" Weh agak agaknya kan siapa tetamu istimewa omma and appa eh ? Asal beria sangat diaorang nak sambut ? Aku sebagai anak diaorang ni pon jeles . " Tanya Raykal sambil mengelap peluh . Botol air di capai dan dj tonggak sedikit .
" Entahlah aku pon tak tahu . Kan ? Aku pon jeles . " Sambut Rayziq . Dia membuad muka sedih . Hujan hujan muka sedih .
" Dahlah tak payah acah sedih sangat . Aku dah siap ni . Cepat sikit . Kalau nak tahu sangat siapa tetamu tu tunggu sampai rumah . Aku rasa tetamu tu dah sampai dah pon . 5 minute only , lambat aku tinggal . " Barang barang di capai dan bingkas Rayyan bangun menuju ke kereta tanpa menunggu adik dan abang abangnya . Ha sekali Rayyan berbunyi , terkejar kejar masing masing nak bangun berlari amek barang masuk kereta ha tulah tadi sebok bergosip entah hape hapekan hahaha .
Beberapa minit kemudian , mereka sampai di rumah . Kelihatan sebuah kereta Grand Livina elok terparking di antara salah satu garaj rumah mereka .
" Kereta siapa pulak ni ? Tetamu kita dah sampai ? Masin mulut kau , Yan . " Soal Rayzif pelik . Rayyan mengangkat bahu .
" Turun dululah . Aku nak park kereta kejap . " Mereka bertiga turun dahulu dan masuk ke rumah tanpa menunggu Rayyan .
" Assalamualaikum . "
" Waalaikumusalam . " Sahut banyak suara . Hm macam ramai . Ada rombongan meminang ke ? Heh apa kau ngarut ni , Kal ?
" Haa balik pon anak anak omma ni . Tadi baru sebut sebut panjang umur anak anak omma ni . " Mereka menyalami tangan Encik Danny , Encik Zafran , Puan Salwa dan Puan Rayna . Hanya kelihat Wawa seorang saja duduk di sebelah Puan Rayna . Mana yang lain ? Takkan tak ada ? Ish baru nak jumpa Atul . Gumam Rayzif . Gatal noh .
" Mana Rayyan ? " Soalan pertama Encik Zafran . Kepala di jengah jengah keluar . Wawa hanya menundukkan kepala bermain handfone . Malu kot nak dongak kang tertenung anak teruna orang naya je .
" Tengah parking kereta . Kejap lagi masuklah tu . Hm omma , appa , uncle auntie kami naik dulu ya ? Nak mandi badan melekit . " Pamit Rayziq selaku abang . Sejurus itu mereka terus mendaki tangga untuk naik ke bilik masing masing .
Aku harap minah senget tu tak ada . Susah hidup aku kalau dia ada . Dahlah senget sengal pulak tuu tak ada adab lagi aish macam manalah dia boleh jadi tunang aku hm . Kutuk Rayziq . Dia menghempaskan badan di atas katil .
" Assalamualaikum . " Sapa Rayyan . Kasut di buka sebelum masuk ke dalam rumah . Dia memberikan senyuman kepada semua orang . Matanya tertacap pada seorang gadis yang sedang menunduk leka bermain telefon .
" Waalaikumusalam , Rayyan . " Rayyan menyalami semua orang yang lebih tua darinya sebagai tanda hormat sebelum meminta diri untuk naik ke atas .
" Rayyan , kejap ! " Panggil Puan Rayna .
" Nae omma ? "
" Bawakan Wawa ni naik ke bilik dia . Bilik yang sebelah dengan kamu tu . Kaki dia sakit ni terseliuh . Fara , B dan Atul masing masing dah mimpi sampai ke bulan . Boleh tak , sayang ? "
" Eh omma tak apalah . Wawa boleh jalan sendiri slow slow . Tak apa kesian Rayyan penat . Nanti Wawa naik sendiri . " Tolak Wawa . Mukanya memerah menahan malu .
" Alaa tak apa . Jangan malu . Nanti Rayyan akan jadi suami Wawa jugak . Kalau naik sendiri nanti jatuh macam mana ? Molek kaki tu cepat sembuh , lambat pulak nanti . Kesian Wawa penat nak tidurkan ? Cepat Rayyan ? "
" Yaa omma . " Rayyan bergerak ke arah Wawa . Dia menarik lengan Wawa yang beralaskan baju supaya badan mereka dekat sedikit . Teragak agak Wawa mahu mengikut . Setelah melihat anggukan Puan Salwa , perlahan lahan Wawa mengikut jejak Rayyan .
" Hm tak apalah . Aku boleh jalan sendiri . Hm . " Wawa cuba melepaskan pegangan tangan Rayyan daripada lengannya . Tiba tiba ..
