Aku merenung ke arah pistol berwarna perak kilat,jenis Beretta 92 dan aku capai serta gilap dengan penuh berhati-hati. Seorang gadis berusia memerhati aku dengan mendiamkan diri sahaja,ya dialah gadis yang aku selamatkan tempoh hari.
Qistina Ayasha anak kepada ahli perniagaan terkenal dalam dunia koporat,Tan Sri Zahir. Namun sesuatu telah berlaku dan anaknya Ayasha diculik,ini kerana Tan Sri Zahir menghilangkan diri. Dua ahli perniagaan hilang dalam masa yang sama,aku diminta oleh King untuk melindungi Ayasha.
"Awak nak gilap sampai macam mana lagi baru awak puas hati?" Soal Ayasha dengan tiba-tiba,aku tersenyum sambil menoleh ke arahnya.
"Tenang la..sasaran belum keluar lagi.." ujar aku menyandar di kerusi kereta tempat pemandu.
"Memang la..tapi awak macam malas je..saya nak tahu ke mana daddy hilang! Saya tak puas hati dengan apa yang dia buat! Tinggalkan saya macam tu..je!" Bentak Ayasha dan aku sekadar menghela nafas pendek,jikalau tidak silap aku King juga berikan tugas yang sama pada budak baru tu.
"Sabar cik muda...kita tak boleh nak meluru serang camtu je..kena ada strategi..." ujar aku cuba menenangkan Ayasha,aku faham perasaan dia dengan tiba-tiba sahaja ayah dia hilang macam tu je.
Ku relakan jiwa...jadi penghuni dalam sangkar hatiku....ku mahu kau..
Aku dengan segera mencapai Samsung note 5,lalu menjawab panggilan telefon daripada King.
"Hello?"
"Hey Darweez..aku dapat maklumat daripada Furqon,organisasi yang buru Stella dan Ayasha..dipanggil Medusa.." suara King kedengaran di hujung telinga aku.
"Medusa? Mythology orang greek ke pe ni..?" Soal aku kehairanan.
"Apa yang aku dapat dari maklumat..mereka semasa lepas bunuh mangsa,mereka tanam dengan cara menyimen mangsa.." balas King lagi dan aku hanya mengangguk faham.
"Jadi orang yang kau sasarkan ni?" Soal aku lagi.
"Lan Rando? Tak la..dia cuma penjenayah biasa dengan kesalahan berat.." jawab King dan selepas itu talian dimatikan.
"Medusa huh?" Ujar aku sendirian kemudian kelihatan sasaran aku,Lan Rando keluar dari bangunan syarikat besar.
"Dia dah muncul.." ujar Ayasha dan aku sekadar menghidupkan enjin kereta,mengekori kereta Lan Rando.
Aku pandu Audi RS7 mengekori Lan Rando,tapi terfikir juga kenapa nama orang yang aku target pelik-pelik kesemuanya? Itu bukan perkara yang patut aku risaukan,aku mengekorinya dengan penuh berhati-hati agar tidak dapat dikesan. Ayasha pula sekadar mendiamkan diri,akhirnya sasaran aku menghentikan kereta di hadapan sebuah gudang lama. Apa urusan mamat ni ke sini?
"Ayasha..stay in the car.." ujar aku menoleh ke arahnya,namun dia hanya mendiamkan diri.
"Awak period ke pe? Diam je tiba-tiba.." selamba aku bertanya sebelum keluar dari dalam perut kereta.
Aku berjalan sambil meninjau keadaan kawasan kiri dan kanan,aku kehairanan jika tiada orang yang berkawal kenapa Lan Rando datang sini. Urusan jual beli dadah? Tapi sepatutnya ada kelihatan kenderaan lain parkir sini,aku lantas menarik keluar Beretta 92 berwarna perak. Akhirnya aku tiba di tepi bangunan gudang lama itu,aku mengatur langkah secara perlahan-lahan tidak mahu mereka sedar kehadiran aku.
"Bagaimana Lan? Kau pasti tiada sesiapa tahu pasal urusan ni?" Satu suara kedengaran,jadi Lan memang datang jumpa seseorang di sini.
