"Wooho....nampaknya mereka dah mula ambil tindakan..." Ujar Fadhil tersengih."Serius sikit...ni perkara serius.." Kata Razif pula dan Reza hanya menggelengkan kepala.
"Tenang guys...kita berada di sini untuk berbincang..." King pula bersuara.
Furqon dan Ikhwan berpandangan lalu menghela nafas serentak,Darweez pula menoleh ke arah Shahar yang sibuk menaip sesuatu pada laptop. Stella dan Ayasha juga turut serta,Alisa pula hanya mendiamkan diri.
"Jadi adakah kita akan bertindak?" Soal Reza.
"Of course...dia tuju pada kita..." Jelas King.
"But this 'key' they talked about? Apa tu?" Soal Razif.
"Kunci untuk mengaktifkan senjata satelit mereka di ruang angkasa lepas...jika benar kita bawa kunci itu,aku ragu mereka akan lepaskan perdana menteri..." Ikhwan memberi penjelasan.
"So apa plan kau?" Soal Fadhil.
"Kita selamatkan PM kita la..." Jawapan Furqon membuatkan semua terkejut.
"We're killer not life saver..." Reza berkata dengan nada sinis.
"And I can kill you right now..." Furqon mendiamkan diri sebaik Ikhwan mengacukan pistol pada Reza.
Semua terkejut dengan riak air muka Ikhwan,bagi mereka ini kali pertama melihat wajah Ikhwan yang serius. Pandangannya mati bagaikan mesin pembunuh,Reza hanya mampu menelan air liur. Razif hanya mampu terkebil-kebil dan King pula menghela nafas pendek.
"Apa yang dikatakan Furqon ada betulnya..." Jelas Fadhil.
"Tuan..." Razif terkejut dan Darweez hanya menjadi pendengar.
"Jika PM kita mati,aku pasti negara akan tidak seimbang...dan pihak mereka mungkin sedaya-upaya menyembunyikan fakta ini,tapi untuk berapa lama mereka nak sembunyikan? Ini jika benar-benar berlaku,kekecohan akan terjadi..." Ujar Fadhil dengan penjelasan yang panjang.
"So apa plan kita?" Soal Darweez.
"Bagaimana Har...dapat jumpa?" Soal Ikhwan sebaik semua mata memandangnya.
"Baru je jumpa,lokasi markas mereka..." Shahar berkata sambil memusingkan komputer ribanya,untuk ditunjukkan pada semua.
"Hmm....area dalam hutan simpan huh? Tak sangka pulak,askar tak pernah jumpa ke markas dia?" Soal Furqon.
"Masalahnya markas diorang dalam tanah...macam mana nak jumpa..." Shahar menjelaskan.
Furqon berfikir sejenak dan tangannya mengusap dagu,dia Stella sekadar memerhatikan tindak-tanduknya. Ikhwan pula menghela nafas pendek,lalu mengangkat briefcase panjang dan diletakkan atas meja. Semua kehairanan kecuali Furqon,Shahar,Alisa dan Ryeiven.
"Sekarang senjata biasa tak berkesan..." Ujar Ikhwan dan membuka briefcase itu.
Darweez terkejut sehingga bangun dari kerusi,melihat senjata canggih di dalam beg panjang itu. Reza dan Razif hanya menelan air liur,King hanya tersenyum sahaja kerana dia kenal akan sikap Ikhwan.
"Ini dipanggil Gun laser,mampu menembusi zirah kalis peluru..." Ujar Ikhwan tersenyum menunjukkan sepucuk pistol.
"Malah ada tahap untuk kekuatan tembakan,tidak membunuh..dan juga hampir membunuh..." Jelas Ikhwan lagi.
"Kenapa kamu kata tidak berkesan bagi senjata biasa?" Soal Darweez.
"Shahar,boleh tunjukkan video tu?" Pinta Ikhwan dan Shahar menaip sesuatu pada komputer riba.
![](https://img.wattpad.com/cover/87137126-288-k642605.jpg)
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
ActionFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...