BLAM!Seorang berpakaian ranggi jatuh terjelepok,akibat tembakan dari pistol milik Darweez. Pistolnya disimpan semula dalam baju kot miliknya,Ayasha hanya mendiamkan diri.
"Alright...sekarang..." Darweez menoleh ke arah seseorang yang sedang berpeluh-peluh.
"Your next..." Darweez menuding ke arah lelaki tersebut,sebelah tangannya masih memegang pistol jenis revolver.
"Please don't kill me..." Rayu lelaki itu menelan air liur.
"Sorry pal,its my job..." Darweez menjawab.
"Anything but please don't take my life!" Rayu lelaki itu lagi sekali.
"Ouh.. Masa kau bunuh kanak-kanak untuk jual organ dia,ada kau dengar rayuan mereka..?"
Darweez merenung tajam ke arah lelaki itu,pistol revolver berwarna perak diacukan pada kepalanya.
"Mampus kau..."
BLAM!!
Kepala lelaki itu berlubang dan terus rebah,Darweez hanya meniup asap dari muncung pistol. Lalu disimpan ke dalam sutnya semula.
Ayasha hanya menghela nafas kesal,dia segera beredar namun Darweez memeriksa setiap penjuru bilik tersebut.
Sebaik sudah selesai menggeledah,Darweez segera keluar dari bilik tersebut. Dia sedar Ayasha merenungnya,namun dia sekadar mendiamkan diri.
"Bagaimana awak buat?" Soal Ayasha.
"Buat apa?" Soal Darweez pula.
"Bagaimana awak boleh bunuh orang tanpa teragak-agak?" Soal Ayasha menyilangkan tangannya.
Darweez hanya membalas renungan Ayasha,dia tidak menjawab dan segera masuk ke dalam kereta. Ayasha bengang kerana soalan dia tidak dijawab oleh Darweez,namun Ayasha mengambil keputusan untuk bersabar. Lantas segera masuk ke dalam kereta,dia menjeling Darweez yang bersahaja.
Darweez tidak berkata apa-apa dan terus menghidupkan enjin keretanya,gear ditarik dan kluc dilepaskan perlahan serta pendikit minyak ditekan. Kereta Audi Rs6 memasuki jalan raya dan menyusur laju meninggalkan kawasan tersebut.
Sementara itu di tempat lain...
BAM!!
Klak!
BAM!!
Klak!
BAM!!
Furqon menembak satu persatu sasaran berbentuk manusia,Steve dan Stella hanya memerhatikan dari belakang. Setiap tembakan yang dilepaskan,tepat mengenai bahagian kepala dan dada. Stella hanya menghela nafas pendek,dia risau jika Furqon melakukan tindakan bodoh satu hari nanti.
"Cik muda...sepertinya sedang merisaukan sesuatu..." Steve menyoal dengan tiba-tiba,matanya masih memerhatikan Furqon.
"Eh? Err...." Stella terkejut dengan teguran Steve.
"I can tell,you worried about Furqon..." Steve menduga.
"Ya..benar,saya risaukan dia akan melakukan tindakan yang tidak masuk akal..." Jawab Stella.
"Apa yang membuatkan cik muda berfikiran seperti itu?" Soal Steve lagi.
Tiada jawapan dan Stella mengambil keputusan untuk mendiamkan diri,Steve sekadar tersenyum dan beredar dari tempat itu. Namun langkahnya terhenti,dia tersenyum dan menoleh ke belakang.
"Perhaps you're the only can stop him if anything happen..." Steve berkata dan Stella kehairanan.
"Apa maksud tuan?" Soalan Stella hanya dijawab senyuman oleh Steve dan lelaki itu terus beredar.
Stella tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Steve,Furqon pula meletakkan semula senjata api ke meja. Dia mengesat peluh ada wajahnya,rambutnya disisirkan ke belakang. Smartphone diperiksa dan keluhan dilepaskan,Stella menggelengkan kepalanya.
"Awak suka ke terus membunuh seperti ini Furqon?" Soal Stella dan Furqon menoleh ke arahnya.
"Ini saja cara kita nak tahu mengenai ayah awak,kita kena bertindak Stella..dunia tidak seindah yang awak bayangkan..." Furqon membalas.
"Tiada cara lain selain membunuh? Awak seronok ke membunuh?" Soalan Stella hanya membuatkan Furqon menghela nafas pendek.
"Stella,saya tak mahu bergaduh dengan awak okay?" Furqon menuruni platform dan melepasi Stella.
"Furqon!" Stella memanggil nama lelaki itu,langkah Furqon terhenti.
"Stella saya fikir awak nak teruskan menyokong saya?" Soalan Furqon membuatkan Stella tersentak.
Stella menundukkan kepalanya dan Furqon menghela nafas pendek,lalu dia beredar dengan membiarkan Stella berseorangan di bilik itu. Steve yang sedang membaca surat khabar,kehairanan dengan air muka Furqon sedang bengang.
"Furqon?" Tegur Steve dan Furqon menoleh ke arahnya.
"Yes uncle?" Soal Furqon.
"Something happen?" Soal Steve dan Furqon hanya tersenyum kelat.
"Nothing..." Jawab Furqon dan terus ke tingkat atas.
Darweez membelok masuk ke dalam perkarangan halaman rumah,Ayasha menggeliat dan sebaik kenderaan berhenti dia segera keluar. Darweez menggelengkan kepalanya melihat gelagatnya,Steve menoleh ke arah pintu apabila terdengar pintu ditolak. Wajah Ayasha terpacul dan Steve tersenyum,Stella pula hanya melayan perasaan memeriksa smartphone miliknya.
"Something happen?" Soal Ayasha apabila dia sedar Stella yang sedang murung.
Pintu ditendang oleh Ayasha menyebabkan Furqon terperanjat,ketika itu dia sedang menggilap sniper rifles. Furqon mengangkat kening kehairanan melihat Ayasha yang merenungnya.
"Fur.... Qon...." Ayasha berjalan menghampiri Furqon.
"Eh?" Furqon tersengih tidak faham.
"Apa kau buat dengan Stella huh?! Dia murung semacam hari ni? Did you do something sexual to her?" Ayasha memberikan soalan bertalu-talu.
"Woo! Woo! Apa hal kau ni?!" Furqon kehairanan kenapa Ayasha marah macam tu sekali.
"Korang berdua bergaduh ke?! Kau memang tak pandai jaga hati perempuan!" Soal Ayasha dan Darweez serta Stella tiba di hadapan pintu bilik Furqon.
"Adoyai...." Keluh Darweez.
"Alamak...." Stella pula risau.
Soalan demi soalan diajukan oleh Ayasha,Furqon pada mulanya mendiamkan diri akhirnya tidak dapat menahan sabar. Giginya diketap dan Ayasha kehairanan,Stella sudah siap sedia menekup kedua telingnya.
"Stella?" Darweez kehairanan.
"I DONT FUCKING UNDERSTAND WHAT ARE YOU SAYING!!...."

YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
ActionFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...