Chapter 9 : An Ambush

3.7K 271 13
                                    

Aku memandu menyusuri lebuhraya dan jika para pembaca tanya mengenai rakan aku yang kena tembak tu,sila rujuk bab 1 ya..alhamdulillah dia sihat dan aku masih lagi singgah ke restoran dia. Adam pula terkejut sebab fikir aku dah balik kampung,juga hari ni aku dalam perjalanan pulang ke kampung. Satu lagi Stella turut bersama aku sekali,pelik kenapa dia ingin ikut aku?

"Cik Stella..." aku memanggilnya dan dia memandang ke arah aku.

"Stella sahaja..." ujarnya pendek.

"Err...kenapa Stella nak ikut saya ya?" Soal aku.

"Kenapa salah ke?"

"Bukan macam tu cik Stella ni anak orang kaya...tapi nak ikut saya balik kampung nanti family awak kata apa pula kan..." ujar aku panjang lebar.

"Saya anak tunggal...satu-satunya pewaris syarikat besar Mentari Holding...dan saya tiada family melainkan ayah saya..." aku terdiam dan hanya meneruskan pemanduan aku.

"Bagaimana dengan ibu awak cik Stella?" Soal aku lagi dan mulut aku ni memang tak boleh tutup ke?

"Dia dah lama meninggal dunia..yang ada sekarang ini mak tiri..dia tu annoying betul..." jelasnya lagi dan aku hanya mengangguk faham,hidup orang kaya bukan semewah yang selalu diceritakan oleh penulis novel.

"Kenapa pula?" Aku kehairanan kerana tidak mengambil keputusan terlalu awal.

"Kuat membebel...hmph.." kata Stella menongkat pipinya.

"Awak dengan dia tak ngam ke?" Soal aku lagi.

"Dia okay cuma banyak berleter..." balas Stella.

"Ouh...okay la tu,ibu kandung awak?" Soalan aku tidak dapat Stella jawab kerana telefon aku berdering.

I like to move it....i like to move it...i like to....MOVE IT! I like to...

Aku memasang earphone bluetooth,dan segera menjawab panggilan telefon. Sempat juga aku kerling mata ke arah Stella,dan dia memandang aku dengan kehairanan namun aku hanya biarkan sahaja.

"Asalamualaikum..." satu suara menegur sebaik aku menekan butang 'jawab'

"Waalaikumussalam..pak ngah..." jawab aku lembut.

"Baru gerak ke? Mak ngah kamu tu sibuk tanya sampai Johor dalam pukul berapa.." tanya orang dalam talian yang aku panggil pak ngah.

"Satu jam lagi sampai la pak ngah.."

"Eh? Satu jam je? Kamu naik apa?"

"Kereta pak ngah..." jawab aku selamba.

"Ouh...kalau macam tu dah sampai tol Ayer Hitam Kluang beritahu..." kata pak ngah memberi peringatan.

"Baik pak ngah...nanti saya inform.." ujar aku kemudian mematikan talian.

Sebaik sahaja aku simpan telefon dalam dashboard,aku sedar Stella memerhatikan aku dari tadi sepanjang perbualan dalam talian.

"Ada apa?" Soal aku kepadanya namun memandang jalanraya.

"Siapa tadi tu?" Soal Stella.

"Pak ngah saya...saja tanya khabar.." jawab aku sambil memandu dengan secara berhemah.

"Mak ayah awak?" Soalan Stella membuatkan aku tersentak,dan mendiamkan diri sahaja selepas itu.

"Furqon?"

Kereta Nissan Skyline Gtr35 menyusur laju,aku pintas setiap kenderaan yang berada di atas lebuhraya. Sudah lama aku tinggalkan kampung halaman,6 tahun rasa lamanya. Soalan Stella aku tidak jawab,biar pak ngah saja yang berikan jawapan itu nanti.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now