" Wawa ! Fara !! Dah siap belum ? " B mengetuk pintu bilik Wawa manakala Atul mengetuk pintu bilik Fara .
" Yaaa dah siap dah kejaplah . " Jerit mereka berdua . Terkocoh kocoh mereka keluar dari bilik . Masing masing keluar dengan tudung masih tak betul . Lambat betul bersiap minah minah ni -,-
" Ya Allah sakainya adik aku dua ekor ni . Lambatnya korang siap ! Apa korang buad dari tadi kan aku dah suruh siap dari pukul 7 tadi ?! "
" Aku sakit perut doh tadi sorrylah . " B mengangguk . Alasan di terima .
" Aku tidur kejap tadi ingatkan sempat siap rupanya tak . " Selamba Wawa menjawab . Tudungnya telah siap di betulkan . B membulatkan mata . Apa ?! Alasan ni tak di terima !
" Apa dia ? Kau sempat tidur ? Eii kau ni kan suka buad hal tau bla bla bla " Aku malas nak type apa yang minah ni bebelkan .
" Weh dah jangan membebel tadi nak cepat sangatkan ha jom . " Segera Fara menarik tangan Wawa turun ke bawah .
" Omma , kami pergi dulu . " Sapa Atul . Ketika itu Puan Rayna sedang bersantai di ruang tamu membaca majalah wanitanya .
" Korang pergi ni naik apa ? "
" Hm call teksi kot . Eh Atul kau dah call teksi belum ? " Fara memandang Atul yang berada di sebelah B .
" Oh aku lupa . Sekejap aku call . " Atul mengeluarkan ip10+ nya .
" Eh tak payahlah call teksi . Bahaya korang dahlah perempuan pulak tu dah malam . Suruh anak anak teruna omma je hantarkan . " Apa ?! Omma tahu tak kalau anak anak teruna omma yang hantar lagi teruk kitaorang tah tah kejap lagi diaorang bawak kitaorang pergi Siam . Eii tak nak aku .
" Ta .. " Baru Wawa mahu menjawab , tiba tiba B menyampuk . Dia memberi isyarat supaya diam .
" Hm ? Haa kitaorang ikut jelah mana mana yang omma rasa baik . Suruh diaorang hantar pon bolehlah . " Kata B sopan . Werk sopanlah sangat .
Puan Rayna tersenyum . " Kejap omma panggilkan diaorang ... "
" Omma , kitaorang nak keluar kejap nak tengok bola kat kedai makan . " Sapa Rayzif ketika mereka berempat sedang turun ke bawah .
" Haa kebetulan ! Korang nak keluarkan ? Hantarkan anak anak dara omma ni sekali boleh ? " Sejak bila diaorang jadi adik kitaorang pulak ? Bukan tunang ke ?
" Haa ? Diaorang nak pergi mana ? Nak ikut ! " Raykal mendekati Fara . Ei tak habis habis nak berkepit . Aku sepak kang dua dua .
" Diaorang nak pergi kenduri rumah kawan diaorang . Tak payahlah kamu menyebok je nanti . " Jawab Puan Rayna selamba . Raykal mula monyok . Paiti omma akap acam itu kat iteww .
" Boleh tolong tak , sayang sayang omma sekalian ? " Sambung Puan Rayna lagi . Sedaya upaya dia memujuk .
" Hm yelah omma . Apa saja untuk omma . Rayyan kau bawaklah kereta kau . Bak sini kunci kereta aku . " Rayziq merampas kunci kereta di tangan Rayyan . Rayyan mendecit . Menyusahkan orang je . Dia menaiki tangga untuk masuk ke dalam bilik mengambil kunci kereta Audi kesayangannya .
" Girls , korang naik Rayyan . Boys naik aku . " Arah Rayziq .
" Eh apahal pulak ? Mana adil macam tu . B , Atul , Rayzif naik Rayziq . Wawa , Fara dengan Raykal naik aku . Dah cepat nanti bola mula . " Rayziq menjulingkan mata . Asal minah ni naik aku pulak aish . Oh lupa diakan tunang aku cerh .
" Raykal ! Duduk depan ! " Marah Rayyan . Raykal telah duduk di kerusi belakang bersama Fara . Wawa masih lagi berdiri di tepi pintu . Takkan nak duduk depan ?
" Tak nak . Wawa , kau duduklah depan tu . Cepatlah masuk nanti lambat pulak . " Wawa mengeleng . " Asal tak nak pulak ? Tak nak pergi ? "
" Raykal , I say seat here ! " Raykal membuad bodoh . Dia berbual dengan Fara .
Rayyan mengeluh . Dia memandang Wawa . " Masuk jelah cepat aish . " Lambat lambat Wawa masuk ke dalam perut kereta . Lawa jugak kereta mamat ni eii kereta idola aku bhai . Keadaan antara Rayyan dan Wawa bagaikan berada di padang yang lapang . Berbunyi krik krik krik . Bila pusing belakang nampak merpati sedang berdating . Sweet betul budak dua ekor ni jeles pulak aku .
Manakala di kereta lagi satu , huru hara dengan pergaduhan Rayziq dan B . Rayziq tak padan dengan tengah drive , asyik cari pasal je kalau excident tu tak tahu nak salahkan siapa . Masing masing keras kepala , kepala batu , kepala angin segala jenis kepala . Rayzif dan Atul lebih senang berbual berdua . Abaikan malaun dua ekor tu .
###
" Wehh siapa yang hantar korang tadi tu ? " Risik Ezzah ketika mereka sedang melepak di bawah khemah makan . Badan sengaja di dekatkan dengan Fara . Busy body sia minah ni !
" Ei pahal kau ni ?! Lesbian ke hah ? Jauh sikit arhh eii sebok je mana ada siapa siapa eish . " Marah Fara . Dia bergalih mengesot ke tepi sikit . Rimas dengan Ezzah yang asyik menghimpit .
" Alahhh aku tanya jee janganlah marah . " Fara menjeling . Ergh boleh gila aku layan minah ni daripada tadi asyik menghimpit orang je elak orang makan nasi kau sorang je special dapat makan kaki aku yang lawo ni kang .
" Weh Nad , kau dah jumpa kakak ipar kau belum ? " Usik Fariz .
Nadia menjeling . " Mende kau akak ipar ei sakai je . "
" Hala jangan marah bergurau je . Pergilah berbaik dengan bakal kakak ipar kau tu . Tengok dia nampak macam friendly je nanti senang kau nak kahwin dengan Nadril . Ehehehe . " Usik Hariz pula . Mereka semua ketawa mendengar ayat Hariz .
" Aku tumbuk korang sia sia je hidup tahu tak ? Eii kecik besar kecik besar je aku tengok korang ni . " Mereka ketawa lagi sekali mendengar ayat Nadia . Ayok Nad maroh .
" Assalamualaikum guys ! Apa ni gelak gelak tanpa aku ? Apa cerita ? " Sapa Nadril . Dia duduk di hadapan Nadia .
" Tak ada cerita apa pon . Cuma kitaorang suruh berbaik dengan akak kau tu je yelah bakal akak ipar diakan ? " Sakat Afiq pula . Dia tersenyum nakal memandang Nadril dan Nadia . Nama pon nak dekat sama memang jodoh kuat betul diaorang berdua ni . Yey saya suka saya suka .
" Eiii Afiq !! Kau ni memang dah lama hidup dan teringin nak mati ke apa ni ?! " Nadia mengacah mahu membaling balang kuih yang di pegang Aina .
" Wowowowoww rilek Nad rilek . Habis pecah balang tu nanti baik kau letak . Tangan kau dahlah macam buffalo , Nad . Aku nak makanlah mangkuk ayun bertingkat lima . " Kata Aina . Dia mengambil balang itu dan mengetuk kepala Nadia sebelum menyambung makan kembali .
" Buffalo otak kau . Tangan kerbau kecik je macam lembu bongok . " Sampuk Bear .
" Tangan Nad macam tangan Big Foot la . " Kata Fatin . Nadia mengambil lagi balang tersebut . Aina merampas kembali .
" Lek girls lek . Hahahahaha Fiq , inshaallah satu hari nanti . Hahahaha tu pon kalau dia sudilah kat aku ni hahaha . Kalau nak sesi berkenalan sekarang pon boleh lagi senang nanti bila dia dah bersedia ye dok ? " Merah padam muka Nadia mendengar ayat yang di katakan oleh Nadril . Malu doh ! Nadia konon konon bermain fon di bawah meja . Cover malu la tew !
" Nad blushing !!! " Jerit Aleya kuat . Semua mata memandang Nadia . Aww !
" Wahhh susah weh nak tengok Nad blushing . Dengan kau je dia boleh blushing . Wow ! " Wawa mengusik . Makin merah muka Nadia . Macam tomato ! Tercetus lagi gelak ketawa Alphaha SquekSquad di situ .
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Si Kembar .
RomanceBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...
