Furqon membetulkan suit gear miliknya,sarung tangan zirahnya diperhatikan secara teliti. Stella hanya memerhatikan tindak-tanduk Furqon tanpa bersuara,topengnya turut diperiksa dan terbuka serta kemas disimpan pada belakang kepala."Bagaimana?" Soal Furqon menoleh ke arah Stella.
"Like Iron Man..." Ujar Stella sambil ketawa kecil.
"Cuma tak boleh terbang je.." Balas Furqon.
"Awak kena mohon dengan Ikhwan la macam tu..." Usik Stella pula.
Furqon hanya tersengih sahaja,Darweez yang bersama Ayasha turut berada di situ iaitu makmal senjata milik Ikhwan. Dia memeriksa senjata yang disediakan,ada jenis senapang,bom tangan,pisau kecil,kerambit versi moden.
"Bom tangan?" Soal Darweez menjeling ke arah Ikhwan.
"Lebih pada EMP..." Jelas Ikhwan.
"Electro Magnetic Pulse?" Soal Darweez lagi.
"Yeah... Apabila baling pada musuh yang menggunakan senjata seperti kita,ia berkesan melumpuhkan senjata mereka.." Jelas Ikhwan lagi.
"By the way,kenapa aku dan lain tak dapat suit macam Furqon?" Soal Darweez.
"Aku bagi sebab dia bakal berhadapan dengan Yami..ketua Medusa..." Jelas Ikhwan.
"Huh? Apa maksud kau?" Soal Darweez.
"Kemungkinan Yami turut menggunakan suit macam tu...malah lebih berkuasa.." Jelas Ikhwan.
"Woo... Kau nak kata kita tak mampu kalahkan Yami dan Medusa?" Soal Darweez.
"Consequences...okay? Tapi aku yakin Furqon mampu menggunakan suit tu dengan baik.." Ikhwan membalas."So optimistic..." Darweez menggelengkan kepala.
"Fikiran negatif membawa kegagalan bro,sebab tu kau accident..." Bidas Ikhwan dan Darweez terus terdiam.
Ikhwan tidak berkata apa-apa lagi dan pergi menuju ke arah rak senjata,dia memeriksa sambil bersiul ceria dan diperhatikan oleh Darweez.
"Kurang asam betul orang tua ni..." Gumam Darweez sendirian.
"Tapi canggih juga senjata ni ya?" Ayasha yang juga berada di situ memegang senjata laser tersebut.
"Hati-hati sayang,bahaya tu..." Darweez berkata selamba.
Fadhil pula menarik pedang dan menekan satu suis pada pemegang,bilahnya bersinar jelas berwarna biru cahaya. Dia mengambil langkah ke belakang,mencari ruang dan terus menghayunkan pedang ala samurai.
"Its suit you well..." Ryeiven memuji.
"Thanks... I'll take this.." Fadhil berkata dengan tersengih dan Ryeiven hanya tersenyum.
Pada masa itu pula Alisa baru sahaja siap menyalin sut gear miliknya,dia berjalan menuju ke arah Ikhwan. Semua mata memandangnya tanpa berkelip,kecuali Furqon yang lengkap dengan sut gear dia,memeriksa buat kali terakhir dan kuku titanium dikeluar pada jari-jemarinya. Kemudian pedang cahaya,selepas itu pistol laser yang menggunakan tenaga nuklear mini. Manakala senjata tersembunyi pada tapak tangannya juga diperiksa.
"Ouh ya tuan,boot awak boleh membantu berlari pada dinding...." Suara A.I tiba-tiba menegur.
"Oi... A.I,you almost make me got heart attack..." Ujar Furqon memegang dada.
"Maaf tuan saya bukan sengaja,selain berlari pada dinding... Ia juga mampu memberi boost untuk melompat dengan lebih tinggi..." Jelas suara A.I itu lagi dan seperti injap terbuka pada bahagian kasut but Furqon.
"Okay... Harap ia berjalan dengan lancar..." Ujar Furqon dan Stella mengangguk setuju.
"Semua dah sedia?" Soal Ikhwan pada semua.
Furqon hanya mengangguk manakala Darweez menarik laras pistol,Fadhil menyarung pedang yang baru dia ambil sebentar tadi. Ryeiven hanya tersengih sambil memeluk tubuh,Shahar pula bersama Adryna memeriksa keadaan markas Medusa.
"Shahar,macam mana?" Soal Ikhwan sebaik menghampiri mereka.
"Boleh tahan jugak mereka ni,terdapa kira-kira dalam 300 orang berkawal berhampiran markas bawah tanah tu..." Jelas Shahar menunjukkan simbol mewakili orang pada peta dari satelit.
"300?! Pergh..." Ujar Darweez.
"Dia tahu kita nak datang.." Furqon mencelah dari belakang.
"Ni baru menarik.." Fadhil tersengih.
"Aku tak kisah jumlah macam tu,kau pun sama kan Wan?" Soal Ryeiven menyilangkan tangan pada dada.
"Kau rasa...?" Soal Ikhwan pula.
"Heh.." Ryeiven hanya senyum sinis.
"So lets get going..."
Empat buah kenderaan menyusur laju,Nissan Skyline GTR35 milik Furqon disusuli Mercedes-Benz dipandu oleh Darweez. Shahar dan Adryna menumpang di belakang,Chevrolet Camaro milik Fadhil dan Ryeiven menumpang sebelah. Akhir sekali Ikhwan dan Alisa,Ford Mustang GT.
Pada masa yang sama itu juga,Yami duduk di atas kerusi menongkat dahi. Wajahnya tidak dapat dilihat,Ace dan Jack berpandangan kemudian menoleh ke arah tebusan mereka. Perdana Menteri Malaysia yang diikat,Khair Ibrahim yang hanya mampu mendiamkan diri.
"Kau yakin Ikhwan akan datang sini?" Soal Jack.
"Jangan risau...dia pasti akan datang..." Ace berkata tersenyum.
Empat buah kenderaan berhenti di tepi hutan simpan,Stella mendongak melihat keadaan hutan tersebut. Cuaca pada hari itu mendung sedikit,Furqon dan Ikhwan berdiri secara bersebelahan. Manakala Darweez,Fadhil serta Ryeiven juga berdiri bersebelahan dengan mereka.
"Sedia semua? Kita semua akan bergerak solo..." Ujar Furqon.
"Of course..." Ryeiven membetulkan sarung tangannya.
"Semangat ni,banzai..." Fadhil menepuk pedangnya.
"300 orang huh? Mati la nak..." Darweez mengeluh sendirian.
"Jangan mati guys..." Ikhwan berkata sambil tersenyum sinis.
Furqon menoleh ke belakang,Stella yang bersama Ayasha memandangnya sayu. Furqon tersenyum mengangguk tanda dia akan selamat,Stella menarik nafas panjang kemudian dihelakan. Stella merenung tepat ke arah Furqon,pandangan anak matanya membuatkan Furqon terkejut kemudian tersengih dan berpaling semula ke hadapan.
"Okay guys! LETS GO!!"
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
ActionFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...