Chapter 51 : Ace & Jack

2.2K 186 0
                                    


Furqon hanya memerhatikan mayat Remy itu,lalu dia menghampiri tubuh tidak bernyawa dan digeledah seluruh pakaiannya. Fadhil hanya memerhatikan sahaja,tidak lama dia mendapat mesej dari Ikhwan mengatakan tugasannya sudah selesai.

"Haih..." Keluh Furqon.

"Found anything useful?" Soal Fadhil.

"Nothing...just a smartphone.." Jawab Furqon.

"Better we head back.." Fadhil berkata dan terus beredar.

Furqon hanya mendiamkan diri dan menyusul Fadhil dari belakang,mereka berdua berjalan menuju ke arah di mana kenderaan mereka diletak. Kelihatan Ikhwan sedang berbual rancak dengan dua orang lelaki berusia 40an.

"Huh... Mereka dah sampai.." Ikhwan berkata sebaik menyedari kehadiran Furqon dan Fadhil.

"Furqon.. Kenalkan inilah ayah Stella,dato' Haziq..dan ini pula ayah Ayasha dato' Zaher..dan Haziq,Zahir...inilah pemuda yang melindungi anak kamu berdua.." Jelas Ikhwan.

"Ouh...saya ucapkan beribu terima kasih..." Lelaki bernama Haziq itu mendekati Furqon dan memegang tangannya.

"Err...nothing special...really.." Furqon terkedu.

"Kau memang orang yang merendah diri,kau memang sama perangai dengan Kazeem...like father like son..." Kata-kata Haziq membuatkan Furqon terkejut.

"Tuan kenal ayah saya?" Soal Furqon.

"Yeah...dia adalah rakan sekelas saya semasa di kolej dahulu..." Jawab Haziq.

"Okay guys.. Soalan boleh tunggu,baik kita gerak..nanti bantuan mereka sampai pula.." Fadhil mencelah.

Mereka semua mengangguk setuju dan segera beredar meninggalkan kawasan hutan itu,sebuah Vila banglo di mana Furqon tinggal. Alisa hanya duduk di kerusi,tangannya memeriksa telefon pintar miliknya. Stella dan Ayasha pula sedang berbual kosong,tapi perbualan mereka terhenti dan segera berkejar ke luar.

Stella dan Ayasha terkedu apabila wajah orang mereka rindu,berada di hadapan mereka. Maka Stella dan Ayasha berlari lalu memeluk ayah mereka,Furqon sekadar tersenyum kelat memerhatikan keadaan itu. Ikhwan pula menghampiri Alisa,Fadhil pula hanya duduk di kerusi panjang.

"Aku rasa Yami akan serang kita..." Fadhil berkata kepada Ikhwan sambil memerhatikan gelagat perjumpaan keluarga itu.

"Ya..dua orang penting dia dah kojol..." Jawab Ikhwan bersetuju.

"Kita serang balas balik,senang cerita.." Alisa mencelah.

"Hahaha....simple jawapan miss Alisa..saya sukakannya..." Fadhil berkata riang.

"Jangan seronok sangat Fadhil,bukan kita je target diorang..." Ikhwan mencelah dan Fadhil berhenti dari ketawa.

"Ouh...Eyra Hanim dan keluarga dia.." Jawab Fadhil mendesah.

"Betul...mereka tolong kita,tak mustahil jika Yami target mereka juga.." Ikhwan berkata dengan yakin dan Fadhil mengangguk faham.

"Kita akan lawat mereka kejap lagi..." Sambung Ikhwan dan Fadhil hanya menoleh ke arah Furqon.

Furqon yang berbual dengan Haziq dan Zahir,sedar Fadhil memerhatikannya dan seakan faham maksud Fadhil lalu Furqon mengangguk.

ⓓⓡⓘⓥⓔⓡ

"SIAL!!" Yami menghentak dinding belakang mejanya.

Darren hanya mendiamkan diri dan menghela nafas pendek,Yami menekup dahi dan menoleh ke arah meja. Lalu ditolak fail dan kertas sehingga jatuh bertebaran di atas lantai,Darren menggelengkan kepalanya melihat reaksi Yami yang tak keruan.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now