SB ;; 05

674 32 6
                                    

Setelah beberapa jam berada didalam pesawat , akhirnya mereka sampai disebuah negara yang menjadi pilihan mereka untuk bercuti kali ini .

Setelah kesemua penumpang lain keluar , perlahan lahan mereka berjalan menuju ke pintu keluar pesawat itu sambil disambut dengan senyuman manis seorang pramugari dan ucapan selamat datang .

Perasaan gembira tidak dapat dibendung oleh PrincessSquad . Wajah mereka jelas berseri seri tanda mereka gembira dengan bersinar sinar anak mata mereka .

" Oh my god Istanbul here we are !!! " Aleya menjerit kecil sambil mendepakan tangannya luas bersama PrincessSquad yang lain menghirau udara segar di Istanbul ini .

PrincesSquad face palm melihat isteri masing masing . Babysitter yang dibawa oleh mereka turut tersengih melihat gelagat majikan mereka . Nak gelak , takut kena pecat kang tak pasal pasal tak boleh balik Malaysia nanti !

Turut tidak melepaskan peluang , Alphahaha SquekSquad' s Junior juga mengikut gaya para ibu mereka .

Hampir menangis dibuatnya PrincesSquad apabila mereka sedikit sebanyak menjadi tumpuan dilapangan terbang ini .

" Ya tuhan , apa korang buat ni ? Orang tengok ni malulah sikit ! " Tegur Encik Farid , ayah kepada Farriz melihat PrincessSquad .

Oh ya , ParentsSquad juga turut menyertai vacation mereka kali ini . Entah kenapa tiba tiba semasa mereka memberitahu kepada mereka tempoh hari , tang tang itu juga masing masing terus bersepakat mahu ikut .

Jadi , sebagai anak anak yang mithali , mereka tempahkan dulu tiket kapal terbang untuk ibu bapa mereka .

Memang betul betul Alphahaha SquekSquad and The Familiessss Vacation jadinya ni !

" Alaa pa , kitaorang nak menikmati udara segar kat Istanbul ni . Sedap je ! " Jawab Fatin bersama sengihan kecil .

" Sudah sudahlah tu . Baik cari pemandu pelancong kita daripada korang buat drama entah apa apa kat tengah airport ni kan boleh rehat cepat ! " Sampuk Puan Fatiha pula .

Memuncung bibir PrincessSquad . " Ish yelah yelah jom cari . "

Mereka terus berjalan untuk mencari pemandu pelancong mereka sepanjang berada di Istanbul ini .

Setelah menjumpai dua orang lelaki berbangsa Turkey yang akan menunjukkan jalan kepada mereka sepanjang berada disini , terus mereka memboloskan diri ke dalam kereta sewa dan bergerak ke sebuah villa khas yang Rayyan tempah sebulan sebelum mereka bergerak ke sini lagi .

-

Terlopong mulut masing masing apabila melepasi pintu pagar besar villa yang bakal mereka huni selama seminggu disini .

Van diberhentikan dan cepat mereka memboloskan diri keluar dari perut van itu . Terpaku seketika mereka semua .

Disekeliling villa itu dilindungi dengan tembok besar dan pagar juga dibina tinggi dengan besi yang diukir berbagai bentuk . Masuk saja melepasi pagar tersebut , mereka nampak satu jalan khas yang dibina mengunakan kayu seolah olah jambatan dan dibawahnya terdapat sebuah kolam ikan kecil . Dan jalan itu terus menuju ke pintu besar villa tersebut . Sekitar itu terdapat banyak tanaman pokok pokok dan bunga bunga yang dijaga rapi dan terurus oleh penjaga villa ini .

Villa tersebut benar benar dibina dan tersegam indah seperti sebuah istana tambah pula hari semakin senja dan sekeliling villa itu sudah pun dihidupkan dengan lampu lampu yang membuatkan villa itu tampak berseri .

Hampir meleleh air liur mereka dibuatnya .

Rayyan hanya mengelengkan kepala melihat telatah kawan kawannya . Wawa dan para ParentsSquad juga menunjukkan reaksi yang sama .

Cinta Si Kembar . Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang