Chapter 43 : They're Strong

2.5K 218 15
                                    


Desert Eagle berwarna emas aku pegang dengan kemas,papan sasaran berada di dalam visual aku. Laras aku tarik dan tembakan dilepaskan,tanpa henti dan kesemuanya mengenai sasaran kepala serta tubuh bahagian jantung.

Fikiran aku sekarang ini mengenai Medusa,dan juga Darweez yang sedang terlantar di wad icu. Aku mengetap gigi menahan geram,tembakan tetap diteruskan sehingga hancur papan sasaran tersebut.

Aku termengah-mengah dan nafas teruambang-ambing,aku mendecih kemudian terus cuba menembak sekali lagi.

"Furqon!" Bahu aku disentuh oleh seseorang.

"Khairil?" Aku tersentak.

"Apa kena dengan kau? Bawa bertenang...!" Khairil berkata sambil memegang bahu aku.

Aku tidak mengendahkannya lalu beredar,seraya aku berselisih dengan Eyra namun tiada ucapan dan terus berlalu pergi. Khairil dan Eyra singgah ke rumah kami,malah King juga ada dan Mr.Ohsem turut bersamanya.

Peti sejuk aku buka dan air mineral aku capai,lantas aku teguk sehingga separuh dan menghela nafas lega.

"Kau stress nampaknya..." Teguran Ikhwan buatkan aku terkejut.

Sebab kejutan itu kaki dan tangan aku bergerak menyerangnya,namun Ikhwan dengan selamba menahan serangan aku tanpa sebarang masalah.

"Apa?...." Aku agak terkejut.

"No need to be so surprise...." Ikhwan menyambung lagi.

"Apa kau buat kat sini?" Soal aku.

"Well...saja nak tengok keadaan kau macam mana..." Jawabnya sambil membuka pintu peti sejuk,air tin pepsi dicapai.

"Aku tak perlu jagaan kau..." Jawab aku dingin.

"Amboi dinginnya..." Balas Ikhwan membuka punat air tin pepsi tersebut.

Ikhwan meneguk air tersebut kemudian menghela nafas lega,dia hanya tersenyum simpul tanpa bersuara kemudian dia memandang ke arah aku.

"Macam ni la..kau stress kan,apa kata kita berlawan tinju...?" Cadangan Ikhwan membuatkan aku terkejut.

"Apa muslihat kau huh?" Soal aku dan Ikhwan ketawa kecil.

"Aku nak tengok gak,skill anak Kazeem..." Ikhwan berkata dengan senyuman licik.

"Fine...aku akan kalahkan kau..."

"Prove that word on the ring..."

ⓓⓡⓘⓥⓔⓡ

Aku dan Ikhwan sudah berada di atas gelanggang tinju,aku kagum kerana banglo yang King bagi pada aku mempunyai kelengkapan seperti ini. Sarung tangan siap dipakai dan aku sudah bersiap sedia,Ikhwan hanya memeluk tubuh sambil tersenyum.

Pada masa yang sama Eyra dan Khairil juga ada,King dan Steve duduk di satu tempat. Mr.Ohsem pula berada di penjuru gelanggang di mana aku berada, Alisa pula sudah tentu di belakang suami dia.

"Kau nak guna kuasa kau ke?" Soal aku.

"Aku tak perlukan kuasa untuk berlawan dengan kau..." Jawab Ikhwan selamba.

"I see....hmph!!" Aku berkata sambil menghayunkan penumbuk.

Namun Ikhwan mengelak dan menolak tumbukan aku,tetapi aku segera menghayunkan kaki kiri. Ikhwan mengelak dan berpusing secara back flip.

"Woo.... Pukul curi huh?" Soal Ikhwan tersengih.

"Tiada peraturan bukan...?" Soal aku berposisi bertinju.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now