Darweez menggeliat untuk menghilangkan rasa mengantuknya,kemudian dia bingkas bangun daripada katil. Dia menguap panjang dan terus mencapai tuala,menuju ke bilik mandi.
Jam menunjukkan tepat 5 pagi,seusai selesai mandi dia terus menyalin pakaian yang sesuai untuk solat subuh.
Furqon masih lagi belum pulang,King pula belum memberi tugasan seterusnya. Darweez berjalan menuruni tangga setelah selesai solat subuh.
Steve yang sedang menyediakan sarapan pagi,sekadar tersenyum melihat Darweez yang bangun awal dan duduk di meja. Tidak lama selepas itu Mr.Ohsem munculkan diri,dan duduk di hadapan Darweez.
"Yo selamat pagi..." ujar Mr.Ohsem.
"Kau buat apa kat sini?" Soal Darweez.
"Biadabnya..aku tumpang tidur kejap la.." jawab Mr.Ohsem selamba.
Darweez sekadar menggelengkan kepala dan menjamah hidangan sarapan pagi,dia malas nak fikir panjang kerana masalah yang sudah bertimbun. Telefon pintar miliknya berdering tanda bunyi masuk mesej pesanan ringkas,Mr.Ohsem sekadar bersahaja tidak menghiraukan bunyi tersebut.
Darweez membelek telefonnya agak lama kemudian dia menghela nafas pendek,lantas diambil kepingan roti lalu disapu jem kaya dan dijamah kemudian diteguk air teh. Dia terus bangun dan beredar meninggalkan meja makan,Steve sekadar memerhatikan tindakan anak lelakinya itu.
AUDI RS7 menyusur laju dan memotong setiap kenderaan yang berada di jalanraya,Darweez fokus memandang ke jalan raya dan akhirnya berhenti di tepi jalan. Dia membuka pintu kenderaannya dan memandang ke satu arah menggunakan binokular,sebuah banglo yang terbakar akibat letupan dan kelihatan beberapa ahli forensik memeriksa kawasan tersebut.
Sebuah kereta jenis FORD Mustang GT berhenti di hadapan kereta milik Darweez,dia sekadar memerhatikan sahaja kemudian kelihatan Ikhwan keluar dari perut kereta. Darweez kaget dengan kehadirannya dan Ikhwan sekadar tersenyum sahaja.
"Yo!.." sapa Ikhwan dengan muka selamba.
"Apa kau buat di sini?" soal Darweez merenung Ikhwan dengan tajam.
"That's my line..kenapa kau nak tengok kawasan pembunuhan aku?" soal Ikhwan dengan nada mendatar,Darweez membesarkan matanya kemudian pintu penumpang kenderaan Ikhwan terbuka.
Seorang gadis berusia sekitar 20an keluar dari perut kereta,di saat matanya bertembung dengan Darweez seketika membuatkan Darweez tersentak. Renungan mata gadis itu membuatkan Darweez menggigil sedikit,Ikhwan sedar dan menghampiri gadis tersebut.
"Alisa...kan saya dah pesan..jangan tenung orang macam tu.." ujar Ikhwan mengerutkan dahinya,Alisa mendesah kemudian hanya menghela nafas pendek.
"Maaf..." gadis bernama Alisa hanya berkata pendek,kemudian dia terus mendiamkan diri.
"Huh?" Ikhwan sedar yang Darweez seperti tertanya-tanya.
"Err...dia tu partner kau?" soal Darweez.
"Yeah...lebih senang kau gelar dia soulmate aku..." jelas Ikhwan tersenyum.
"Heh?" Darweez tersengih kehairanan,manakala Alisa pula mendiamkan diri sahaja.
Pada masa yang sama di syarikat S&K King sedang duduk minum teh bersama Steve,teh yang ada pada mejanya dihirup secara sopan dan menghela nafas. Dia menyedari Steve sedang memikirkan mengenai sesuatu,King sekadar menggelengkan kepalanya.
"Apa yang kau menungkan tu Steve..." ujar King meletakkan cawannya semula ke meja.
"Ikhwan Zaher dan Alisa Zarina Ibrahim..." sebaik sahaja dua nama itu disebut,King tersentak dan merenung Steve dalam-dalam.
"Kenapa dengan mereka?" soal King.
"Kenapa kau panggil mereka aktif semula?" soal Steve dan King menghela nafasnya.
"Kau tahu bukan White Snake?" soal King pula kemudian Steve pula yang terkejut.
"Bukankah White Snake dah dihapuskan oleh kita 20 tahun yang lepas?" soal Steve.
"Ya...tapi mereka bukan White Snake yang lama...orang-orang mereka kekuatan lebih hebat daripada orang kita..." jelas King dan Steve mula risau.
"Sebab tu kau panggil mereka berdua..?" soal Steve.
"Ya..lagipun mereka bukan orang biasa.." ujar King memandang ke luar,memerhatikan keadaan kota Kuala Lumpur.
"Apa maksud kau dengan 'mereka bukan orang biasa'?" soal Steve.
King sekadar tersenyum mendiamkan dirinya dan tidak menjawab soalan sahabatnya,Steve merenung King agak lama kemudian memejamkan matanya lalu nafas dihelakan.
"Soulmate?" soal Darweez hairan.
"Yeah..something like that.." Ikhwan berkata sambil mengangguk.
"Aku tidak faham maksud kau..." ujar Darweez.
"Aku tidak harapkan kau faham pun..." jawab Ikhwan tersenyum.
Alisa yang menjadi pendengar perbualan mereka,tersentak seiring dengan Ikhwan dan satu objek dibaling mereka. Darweez terkejut melihat objek tersebut,sebiji bom tangan meluru ke arah mereka.
Ikhwan hanya menarik senjata jenis Revolver kemudian mengacukan ke arah bom itu,Darweez hanya tergamam dan Alisa pula sekadar bersahaja.
"Wanna try kill me?"
BLAM!! BLAM!!
BOOMMM!!!
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AksiFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...