P/s ;;
Tulisan tebal - bahasa korea .
Tulisan biasa - bahasa melayu .------
Tepat jam 9 malam baru mereka sampai ke rumah . Lewat ! Ni sebab si Atullaa ni tiba tiba sakit perut gila tak boleh tahan sehingga sampai rumah agaknya . Terpaksalah dengar bebelan mama and papa . Omel B dalam hati .
" Assalamualaikum !! "
" Waalaikumusalam . Haa baru jumpa pintu pagar rumah ke , my dears ? " Perli Puan Salwa sambil bercekak pinggang di hadapan pintu utama .
Kembar itu tersengih menampakkan gigi mereka yang tersusun rapi itu . Balik balik dah kena perli dengan mama fuh ayat power pulak tu .
" Err .. sorry , maa . Tadi kitaorang lepak lama sangat tak tengok jam lepastu ... "
" Ah dah tak payah nak bagi mama alasan alasan tu . Mama tak nak dengar . Ni last warning eah , kalau korang balik lambat lagi mama tak nak buka pintu . Tidur luar ! " Fuhh mama dah jadi lion .
" Hmm haa yelah , maa . Promise . " Mereka mengeluarkan jari kecil mereka yang comel , pinky promise !
" Good girl . Now pergi masuk , buka baju , mandi . Ni dah makan belum ? Kalau belum lepas mandi , pakai baju jangan nak buat free show pulak ingat ada orang nak tengok je show awak tu then turun makan . " Panjang lebar arahan Puan Salwa dengan laju macam Rapmonster Bts Rap gayanya !
Kembar itu ternganga . Ini kalau lawan dengan Rapmon , boleh kalah Rapmon !
" Errr .. haa okay , maa okay . Kitaorang naik dulu . "
###
Hari ini hari ketiga iaitu hari terakhir pelajar Korea itu akan berada di sini . Wawa , Fatin , Zainur , Yana , Ezzah , B and Nadia menayangkan muka sedih . Idola idola dah nak balik sedihla weh ! Manakala Atul , Farah dan pengawas yang lain tersenyum . Yelah gembira kot lepasni boleh duduk rumah tak payah datang sekolah , cuti ! Haiqal , Izham , Harriz , Fariz , Afiq , Nadril dan Haziq mengelengkan kepala melihat muka kawan kawan perempuannya atau di kenali sebagai crush crush mereka .
" Weh diaorang dah balik . Uhuk aku akan merindui mamat mamat handsome tuu . " Kata Zainur . Eyy gedik je !
Harriz menjeling . Jeles den dengar !
" Kau jangan macam macam , Bear . Jeles Harriz dengar . " Usik Fariz apabila dia ternampak jelingan jeles Harriz tadi . Bukan dia tak tahu yang si Harriz tu minat kat Zainur dalam diam !
" Heh suka hati akulah . Yang si Harriz tu nak jeles bagai dah kenapa ? Bukannya aku couple dengan dia pon . " Balas Zainur pedas tanpa mengira perasaan orang lain . Haiqal mengelengkan kepala . Bukan ke Zainur tahu yang Harriz sukakan dia ? Aih minah ni sah banyak makan semut kan aku pernah bagitahu . Ish ish .
" Eah dahlah . Korang tak nak balik ke ? Aku nak balik ah nak tidur . " Kata Wawa selepas berangan seorang diri sementara kawan kawannya bertekak . Pengawas yang lain dah balik terlebih dahulu . Jadi , tinggallah mereka satu gang di tepi pagar sekolah itu .
" Kau ni leklah baru pukul berapa . Baru nak ajak lepak . Tidur je tahunya . " Kata Ezzah . Dia memusing musingkan kunci moto skuternya di jari .
" Aah , Wak . Saya baru nak ajak lepak . Jomlah . Dah lama tak lepak . Hari itu tak dapat join . Hm . " Kata Afiq . Dia ni special sikit , untung dapat guna panggilan ' Saya - Awak ' dengan si Wawa ni . Fuhh . Mereka berdua memang rapat . Sampaikan ada yang kata mereka berdua couple . Haa Wawa nak couple ? Tolong jangan berharap . Couple dengan mamat korea naklah ! Tetapi Wawa selalu di panggil ' Skandal Afiq ' What The Hell ini semua Zainur punya kerja . Kaki bahan minah ni .
YOU ARE READING
Cinta Si Kembar .
Roman d'amourBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...