Chapter 71 : A Threat From Devil

1.9K 162 7
                                    


FURQON P.O.V

Aku berdiri di tengah kawasan bilik yang agak luas,baju suit kemas dipakai sambil memeriksa setiap fungsi. Setiap visual dari topeng ini amat jelas,aku memandang ke arah satu cermin transparent. Ikhwan berdiri memerhatikan aku,ini kerana dia ingin menguji adakah aku sesuai untuk menggunakan suit ini.

Aku menarik nafas pendek dan muncul satu alat di hadapan aku,kehairanan dengan bentuk alat itu aku segera ingin menyentuh namun bunyi amaran bergema. Aku terkejut dan alat itu mengeluarkan senjata,lalu memulakan tembakan dan dengan reflek aku bergerak ke belakang secara back-flip.

Namun serangan itu tidak berhenti,aku agak terkejut apabila arah laluan serangan itu jelas dapat dilihat oleh aku. Adakah ini kerana ini bantuan visual dari topeng suit yang aku pakai,lantas aku mengelak setiap serangan.

"Sut ni tak ada senjata?" Soal aku sendirian.

"Mestilah ada...adakah tuan nak cuba?..." Suara wanita bergema kedengaran.

"Siapa tu?" Aku terpinga-pinga.

"Saya ialah Artificial intelligence...saya bergerak sebagai pembantu tuan ketika tuan gunakan sut ini..." Jelas suara itu dan aku mengangguk sahaja.

"Jadi senjata apa yang ada?" Soal aku ingin tahu.

"Ada missile mini,laser gun..pisau laser. Kuku titanium..." Ujar A.I itu serentak keluar kuku pada sarung tangan aku.

"Boot anti-gravity,light saber..." Sambung suara itu lagi.

"Light saber? Star wars ke pe?" Soal aku tersengih.

"Tuan sila pandang ke depan,awak masih dalam latihan..." A.I itu memberi peringatan.

Aku mengelak setiap satu persatu serangan pelbagai bentuk,tunduk,lompat dan bermacam gaya aku gunakan untuk mengelak kesemua serangan. Lantas light saber aku tarik,lalu menangkis setiap serangan.

"And laser beam in your hand..."

"Tak habis lagi?!" Ujar aku sambil menangkis semua serangan,dan memeriksa tapak tangan aku.

Satu bulatan bersinar jelas kelihatan,apa pula benda ni. A.I tu kata laser beam,lebih kurang Iron Man ke apa?

Aku meneruskan ujian sut ini sehingga satu jam lamanya,tetapi dengan menggunakan sut ini aku mampu tambahkan stamina. Akhirnya ujian untuk sut hitam ini telah tamat,aku perasan Ikhwan menghampiri ke arah aku.

"Yo.. Bagaimana?" Soal Ikhwan tersenyum lebar.

"Setiap sut memang ada diletak sekali dengan Artificial Intelligence ke?" Soal aku dan Ikhwan tersenyum.

"Yep...untuk rujukan penggunaan dan cara berhadapan dengan musuh..." Jelas Ikhwan.

"Jadi kau pun ada juga?" Soal aku.

"Ya..." Jawab Ikhwan pendek.

Aku sekadar mengangguk sahaja,melihat keadaan syarikat Ikhwan ini seperti kilang membuat senjata perang. Makmal dia tersembunyi dari pandangan pekerja biasa,adakah syarikat S&K seperti itu.

Siapa tahu...?

"Simpan balik suit gear tu dalam briefcase,kita boleh lepak minum sama-sama nanti...." Ikhwan berkata sambil tersenyum,aku hanya mengangguk.

Selesai sahaja menyalin pakaian,aku bergerak keluar dari bilik persalinan. Ikhwan menunggu di hadapan pintu bilik,tersenyum sebaik menyedari aku sudah keluar dari bilik tersebut.

"Mana isteri kau?" Soal aku selamba.

"Dia? Ouh.. Dia ada je kat bilik CEO...gantikan tempat aku kejap..." Jelas Ikhwan tersenyum.

"Tuan!" Seorang pemuda berpakaian sut kot hitam muncul.

"Ada apa?" Soal Ikhwan.

"Ada sesuatu tidak kena di luar,ada baik tuan pergi periksa..." Jelas pemuda itu.

Ikhwan menoleh ke arah aku,dan terus berlari kemudian aku turut menyusuli dari belakang. Sebaik sahaja aku dan Ikhwan tiba di luar syarikat,monitor besar yang ada pada bangunan terpampang gambar perdana menteri dalam keadaan diikat.

"Khair Ibrahim...perdana menteri kita..." Ujar aku sendirian.

"Holy moly..." Ujar Ikhwan.

Aku hanya merenung ke arah skrin monitor television besar itu,tidak lama itu seseorang bertopeng muncul di hadapan kaca monitor.

"Citizens of malaysia,did you watch right now?...." Ujar orang bertopeng itu,suaranya jelas seorang lelaki.

"Nyawa perdana menteri kamu dalam genggaman kami,sudah tentu kamu tidak mahu bertukar perdana menteri yang baru..." Sinis lelaki bertopeng itu.

"Sebelum itu izinkan kami mengenalkan diri,kami adalah organisasi digelar Medusa..." Tambah lelaki bertopeng itu.

"Aku tahu siapa lelaki itu...." Ujar aku dan Ikhwan menoleh.

"Kami ingin satu benda yang sememangnya kepunyaan kami,nampak objek ini?..." Ujar lelaki bertopeng,dan orang awam semua berbisik antara satu sama lain.

Sebuah objek menyerupai kunci,dan berwarna emas dalam bentuk hologram jelas dipaparkan dalam monitor.

"Jelas? Aku nak sesiapa yang ada ini,pulangkan barulah perdana menteri ini selamat..." Jelas lelaki bertopeng sebelum monitor itu terus hilang siaran.

Namun sebaik sahaja tamat siaran itu,para rakyat buat seperti tiada apa-apa. Tapi ini bukanlah satu kejutan bagi aku,bagi mereka ini seperti trailer movie sahaja.

"Trailer tadi macam real la..."

"Yelah...dia mekap macam perdana menteri kita dengan baik..."

"Tapi macam real.."

"Mana mungkin ada orang benci perdana menteri,negara kita kewangan dah stabil.. Siapa nak jadi musuh dia..."

Perbualan orang awam yang berhampiran jelas kedengaran,aku menggelengkan kepala kecewa dengan sikap mereka.

"Like i thought...mereka tidak ambil pusing.." Ujar Ikhwan.

"Perkara biasa...." Ujar aku pula dan Ikhwan menghela nafas.

"I guess we have regroup..." Cadang Ikhwan dan aku tersenyum mengangguk setuju.

"Yeah..someone have to be hero...right?"












DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now