Semenjak hari itu , hubungan Wawa dan Rayyan semakin dingin . Wawa juga selalu mengelak dari bertembung dengan Rayyan . Dia juga semakin kurang bercakap . Bukan saja Rayziq , Rayzif , Raykal , B , Atul dan Fara yang perasan akan hal itu , tetapi Encik Zafran dan Puan Salwa juga perasan .
" Wawa ? Kau nak keluar tak ? Kau dah baca belum chat Alphaha SquekSquad ? " Tanya Atul . Dia duduk di sebelah Wawa . Wawa tersentak . Dia terpinga pinga ?
" Kau nak keluar tak ? " Ulang Atul lagi .
Wawa mengangguk . Atul mengeluh .
" Kau ni kenapa ? Ada masalah ke ? Rayyan buad apa dengan kau ? " Tanya Atul lembut . Ingin menyelami hati Wawa .
" Tak ada apa apa . Jangan risau . Aku okay . " Wawa memberikan senyuman . Palsu .
" Dahlah . Aku nak siap . " Wawa bangun dan bergerak ke bilik almari baju . Atul hanya memandang .
###
" Hello guys . " B , Atul , Wawa dan Fara mengambil tempat masing masing di meja PrincessSquad . Manakala Rayziq , Rayzif dan Raykal di meja PrinceSquad . Eh mana Rayyan ? Wawa meliarkan mata memandang sekeliling .
" Weh kau cari apa ? " Tegur Fatin . Wawa mengeleng .
" Wawa , kau tak nak order ke ? Kitaorang nak order ni . " Wawa baru mahu bangun ingin mengikut kawan kawannya untuk pergi ke kaunter order tapi sepasang tangan telah meletakkan satu dulang di atas meja .
Wawa mendongak . Rayyan ? Dia orderkan aku ke tadi ? Macam tahu tahu je aku nak fish o fillet .
Selepas meletakkan dulang , Rayyan segera bergerak ke arah meja PrinceSquad . Wawa merenung Rayyan di meja sebelah .
" Hoi . Kau ni berkhayal je ! " Teguran Ezzah menyentakkan Wawa .
Wawa hanya memberikan senyuman .
" Eh bila kau order ? " Tanya Fara pelik .
" Bila bila je . Duduklah makan . Berdiri buad apa . " Mereka semua mencebik sebelum duduk . Aleya tidak dapat datang join sama kerana dia berada di Simpang Renggam .
" Hmm Zainur , kau dengan Harriz dah okay ? " Tanya B . Harriz di meja sebelah di jeling sekilah .
Zainur mengeluh . " Entahlah . Aku malas nak fikir . Serabut kepala otak . Dengan permintaan mama papa aku lagi . "
" Sabar ya , Zainur . " Mereka semua memberikan kata kata semangat kepada Zainur yang tampak down .
" Weh korang nak tahu tak .... " Perbualan kawan kawannya bagaikan angin lalu apabila Wawa ternampak Rayyan keluar dari MacDonal dan masuk ke premis sebelah . Kfc .
Sedari tadi Rayyan asyik bermain telefon berbanding berbual bersama yang lain . Apa yang dia buad ?
Di lihat Rayyan melabuhkan duduk di hadapan seorang gadis . Kedudukkan mereka sedikit tersorok dari pandangan orang . Siapa gadis itu ? Apa diaorang buad ? Apa hubungan diaorang sebenarnya ? Berbagai soalan muncul di benak . Wawa hanya memerhatikan mereka berdua . Cerita dan gosip terhangat kawan kawannya tidak di endahkan .
Rayyan tampak marah ketika berdepan dengan gadis itu . Siapa dia ? Wawa berdebar apabila gadis itu mengangkat muka memandang Rayyan . Bukan ke tu .. perempuan .. yangg .. berlanggar deng .. dengan Rayyan tempoh harii ? Wawa terkedu melihat wajah gadis itu yang penuh dengan air mata . Ap .. apa yang .. dia .. diaorang bualkan ? Ray .. Rayyan pon menitiskan .. air mata ? Ap .. apa ni ? Gadis itu mencapai tangan Rayyan yang berada di atas meja .
Wawa yang tidak dapat menahan diri segera meminta diri untuk ke tandas . Kawan kawannya pelik . Kenapa Wawa ni ? Zainur yang dapat rasa sesuatu segera mengikut Wawa ke tandas .
" Wawaa ? Kau kenapa ? Apa jadi ? " Zainur mengetuk pintu tandas . No respon .
" Wawa ? Kau okay ke tak ? "
" Ak .. aku .. aku .. okay . Aku okay . Jangan risau . " Balas Wawa dari dalam .
" Kau nangis ke ? "
" No ! Mana ada . Wawa bukan seorang yang gembing okay . Kau lupa ke ? " Ucap Wawa sambil membuka pintu tandas .
