" Eah korang rasa kita pernah jumpa ke Uncle Danny tu dengan keluarga dia ? Siapa diaorang hek ? Kenapa kita tak kenal ? " Daripada tadi Atul asyik menanyakan soalan yang sama . Musykil sangat agaknya dengan Uncle Danny tu .
B , Wawa dan Fara malas mahu menjawab lagi . Mereka hanya mengangkat bahu . Penat nak menjawab benda yang sama ! Bukan diaorang tahu siapa Uncle Danny tu . Dia tanya serupa diaorang ni dah berpuluh kali jumpa dah kenal sangat dengan uncle bernama Danny tu . Padahal diaorang sama jugak macam dia , tak pernah kenal apatah lagi bersua muka . Inilah pertama kali !
" Iyy dahlah , Atul . Kau ni asyik tanya benda sama je . Stress aku ! Dahlah jom turun . Mama dah panggil tu . Cepatlah ! " Marah B . Tak tahan asyik di tanya soalan yang sama je . Rimas !
Mereka berempat turun ke bawah apabila di panggil oleh Puan Salwa untuk minum petang .
" Hey girls . Baru turun ? Dah salam Auntie Rayna ? " Sapa Puan Salwa apabila ternampak anak anaknya turun .
Kembar itu mengeleng . Mereka bergegas pergi ke arah seorang wanita yang mungkin sebaya ibu mereka . Wanita itu kelihatan cantik dan muda . Untung suami dia !
" Hi . Kenal auntie tak ? " Tegurnya . Peramah !
Kembar mengeleng . Bisu pulak mulut mereka hari ini . Selalunya asyik bercakap saja tak berhenti . Kejutan budaya mungkin .
" Tak kenal ? Ahahaha okay auntie kenalkan diri okay ? Nama auntie , Tengku Rayna Athirah . Panggil Auntie Ray je . Okay ? " Kembar itu mengangguk dengan mulut berbentuk ' o ' .
" So girls petang ni tak ada life ke ? " Tanya Puan Salwa . Tak ada life itu bermaksud tak busy . Sememangnya itu bahasa yang selalu mereka gunakan sampaikan Encik Zafran dan Puan Salwa kadang kala terikut juga . Ajaran sesat betul anak anaknya ini !
Mereka berfikir sejenak dengan pelbagai gaya tersendiri . Hm ada life ke tak ada hek hari ni ? Kawan kawan cakap apa tadi ? Gumam mereka di dalam hati . Tiba tiba ..
" Hahhh ?! Eh Dah pukul berapa ni ? Alamak dah lambat !! " Jerit mereka serentak .
" Hah jom cepat siap ! " Arah B dengan segera mereka berlari mendaki tangga naik ke bilik .
Puan Salwa , Encik Zafran , Puan Rayna dan Encik Danny terpinga pinga melihat kembar itu . Apakah ini ?
10 minit kemudian kembar itu turun dengan pakaian yang cantik . Baru di tukar walaupun sedikit haru biru berlaku di dalam bilik itu tadi . Kalau tak caya , cuba bukak pintu bilik diaorang . Sure mesti tunggang langgang sebijik macam bilik baru kene pecah masuk !
" Eah cepatnya siap . Nak pergi mana ni ? " Tegur Puan Rayna apabila mereka menyalami tangannya . Pelik . Apa yang dok kalut sangat hangpa semua ni ?
" Sorryla Pa , Ma , Auntie , Uncle . Kitaorang lupa hari ni kitaorang ada temu janji dengan kawan kawan dekat luar . Sepatutnya pukul 5 tadi , ni dah 5 : 30 . Mesti diaorang lama tunggu sure mengamuk punyalah diaorang ! " Terang Atul . Tergopoh gapah dia berlari ke rak kasut dan memakai kasut sebelum mengejar adik beradiknya yang lain yang sudah masuk ke dalam kereta . Paiti tak tunggu aku !
2 pasangan di rumah itu mengeleng melihat telatah mereka . " Hati hati , Zaffawa bawak kereta ! " Pesan Puan Salwa di muka pintu .
" Baiklah mama ! Kitaorang pergi dulu nanti kitaorang balik . Bye ! " Balasnya . Dia melambaikan tangan ke arah ibunya sebelum hilang ke jalan raya .
Puan Salwa masuk dan duduk di tempatnya seperti tadi . " Macam macam ragam diaorang ni . Aih . " Komennya .
" Hahaha sabarlah , Wa . Itu baru anak anak kau . Perempuan senang je . Anak aku , lelaki . Lagi pening nak jaga ! Ego tinggi ! Aish . " Bebel Puan Rayna tentang anak anaknya . Mesti anak anaknya tersedak di hotel . HAHA !
YOU ARE READING
Cinta Si Kembar .
RomanceBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...