Chapter 8 : Different League

3.8K 258 3
                                    

Aku pandu kereta Nissan Skyline Gtr35 menyusuri jalanraya,kemudian aku toleh ke arah Stella yang melihat ke luar tingkap kereta. Aku tidak mahu mengganggunya,siapa tidak terkejut apabila jika seorang yang baik berbudi tetapi terlibat dalam jenayah? Hampir setahun lebih aku bergelumang dengan dunia pembunuhan,ada sahaja jenayah yang muncul tiada tanda-tanda berkurangan.

"Awak kerja macam mana sebenarnya? Bunuh orang?" Stella yang mendiamkan diri tiba-tiba bersuara,aku menoleh kemudian ke arahnya kemudian tersenyum.

"Lebih kurang..." jawab aku.

"Bukankah berdosa?" soal Stella.

"Itu urusan saya denganNya..." jawab aku lagi

"Saya tak faham patut ke berbunuhan? Kenapa tidak mahu berbincang...?" sebaik sahaja dia menghabiskan ayat,aku memijak brek kecemasan menyebabkan dia terkejut.

"Apa awak buat ni?" soal Stella mukanya cemas.

"Berbincang?" aku memulakan kata-kata dan Stella terdiam mendengar nada suara berubah.

"Jika dunia ni boleh diselesaikan dengan perbincangan,tiada wujudnya perang dunia kedua..dan adakah kamu yakin walaupun mereka mencapai persetujuan bersama...tidak akan melanggarnya? Peraturan yang buat adalah rekaan manusia,bila-bila sahaja mereka boleh rosakkannya cik Stella...." ujar aku panjang dan Stella terdiam.

"Jadi cik Stella...setiap pendirian orang berbeza..." ujar aku sambil menukar gear,dan kembali ke jalan raya. Nasib baik juga tiada kenderaan masa aku brek mengejut,tapi mengenai Stella benarkah hanya sebab dato Haziq itu terlibat sindiket jenayah? Sedang aku berfikir dengan tiba-tiba sahaja,telefon pintar aku berdering lalu diperiksa pada skrin.

"Zafril?"

Nissan oren menyusuri jalanraya Kuala Lumpur dengan laju,aku memintas setiap kenderaan dan aku menjeling ke arah Stella. Dia hanya mendiamkan diri dan aku tersenyum sinis,kelajuan aku tambah dan dia seperti terkejut. Agak-agak dia takut ke dengan kelajuan yang aku pandu sekarang ni?

"Kenapa cik Stella..? Takut ke...laju sangat? Nak saya perlahankan kelajuan.." ujar aku dan dia hanya menjeling.

"Saya okay...." ujar Stella sambil memeluk tubuhnya,berlagak kental pula minah ni jangan kau keluar muntah sudah la...

Aku memasuki perkarangan masjid dan parkir di satu tempat yang dikhaskan,sini ke yang dimaksudkan oleh Zafril. Lebih baik aku lepak sekejap dan tunggu mereka,Stella sekadar mendiamkan dirinya kemudian dia keluar daripada kereta.

"Hey...cik Stella nak pergi mana?" soal aku dan dia menoleh aku dengan mukanya merah.

"Tandas...." ujar dia sebelum berlalu pergi meninggalkan aku,sepatutnya aku tak payah tanya. Kemudian iPhone aku berdering sekali lagi,aku dah dapat agak ini mesti Zafril.

"Ha...kan betul...ya hello..." aku terus menjawab panggilan itu.

"Kau mana Furqon? Mummy Ila tanya kau...." suara Zafril di hujung talian.

"Aku dah sampai ni ha kat masjid....takpe la...aku duk dalam kereta...kau jangan kecoh plak,tak mahu la aku kena serbu dengan Khairil tu..." ujar aku.

"Ala....kau ni ada je la...pening la aku cakap apa dengan mummy Ila nanti.." ujar Zafril pula.

"Pandai-pandai kau la..." jawab aku dan mematikan talian.

"Huh?" Kelihatan beberapa kereta parkir di hadapan aku,kelibat Khairil serta Zafril keluar daripada perut kereta. Segak benor dengan gaya baju melayu siap bersamping,kemudian Zafril memandang ke arah kereta aku dan dia sekadar menggelengkan kepalanya. Dia menunjalkan jari telunjuk ke arah aku,sekadar ketawa kecil aku perhatikan dia dan mengekori Khairil yang melangkah pergi dengan lemah. Khairil tu dah kenapa muka masam je? Bukan dia nak nikah hari ni?

"What? Huh?..." kali ini kelibat Rayyan Erick dengan Ryu Ricky,mereka berselisih dengan Stella. Amboi boleh tahan gatal mereka perhatikan Stella,aku turunkan tingkap cermin kereta sebaik Stella masuk ke dalam kereta.

"Ehh?!!" Rayyan dan Ryu menjerit,aku lantas mendekatkan jari telunjuk pada bibir tanda suruh senyap.

Mereka berdua mengangguk dan ingin datang ke arah aku,namun terpaksa dibatalkan kerana nama mereka dipanggil dari dalam masjid. Kalau tidak silap itu suara aunty Ila,dengan pantas mereka berlari masuk dan aku naikkan semula tingkap kereta.

"Siapa mereka tu?" Soal Stella.

"Kawan..." jawab aku pendek.

"Ada apa-apa event ke? Saya nampak macam pengantin je.." soal Stella dan aku tersenyum.

"Mereka majlis akad nikah..." balas aku menolehnya.

"Kenapa awak tak masuk? Kan dijemput?"

"Its okay...itu dunia cerita diorang.."

"Ha...tak faham...."

"Tak apa abaikan sahaja..."

"Huh? Humm...."

Agak lama juga aku tunggu dan kelihatan ada beberapa orang keluar dari masjid,kemudian aku tersenyum sendirian. Syed Khairil Amzar Syed Mukhriz dan Eyra Hanim dato' Ikram Aliff,mereka serasi dijadikan pasangan dan aku tumpang gembira.

"Bukan cinta terlarang lagi la...heh." ujar aku dan Stella hanya memerhatikan aku sahaja.

"Cinta? Terlarang?..." Stella kehairanan dan aku cakap kuat sangat ke?

"Tak ada apa la...cakap pasal diorang je..." ujar aku memerhatikan Khairil dan Eyra memasuki kereta,kemudian mereka beredar pergi.

"Kenapa tak join mereka...." kata Stella memerhatikan kereta yang dinaiki oleh Khairil dan Eyra berlalu keluar dari perkarangan masjid negara.

"Heh...diorang menyampah dengan saya..." ujar aku dan Stella tersenyum kehairanan,kemudian cermin tingkap aku diketuk. Zafril bersama Qas Natasha atau lebih tepat,isteri.

"Yo...." ujar aku sebaik keluar dari dalam kereta.

"Tahniah for you wedding..." tambah aku lagi sambil bersalaman dengan Zafril.

"Siapa ni bang?" Soal isteri dia Qas Natasha,boleh tahan budak ni..untung Zafril.

"Kenalkan ini Furqon...dia la yang tolong kita orang bulan lepas..tapi belum sempat nak ucap terima kasih dia dah hilang..." ujar Zafril memperkenalkan aku.

"Terima kasih kerana tolong..." ujar Qas.

"Its okay.. " balas aku,manis orangnya hehe...

"Thanks bro..hmm? Who is she?" Soal Zafril menuding ke arah Stella yang berjalan dan menghampiri aku.

"Apa khabar...saya Stella Qisrina anak dato' Haziq Amirul....tahniah kerana selamat bergelar raja sehari..." ujar Stella memperkenalkan dirinya,Zafril terdiam dan tiba-tiba aku memetik jarinya.

"Ni aku punya....tu sebelah tu baru kau punya..karang tak pasal-pasal malam pertama kena tidur luar....." ujar aku bersahaja dan Qas Natasha menahan ketawa melihat aku kenakan suaminya.

"Siot kau....herr..." aku sekadar mengangkat bahu,aku sedar Stella air mukanya merah dan aku ada salah cakap ke tadi.

"Okay la Zaf...aku gerak dulu,sampaikan salam pada pasangan sejoli tu..congrate again...okay cik Stella....jom kita gerak..." ujar aku dan Stella segera ke tempat penumpang.

"Eh...tak nak join ke..kitorang ada buat kat hotel...DA hotel...." ujar Zafril dan aku tersenyum tawar.

"Dunia kita lain Zaf..." ujar aku sebelum masuk ke dalam perut kereta,enjin dihidupkan dan aku pandu keluar. Ketika itu aku terpandang aunty Ila yang memerhatikan aku berlalu pergi meninggalkan perkarangan masjid negara.

"Ya......dunia aku dan dunia mereka lain...." aku bermonolog dalam hati.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now