Zainur menarik nafas lega . " Aku ingat kau nangis . "
" Asal pulak aku nak nangis ? " Wawa ketawa .
" Sebab Rayyan dengan perempuan lain . " Terus termati tawa Wawa apabila Zainur cakap tentang itu .
" Errr weh jom pergi sana nanti diaorang cakap apa pulak lama sangat pergi toilet . " Zainur mengeluh . Keras kepala budak ni aku hentak kepala kau kat dinding kang !
###
Rayyan mengelap air matanya yang keluar . Dia berpaling daripada memandang gadis di hadapannya ini . Farisya .
" Darwish , please . Please . Saya merayu sangat . Saya menyesal sangat sangat . " Farisya mencapai tangan Rayyan yang berada di atas meja . Pada masa yang sama Rayyan ternampak Wawa yang memandang ke arah sini sekilas sebelum bangun dan di ikuti oleh Zainur . Ya , dia tahu Wawa sudah nampak dirinya dengan Farisya di sini . Rayyan segera melarikan tangannya ke bawah meja .
Dia baru saja mahu memperbaikkan hubungannya dengan tunang yang telah mencuri hatinya . Namun tak di sangka , Farisya balik ke Malaysia semata mata mahu kembali padanya . Ya , Farisya anak kepada satu satunya jiran mereka , orang melayu tulen yang berasal dari Malaysia dan menetap di Korea dahulu sebelum dia memutuskan hubungan mereka yang terjalin selama 3 tahun dengan alasan dia mahu fokus pada pelajaran dan terbang ke Australia . Beberapa bulan lepas Farisya balik semula ke Korea dan mencari Rayyan . Namun , Farisya mendapat tahu bahawa mereka semua di Malaysia , dia bergegas turun ke Malaysia untuk mencari Rayyan . Dan akhirnya mereka bertembung tempoh hari .
" No , Erina Farisya ! Aku dah bagitahu kau yang aku dah bertunang . Faham ? Bertunang ! " Terkejut Farisya apabila Rayyan meninggikan suara padanya . Terangkat sedikit bahunya . Ini bukan Darwish yang di kenal . Darwish yang dia kenal adalah seorang yang lemah lembut dengan perempuan terutama dirinya .
" Tapi Darwish . Saya tahu awak bukan cintakan dia . Awak masih cintakan sayakan ? Betul tak ? " Kata Farisya lagi . Rayyan memandang wajah Farisya .
" Apa ? Aku cintakan kau ? Tolongla , Farisya . Kau dah tinggalkan aku terkontang kanting seorang diri lepastu kau datang tiba tiba menagih simpati aku balik ? Dah ludah jilat balik , gitu ? " Farisya terpanar . Rayyan tahu Farisya sengaja mahu merosakkan hubungannya dengan Wawa . Dia tahu gadis ini ada agendanya tersendiri . Cuma kita perlu tunggu dan saksikan saja .
" And kau nak kata aku tak cintakan dia ? Kau tahu ke aku cintakan dia ke tak ? Kalau pon aku cintakan dia kenapa ? Ada masalah dengan kau ? " Sambung Rayyan lagi .
" Tapi Darwi- "
" Im not Darwish . Im Rayyan . Your Darwish was dead 2 years ago . " Ucap Rayyan selamba . Dia menyandarkan badannya di kerusi sambil tangan di silangkan memeluk tubuh .
" Okay Darwish err i mean Rayyan . Im so sorry . I .. i .. i didn't mean it . Saya tak bermaksud buad awak macam tu . Please . Please terima saya balik . I really really need you in my life . I swear , saya takkan tinggalkan awak lagi . " Semakin laju air mata Farisya mengalir .
" Stop it . Aku tak nak dengar apa apa dari kau . Aku dah ada tunang . Masa depan aku dengan tunang aku . Kau ? Hanya masa silam aku . Aku harap kau tak kacau hidup kitaorang lagi . Im sorry , Farisya . " Rayyan bangun dan segera beredar dari tempat itu .
Dia mengeluh . Kenapa Farisya perlu muncul balik ? Sekarang dia perlu memberitahu perkata sebenar pada Wawa . Tapi macam mana ? Dia buntu . Dia tahu Wawa bukanlah seorang gadis yang mendengar cakap tetapi Wawa seorang gadis yang degil . Keras kepala . Bukan senang mahu mendengar penjelasan . Dia tahu itu .
Farisya menangis semahu mahunya selepas Rayyan pergi . Kenapa Darwish ? kenapa ? Teruk sangat ke aku ni ? Aku perlukan kau , Darwish ! Kenapa kau tolak aku ? Aku tahu kau terpaksa bertunang dengan perempuan tu sebab perjanjian . Aku tahu segalanya , Darwish ! Jangan ingat aku bodoh .
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Si Kembar .
Roman d'amourBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...