" Auch . " Segera Rayyan merangkul pinggang ramping Wawa . Gulp ! Kenapalah aku boleh nak jatuh tadi aish kalau aku tak mintak dia lepaskan tangan tadikan tak adalah sampai rapat gini ei bodoh Wawa bodoh . Kaki di hentak dan ..
" Awww ! "
" Tak baik marah marah . Kan dah sendiri kena . " Tegur Rayyan . Wawa membisu . Kekok . Err . Dia hanya mengikut satu persatu tangga yang di daki oleh Rayyan .
Dub dap dub dap . Jantung masing masing berdetak laju . Muka tak payah cakaplah merah gila mak ngau . Haa malu semestinya fuh .
" Okay ini bilik kau . Kita dah sampai . " Rayyan mendudukkan Wawa di atas katil . Pandangan Wawa memerhati seluruh pelosok bilik ini . Terdapat toilet di sebelah kiri pintu masuk bilik . Terdapat sebuah laptop di atas meja belajar . Terdapat jugak sebuah rak yang di penuhi buku buku di sebelah meja laptop tadi . Dan terdapat balkoni di sebelah kanan bilik . Dinding di cat warna biru laut . Nyaman . Katil bersaiz queen dengan cadar merah cair . Decorasi sungguh cantik . Di lengkapi dengan air - cond dan kipas , televisyen dan sofa . Bilik ini sungguh besar .
" Hm lawa . " Wawa berkata perlahan .
" Yes I know mesti lawa well tengoklah siapa yang decorate . Okay aku nak masuk bilik . Kalau ada apa apa , bilik aku kat sebelah . " Seraya itu Rayyan terus keluar dari bilik Wawa dan menutup pintu . Dia memegang dadanya yang berdetak laju daripada tadi . Fuh hampir terkeluar jantung aku . Omma ni memang sengaja nak dera aku macam ni aih .
###
Tok ! Tok ! Tok !
" Wawa ! Mama dengan papa dah nak gerak ni ! " Panggil B .
" Ya ya ya . Sekejap aku nak cuci muka , pakai tudung . Kau turun dulu nanti aku turun sendiri . " Cepat cepat Wawa masuk ke dalam bilik air untuk membasuh muka . Tudung tadi di capai . Ah kenapa aku boleh lupa yang kaki aku sakit ? Aih Wawa macam mana kau nak turun ?
Dengan terhincut hincut Wawa mencuba untuk turun . Aih susah betul nak turun . Berkerut kerut mukanya menahan sakit . Tiba tiba ada satu tangan memegang lengannya . Heh suka hati kau je nak pegang pegang aku ei tampo kang . Baru tangan Wawa mahu naik untuk menampar orang itu ..
" Lain kali kalau tak boleh cuba mintak tolong . Jangan jadi bodoh sombong . " Erk ?
" Haa tu pon Wawa . Hm turun dengan putera raja kesayangan rupanya patutlah lambat ! " Usik Fara . Wawa menjeling .
" Eleh yang kau dengan dia ni tak boleh berpisah asyik nak berkepit jee . Aku turun dengan Rayyan sebab kebetulan dia nak turun jugak lagipun kaki aku kan sakit korang bukan nak tolong aku . Hmp ! " Hayok Wawa majuk .
" Alololo Wawa sorry ler aku lupaa . Hikhiks Wawa sayang janganlah merajuk !! " Fara di jeling .
" Dah dah jangan gaduh . Macam budak kecik malu Rayyan dengan Raykal tengok . Mama dengan papa dah nak gerak dah ni . Come . " Puan Salwa mendepakan tangan . B dan Atul ketawa melihat teletah dua maknae alien itu .
" Halaa mama kitaorang nak ikuttt . " Puan Salwa mengeleng . " Tak boleh sayang "
" Girls , duduk sini baik baik tau . Dengar cakap appa and omma . Tak mo degil degil ini rumah orang bukan rumah awak berempat . Faham ? Tolong omma buad kerja rumah ok ? Fara dengan Wawa tolong ya jangan malas sangat . Solat jangan tinggal k ? " Pesan Encik Zafran dan Puan Salwa membuatkan semua orang ketawa kecil . Fara dan Wawa menundukkan muka . Malu doh mama cakap aku pemalas !
" Okay mama papa . Bye . " Mereka melambaikan tangan sehingga bayang bayang kereta milik ibu bapa mereka hilang . Air mata di tahan . Uhuk tak pernah kena tinggal kali ni kena tinggal pulak .
" Dahlah weh ngada ngada je nangis ei gembing . " Ejek Rayziq . Empat kembar itu menjeling elak kena tampar je kang mamat ni ei .
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Si Kembar .
RomanceBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...
