Furqon meletakkan kenderaan di hadapan kawasan perkuburan,Stella memerhatikan sahaja reaksi lelaki di sebelahnya. Apabila dia mengingati semula babak mencium pipi Furqon,mukanya merah menahan malu kemudian dia memegang kedua pipinya. Furqon pantas membuka pintu kereta,dia melangkah lemah sehingga tiba di pintu pagar kawasan perkuburan."Hah...." Furqon menolak lemah pintu pagar kawasan perkuburan,dia melangkah menuju ke arah kubur yang berada di penjuru kawasan perkuburan.
"Asalamualaikum ibu..ayah..." ujar Furqon memberi salam pada makam ibu dan bapanya.
"Lama Fur tak datang...tak ziarah ibu..tak ziarah ayah..tak ziarah adik.." ujar Furqon menoleh ke arah satu lagi kubur kecil di sebelah kubur ibunya,Stella terkejut dengan berita itu dan terasa sebak.
"Adik saya yang masa tu baru berusia setahun,baru pandai berjalan..turut mati dalam kemalangan jalan raya.." ujar Furqon pada Stella,gadis itu cuma mampu mengalirkan air matanya melihat wajah sayu Furqon.
"Maaf..saya tak patut minta awak bawa saya ke sini..." ujar Stella pula dan Furqon menggelengkan kepalanya.
"Its okay..I'm good..." balas Furqon tersenyum.
"Kesat air mata awak,cik Stella.."
Furqon memberikan sedekah ayat al-fatihah,kemudian membaca doa selamat untuk ibu bapanya serta adiknya juga. Dia memerhatikan kedua telapak tangannya,sudah lama dia bergelumang dengan darah. Adakah amalnya diterima oleh Allah? Setelah berpuluh orang atau beratus penjenayah mati di tangannya? Namun dia menyimpan persoalan,di mana pertanyaan adakah ibu dan bapanya benar mati kerana kemalangan? Gerak hati yang menyuruh dia meneruskan kerja ini,dia dongak ke langit melihat keadaan awan yang tenang. Dia pejamkan matanya kemudian dibuka semula,dia menurunkan kepalanya dan menghela nafas pendek.
"Stella.." gadis itu menoleh ke arah Furqon.
"Selagi saya tak jumpa jawapan yang saya cari...saya tidak akan berhenti.." ujar Furqon dan Stella mulanya terkejut,kemudian tersenyum dan memegang bahu Furqon.
"Awak dah kata macam tu..saya akan sokong awak.." balas Stella tersenyum manis.
Pagi itu mereka mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur,selepas mengucap selamat tinggal dengan Pak ngah dan Mak ngah Furqon. Perjalanan mereka bermula semula selepas memasuki tol Yong Peng,lebuhraya agak lengang ketika itu dan Nissan Skyline Gtr35 menyusur laju merentasi lebuhraya.
=================
"Akhirnya sampai juga...." ujar Furqon sebaik memasuki tol yang membawa mereka ke Kuala Lumpur. Dia menoleh ke arah Stella yang lena,mungkin kerana seharian di dalam kereta dan berhenti jika ingin mengisi minyak. Furqon mengusap pipi Stella dan membelai dengan lembut,dia tersenyum sendirian melihat wajah Stella yang sedang lena itu.
I like to move it,move it! I like to move it,move it! I LIKE...
Furqon segera membatalkan hasratnya untuk terus membelai pipi Stella,kemudian dia segera menjawab panggilan telefon. Stella turut tersedar dari tidurnya,menoleh ke arah Furqon sedang bercakap dalam telefon.
"Hello maaf kerana mengganggu Furqon..." suara King menegur di hujung talian,Furqon sekadar merengus geram.
"Apa kau nak orang tua?" Soal Furqon.
"Aku ada job untuk kau..."
"Good...spill the milk.."
"Huh?" Stella menoleh ke arah Furqon.
Kereta oren metallic itu menyusur laju memintas setiap kenderaan,Furqon memaut steering memasuki simpang dan akhirnya tiba di kawasan gudang lama. Furqon menyedari ada pasangan sedang berdiri bersebelahan kereta Audi RS7 putih,Stella hanya mendiamkan diri melihat ke arah dua orang tersebut. Pasangan itu seperti menunggu kehadiran mereka berdua,sebaik memparkir di sebelah kereta putih itu dengan segera Furqon keluar sambil tangannya menyeluk kot miliknya.
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AcciónFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...