FURQON P.O.VSuasana di restoran agak lengang,tiada pelanggan keluar masuk. Aku dan Stella hari keluar makan bersama,Stella yang pelawa aku jadi terpaksa terima.
"Thanks sudi keluar dengan saya lagi.." Ujae Stella.
"Its nothing,saya okay je..." Jawab aku tersenyum.
"Baguslah macam tu.." Stella membalas dengan senyuman.
Aku sekadar membalas senyuman itu,tiada kata-kata dapat diluahkan. Telefon pintar aku periksa,namun tiada misi yang diterima.
"Furqon something wrong?" Soal Stella.
"Huh? Apa? Nothing wrong.." Jawab aku memandang ke arah lain.
"Jujur dengan saya Furqon..." Ujar Stella namun aku hanya mendiamkan diri.
"Tell me..sejak bapa saya berjaya diselamatkan,cara awak layan saya lain..awak menjadi dingin.." Stella menyambung lagi.
"Ada baiknya kita tak payah jumpa lagi Stella.." Kata-kata aku membuatkan Stella membesarkan matanya.
"Kenapa awak kata macam tu?" Soal Stella.
"Ayah awak sudah berjaya diselamatkan dan bererti tugasan saya sudah tamat..." Jelas aku dan mengepalkan penumbuk.
"Awak bencikan sayakah Furqon?" Soal Stella lagi dan matanya sudah berkaca.
"Saya pembunuh,jalan saya gelap Stella..jika awak bersama saya lagi awak akan berada dalam bahaya.." Jelas aku lagi.
"Saya tak kisah..."Aku terkejut dan membesarkan mata,sebaik mendengar ayat itu dan aku memandang ke arahnya. Stella memandang aku dengan air matanya mengalir,aku terkesima dan hilang kata-kata.
"Awak kata awak pembunuh,tapi sampai saat ini awak tak pernah mengangkat senjata pada insan tidak bersalah.." Ujar Stella mengesat air matanya.
"Stella...."
"Saya cintakan awak Furqon..." Sebaik luahan itu didengari,aku tergamam dan tertunduk.
"Saya tidak kisah awak siapa..." Ujar Stella lagi dan aku mengetap gigi.
"Saya cintakan awak kerana awak adalah Furqon..." Tambah Stella lagi dan aku mengemamkan mulut serapatnya.
Aku tidak mampu bersuara dan tanpa disedari,air mata aku mengalir kerana dalam seumur hidup aku tidak pernah merasai perasaan sebegini. Aku dibela oleh bapa saudara aku,dilatih sebagai pembunuh sejak kecil kemudian bapa saudara aku hilang. Aku jalankan kehidupan secara sendirian,dengan duit kiriman ayah saudara aku yang tidak tahu di mana lokasinya ketika itu.
"Furqon? Saya salah cakap ke?" Soal Stella.
"No...mata saya masuk habuk.." Aku membalas sambil tersenyum.
"Stella kenapa awak jatuh cinta pada lelaki pembunuh macam saya?" Soal aku.
"Sebab Furqon adalah Furqon...itu takkan mengubah apa-apa..." Stella menjawab dengan senyuman manis.
"Thanks love you too...." Ujar aku ketawa kecil.
Stella terdiam dan mukanya memerah,dia pula yang malu dan aku tersengih.
"Amboi malu ke? Hehe..." Aku mengusik.
"S-shut up... Is hard for me okay..." Stella berkata sambil menyisirkan rambutnya.
"Thanks Stella...." Ujar aku tersenyum.
"Huh?" Stella memandang aku.
"For accept me,the real me..." Ujar aku dan Stella mulanya terkejut,kemudian dia tersenyum.
PRANGG!!!
Fokus kami beralih ke arah bank yang tidak jauh dari restoran kami berada,kelihatan beberapa orang keluar dari bank dan melompat tinggi.
"Seriously?" Aku terkesima.
Aku dan Stella berlari keluar untuk melihat keadaan bank,kemudian kelihatan sebuah kenderaan jenis Mercedes-Benz GLE 63 S Coupe berhenti di sebelah mereka. Aku pada mulanya terkejut dan tersengih,sebaik cermin tingkap diturunkan muka Darweez dan Ayasha kelihatan.
"Yo bro..need a hand?" Darweez menegur.
"Heh..." Aku tersengih dan membetulkan kot.
"My... My...menarik nampaknya.." Satu suara menegur dan kami menoleh.
Kami terkejut apabila Yami dan Darren muncul di hadapan kami,Stella aku tarik ke belakang dan Darweez serta Ayasha segera keluar dari kenderaan.
"Look who's finally decided to show up..." Aku berkata dengan tersenyum.
"Nampaknya aku patut bunuh kau ketika kau masih kecil lagi..." Yami berkata dengan muka bengis.
"Yeah itu la kesilapan kau yang kau lakukan..." Kata aku dan Yami hanya tersenyum.
"Ya... Aku mengaku tu..." Ujar Yami.
"Tapi akan pastikan kamu semua merana kerana cari pasal dengan kami..." Darren mencelah.
"Sorry bro...kami takkan biarkan..." Ujar Darweez cuba menarik pistol namun aku tahan.
"Furqon?" Darweez kehairanan.
"Nampaknya kau bijak juga ya?" Yami berkata dengan tersengih dan kami merenungnya.
"Jangan keluarkan senjata,sini orang ramai...kita akan berdepan masalah..." Ujar aku.
"Hahaha...betul,tapi bukan masalah aku.." Yami mengacukan pistol ke arah kami,begitu juga Darren dan orang ramai yang lalu lalang terkejut.
"Shit...." Darweez mendesah.
"Kamu semua boleh pergi ke neraka..." Ujar Yami cuba menarik pistol.
Aku terus menyeluk jaket kot dan melemparkan pisau,tepat menjatuhkan kedua-dua pistol. Yami dan Darren terkejut dengan tindakan aku.
"Kau fikir aku bodoh biarkan kepala kami berlubang?" Soal aku dan tiga bilah pisau kecil kemas terselit di jari-jemari.
"Apa? Yami!" Darren memberi amaran pada Yami.
"Kau...." Yami merenung aku.
"Jangan pandang rendah pada aku,orang tua...." Ujar aku merenungnya tajam.
Sedang kami berbalas renungan,tiba-tiba ada benda jatuh menghempas bumbung kereta yang diparkir tidak jauh dari tempat kami berdiri. Aku menoleh dan terkejut,ini kerana benda jatuh adalah orang yang merompak bank sebentar tadi. Aku baru perasan rupanya mereka memakai sut canggih,yang mampu membantu mereka melepaskan diri.
Tapi persoalannya siapa yang menumpaskan mereka?
Sedang aku berfikir seseorang mendarat di hadapan kami,Yami dan Darren terkejut lalu berundur dari situ.
"Ini masih belum berakhir..." Yami terus melarikan diri.
Manakala individu yang sedang berdiri di hadapan kami,merenung kami semua dan wajah tersembunyi sebalik topeng helmet itu.
"Baik korang beredar,sebelum pihak polis tiba..." Kata orang itu dan helmet terbuka sedikit,kami terkejut.
"IKHWAN?!"
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
ActionFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...