"Bereh boh...jangan risau la..tak ada yang tahu pasal hal ni.." suara Lan Rando pula kedengaran,aku intai dari lubang dinding. Ada beberapa orang lelaki,Lan Rando berbual dengan lelaki berbadan agak gempal dan kiri kanan pula dua mamat sado berkaca hitam serta bersut serba hitam juga.
"Kita kena pastikan tiada pengacau Lan,pihak polis aku dah uruskan..diorang tu bagi duit diam la.." ujar lelaki berbadan gempal,sedang aku cuba mendengar dengan lebih lanjut.
Prak!
"Siapa tu?!" Masa ni pula ada ranting kayu depan aku.
"Huh?" Tengah aku mengomel seorang diri,satu tembakan dilepaskan pada dinding di mana aku berada dan itu dinding plywood je.
Blam!! Blam!! Blam!!
"Hah!!" Aku terus meniarap dan tembakan tersebut diteruskan.
"Tembak pengintip tu!!"
"Woi aku assassin la woi!" Jerit aku geram ada ke dia samakan aku dengan pengintip,apa kelas pengintip? Assassin la best,okay sekarang aku tengah dalam bahaya.
"Hish!!" Segera aku cuba bangkit dan berlari,sehingga di hadapan pintu gudang yang besar. Tembakan itu dari mungkin pengawal lelaki berbadan gempal itu,Beretta 92 aku halakan dan..
BAM!!
Seorang jatuh dan aku pun sama,tapi berguling dan menyembunyikan diri. Gila ke? Aku tak mahu berdiri tadah badan aku kena peluru,tembakan tetap berterusan dan aku terpaksa menunggu waktu yang sesuai untuk melancarkan serangan balas.
BAM! BAM! BAM!
Mereka ni main cheat code macam GTA peluru tak habis-habis ke?
DOM!!
KRAKK!!
Okay sekarang guna pump gun pulak? Kacau betul! Nampaknya aku terpaksa guna satu lagi pistol,lantas aku tarik Revolver Colt Python dan terus menjengah seiring aku halakan serta..
BAM!!
"Argh!!" Seorang lagi pengawal lelaki berbadan gempal terkena tembakan aku.
"Tak guna!! Sial kau!!" Lelaki berbadan gempal itu melepaskan tembakan,sedang aku menyorok kelihatan Lan Rando cuba melarikan diri.
"Nak lari?" Satu tembakan tepat mengenai kakinya,Lan Rando terjatuh dan menahan kesakitan.
Lantas aku bangun dan lelaki berbadan gempal itu terdiam kerana terkejut,mungkin terkejut kerana aku tembak kawan dia. Pada masa dia sedar aku berada di hadapannya,masa itu juga kakinya aku tembak dan dia terjatuh. Aku berjalan ke arah Lan Rando yang sedang kesakitan,pandangan mata kami bertembung.
"Lan Rando jenayah penyeludupan dadah...kes penipuan dan penculikan bayi untuk menjual organ dalaman mereka..." ujar aku sambil berhenti di hadapan dia.
"Ha..ha..siapa kau? Berani kau kacau urusan kami..?" Soalan itu aku hanya jawab dengan senyuman sinis sahaja.
"Apa yang lucu sangat ha? Ergh!!" Belum sempat dia bercakap dengan lebih banyak,peluru sudah menembusi dahinya.." muncung pistol berasap dan aku hanya menghela nafas sahaja.
"Suka hati aku la nak senyum ke pe? Haish...mati diam-diam saja la.."
"Baiklah...dan kau.." ujar aku sambil menoleh ke arah lelaki berbadan gempal yang sedang terbaring itu.
"Jangan bunuh aku..aku boleh beri upah dua kali ganda..!!" Rayu lelaki itu dan aku halakan pistol ke arahnya.
"Jadi...macam mana aku nak uruskan kau?"
Okay dah update sorry sebab tunggu lama,idea banyak lari dari kepala otak. Aku akan tumpukan pada cerita ini,jadi aku akan siapakan cerita yang secara berperingkat.
![](https://img.wattpad.com/cover/87137126-288-k642605.jpg)
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AcciónFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...