awak ni . Awak ada pengalaman ke nak handle syarikat penerbangan . Awak tu pro dalam bidang pembinaan jee , silap silap bankrup nanti saya nak kerja mana ? " Wawa mencubit tangan suaminya .

Rayyan mengaduh sakit . " Sakitlah , sayang . Saya main main jee itu pun tak boleh . Mengandung lagi ke ? "

Sekali lagi tangan Rayyan menjadi mangsa cubitan ketam milik Wawa . Menjerit Rayyan dibuatnya .

" Ha itu awak punya mengandung lagi ke . Awak ingat saya kilang ? Mohon ingat kerjaya saya apa eh . "

" Nak main main pun tak boleh . " Rayyan memuncungkan bibirnya , merajuk .

Merajuk tapi masih lagi tidak mahu melepaskan Wawa jauh darinya .

Wawa menolehkan kepalanya ke arah wajah Rayyan . Muncung bibir Rayyan ditepuk perlahan . " Tak payah merajuk sangat . Bibir tu dah macam bapak itik tak jumpa jalan balik rumah tahu tak ? Saya tanya tadikan , kenapa nak minta cuti ? "

" Nak manja manja sikit pun tak boleh ish jahatlah awak ni . Hmm ingat nak buat Alphahaha' s The Family Holidaysss . "

Sejak bila Rayyan yang cool , Rayyan yang ego ni pandai nak bermanja ni ? Auch !

Jawapan Rayyan membuatkan mata Wawa bulat bercahaya . " Serius ? Wah ! Seronoknya !!! Thanks , bae . I love you muah ! " Pipi suaminya dikucup sekilas sebelum dia memboloskan diri dari pelukan Rayyan dan berlari masuk ke dalam bilik dari balkoni .

Tak sabar dia mahu memberitahu kepada PrincessSquad . Ah , pasti diaorang juga dah tahu ! Omg excitednya !

Rayyan tersenyum nipis melihat keterujaan isterinya itu . Harap harap dia akan sentiasa okey macam tu bila berpisah dengan PrincessSquad nanti .

-

PrincessSquad' s Chatroom ;;

👸🌸 . PrincessSquad . 🐒❣

Cinta Si Kembar . Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang