STELLA P.O.V
Aku berjalan melintasi kaki lima hospital,Furqon pula berjalan di sebelah aku. Kami diberitahu Darweez sudah sedar,ambil masa dalam seminggu juga dia untuk sedar. Akhirnya kami tiba di hadapan pintu wad,aku toleh ke arah Furqon dan dia mengangguk.
Pintu ditolak ke dalam dan kelihatan Ayasha sedang berbicara,dia tersenyum akhirnya setelah sekian lama bersedih. Dia menyedari kehadiran kami berdua,lalu menyambut kedatangan dengan senyuman manis.
"Stella..." Ayasha memanggil aku dan Furqon menghampiri Darweez.
"Hey..." Furqon menyapa Darweez.
Darweez yang masih dalam keadaan terlantar,tubuhnya yang berbungkus itu membuatkan Furqon menahan sebak. Darweez memegang lemah lengan Furqon,aku dan Ayasha terkejut.
"Don't worry buddy,aku akan pastikan orang yang cederakan kau mendapat balasan.." Jelas Furqon dan Darweez hanya mampu tersenyum.
Furqon tidak duduk lama di dalam wad,dia segera keluar sebaik sahaja selesai mengatakan perkara penting. Tapi aku tahu dia menahan sebak dengan keadaan Darweez,tidak mampu bergerak dan doktor minta banyakkan berdoa.
"Hey Ayasha...awak dah makan?" Soal aku menoleh ke arah Ayasha.
Dia menggelengkan kepala tanda belum,aku sudah dapat mengagak kerana dia risaukan Darweez. Aku menghela nafas pendek,kemudian sedar Darweez memberi isyarat bawa Ayasha pergi makan.
"Ayasha..kita pergi makan okay?" Ujar aku memegang kedua bahunya.
"Tak.. Saya nak jaga Darweez..." Jawab Ayasha dan aku menghela nafas pendek.
"Ayasha...awak nak jaga Darweez,tapi kesihatan awak pun kena jaga juga..." Pujuk aku lagi.
Ayasha mendiamkan diri agak lama,sebelum menoleh ke arah aku sambil menyentuh tangan aku yang memegang bahunya.
"Ha... Macam tu la..Darweez pun risaukan awak..."
Ayasha memandang ke arah Darweez,lelaki itu tersenyum mengangguk tanda setuju. Aku memimpin Ayasha keluar dari wad,sebaik sahaja aku buka pintu kelihatan Steve berbual dengan Furqon.
"Ha... Nak ke mana ni?" Soal Furqon sebaik menyedari kami keluar dari bilik wad.
"Bawa Ayasha makan..kat kafeteria..." Jawab aku lembut.
Furqon sekadar mengangguk dan menepuk bahu Steve,sebelum menyusuli kami berdua. Steve hanya menunduk hormat dan masuk ke dalam bilik wad,tapi langkah kami terhenti kerana terserempak muka yang kami kenal.
"Ikhwan...." Ujar Furqon pendek,Ikhwan hanya tersenyum sahaja dan Alisa berada di sebelahnya.
"Aku dengar Darweez dah sedar? Boleh aku lawat dia?" Soal Ikhwan tersenyum seperti biasa.
"Terpulang pada kau...kenapa nak minta kebenaran daripada aku pula..." Balas Furqon dengan dingin.
Ikhwan sekadar ketawa kecil dan Alisa mendesah,kemudian mereka segera melepasi kami dan menuju ke wad di mana Darweez berada. Ayasha aku perhatikan dia tidak hiraukan keadaan sekeliling,tidak boleh salahkan dia juga.
"Furqon tak apa...awak pergilah tengok Darweez..." Ujar aku menoleh ke arah Furqon.
"Hell no...nanti datang pengikut Yami semua tu...awak boleh lindungi Ayasha?" Furqon membidas dan aku tersenyum sahaja.
"Lagipun saya tengah lapar...tak ada tenaga susah nanti nak beraksi heh..." Tambah Furqon lagi.
"Okay...if you say so..." Balas aku.
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
ActionFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...