Aku berjalan dengan memegang G-lock 35,untuk bersiap-sedia jika musuh menyedari kehadiran kami. Eyra dan Khairil mengekori aku secara berhati-hati,kawasan dalam gudang ketika itu begitu senyap. Ya,langsung tiada bunyi dan ini merisaukan aku.Aku menghela nafas pendek dan berlari anak ke arah sebuah kontena berhampiran,lalu aku memberi isyarat pada Khairil dan Eyra supaya datang dekat ke arah aku. Lantas aku cuba mengintai dari kontena itu,namun aku menyedari sesuatu.
BAMM!!
"Urgh!...." Aku sempat mengelak dari serangan hendap tembakan sniper.
"Furqon!..." Eyra terkejut dengan keadaan itu.
"Hey,kau okay bro?" Soal Khairil dan aku sekadar mengangguk.
"NICE KAU BOLEH ELAK!..." Satu suara menegur kami.
"Dia guna pembesar suara.." Khairil menduga.
"SIAPA KAU?!" soal aku dengan nada yang lantang.
"ORANG YANG AKAN MATI TAK PERLU TAHU NAMA AKU...!" Balas suara itu dengan angkuh.
Aku hanya menghela nafas pendek,kemudian Glock aku simpan dan Colt Python tarik keluar. Aku meminta Khairil dan Eyra pergi ke arah berbeza,mereka akur dan segera beredar.
"Heh...aku akan mati?" Soal aku tersengih.
Aku menarik nafas pendek dan dihelakan dengan panjang,sebaik sahaja berbuat demikian. Aku terus berlari keluar dan tembakan sniper turut dilepaskan,tapi aku segera berguling mengelak setiap dari tembakan musuh. Pada masa yang sama itu juga,beberapa pengikut pihak musuh turut menyerang aku.
"Heh..diorang buatkan aku sibuk,dan sniper lakukan tugasan dia? Not bad.."
Salah seorang menghunus pisau,cuba menikam aku tapi gerakan aku lagi pantas. Tangannya aku kilas manakala,menembak salah seorang dari pengikut pihak musuh. Aku segera menarik musuh yang dalam cengkaman aku ke arah selatan.
BAM!!
TEPAT! Mengenai kepalanya dan aku sudah mengagak,di mana sniper bersembunyi dalam pelosok gudang yang amat besar. Lantas aku lepaskan tubuh yang tidak bernyawa itu,dan melepaskan beberapa das tembakan ke satu arah.
Suasana menjadi sunyi sepi dan kedengaran bunyi tapak kaki berlari,aku tersenyum dan salah seorang pengikut pihak musuh meluru ke arah aku. Dia menghayunkan belantan baseball tetapi aku elak,dan tangannya aku kilas kemudian menyedari ada bom pada bajunya. Aku rentap dan tarik pin pada bom tangan tersebut,para pengikut pihak musuh segera bertempiaran lari.
Aku membaling ke arah di mana bunyi orang berlari itu kedengaran,lalu kedengaran bunyi letupan terhasil dan bunyi orang menjerit.
"Hehe....selamat dia..." Ujar aku sambil menembak kepala orang yang aku tangkap.
Tubuh orang itu terkulai tidak bernyawa,aku segera kembali sembunyi dan pulihkan stamina. Lalu smartphone aku bergetar dengan tiba-tiba,aku tariknya keluar dan tersengih melihat isi kandungan.
Bongok! Kau nak bunuh kitorang ke apa ni ha? Agak-agak la main baling tu! From : Eyra Hanim
Sorry beb aku tak tahu pun korang dah sampai sana...kikiki.....
Kepala hotak ko berjambul la kau..
From : Eyra HanimAku tidak balas mesej seterusnya dan mengintai dari tempat aku bersembunyi,kelihatan beberapa pengikut pihak musuh mencari kami. Aku harap mereka berdua tidak akan apa-apa,kita berhadapan dengan penjenayah licik dan juga pengkhianat S&K Corporation.
![](https://img.wattpad.com/cover/87137126-288-k642605.jpg)
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
ActionFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...