Ikhwan berjalan menolak pintu restoran,aku dan yang lain menyusul masuk tanpa sebarang soal.Siapa sebenarnya Ikhwan ni?
Aku tengok penampilan dia berbeza semasa di kampung,malah gadis yang bersama dia hanya mendiamkan diri.
"Kita duduk sini...." Ikhwan menunjukkan satu tempat meja makan yang tersembunyi.
Ikhwan dan Alisa duduk tanpa sebarang kata-kata,aku menghela nafas kemudian mengambil tempat duduk. Stella hanya sekadar menyusul,Darweez dan Ayasha tidak bermata apa lalu duduk di kerusi yang disediakan.
"Baiklah..." Ikhwan menarik nafas pendek kemudian dihelakan.
"Furqon kau tahu bukan punca kematian ayah dan ibu kau yang sebenarnya?" Soal Ikhwan memandang ke arah Furqon.
"Ya.. Dia kena dengki,kemalangan itu dirancang...." Jelas Furqon dan Ikhwan mengangguk.
"Kau tahu siapa ayah kau?" Soal Ikhwan lagi.
"Aku cuma tahu dia usahawan yang berjaya sahaja oleh pak cik aku..." Jawab Furqon.
"Itu tidak benar... Pak cik kau menipu separuh,dia memang jalankan perniagaan tapi dia juga seorang hitman under King..." Ikhwan memberi jawapan dan Furqon terkejut.
"Kau bergurau?" Soal Darweez.
"Air muka dia ada macam bergurau ke?" Soal Alisa dengan tiba-tiba,bahu Alisa disentuh oleh Ikhwan.
"Aku tak ada masa nak bergurau Darweez..aku ada sekali jenguk kawasan kemalangan dia..." Jawab Ikhwan.
"Sekejap umur kau berapa?" Soal Darweez kehairanan.
"Lebih tua dari apa yang sangka...." Jelas Ikhwan dan tangannya menahan Alisa dari ingin menerkam Darweez.
"Satu lagi Darweez..." Ikhwan berkata sambil tersenyum.
"Apa dia?" Darweez menelan air liur melihat renungan tajam Alisa.
"Boleh kau jangan tanya pasal umur? Kalau kau tak nak singa ni terkam kau..." Ujar Ikhwan tersenyum selamba dan masih menahan Alisa.
"Awak samakan saya dengan singa?" Soal Alisa mengalihkan pandangan pada Ikhwan pula.
"Soal siapa aku sebenarnya,tolak tepi sebab sekarang ni biar aku ceritakan kisah sebenar di sebalik kematian ayah kau..." Jelas Ikhwan tersenyum dan Alisa hanya merengus sahaja.
"Teruskan...." Furqon berkata dingin,Stella yang berada di situ terasa takut.
"Macam ni ayah kau,Kazeem sebenarnya adalah pembunuh upahan sama dengan ibu kau...mereka ni dalam group dan termasuk ada sepuluh termasuk yang dibunuh masa first time kau berjumpa kes letupan pada syarikat yang berkaitan dengan Mentari Holding...." Jelas Ikhwan tersenyum.
"Macam mana kau tahu?" Soal Darweez kehairanan.
"Aku tahu semuanya,setiap gerakan kamu semua aku tahu..." Jelas Ikhwan dan Alisa hanya bersahaja.
"Kemudian dalam group ini,lima dari mereka ni tamak dan membuat kerja haram lalu Kazeem masuk campur.. Sebabkan kehadiran Kazeem mereka tidak boleh buat kerja mereka,jadi mereka sabotaj ayah kau Furqon..dengan potong tali brek kereta ayah kau..." Jelas Ikhwan dan Furqon mengepalkan sekuat hati penumbuknya.
"Lagi satu semasa kemalangan itu,mereka menghimpit kereta Kazeem sehingga terbabas dan jatuh ke dalam gaung...." Tambah Ikhwan lagi dan Furqon menahan dirinya,tubuhnya menggigil menahan kemarahan.
"Aku tak sedar mengenai hal ini,sebab aku lakukan misi lain..namun mereka tidak berani kacau aku..." Jelas Ikhwan menyandar pada kerusi.
"Tapi Kazeem ada pesan dengan aku,supaya tengok-tengokkan kau jika apa-apa berlaku pada dia..." Jelas Ikhwan lagi.
"Kenapa sekarang?" Soal Furqon.
"Huh?..." Darweez kehairanan dan Ikhwan hanya tenang memerhatikan Furqon.
"Kenapa baru sekarang kau beritahu? Kenapa tak dari dulu lagi!?" Bentak Furqon bangun menengking Ikhwan.
"Jika aku beritahu kau semasa kau budak lagi,apa yang boleh kau buat?" Soal Ikhwan semula.
"Apa maksud kau?" Soal Furqon merenungnya.
"Kazeem minta aku lindungi kau,bukan minta aku latih kau jadi pembunuh..tapi Hafizul telah latih kau,aku tidak rasa Kazeem nak kau ikut jejak langkah dia.." Jawab Ikhwan dengan selamba,Stella hanya mampu mendiamkan diri.
"Tapi kenapa semasa Furqon diupah oleh King,awak tak halang?" Soal Ayasha pula.
"Itu satu perkara yang rumit,saya ada masalah sendiri..." Jelas Ikhwan tersenyum kelat sambil menggaru rambutnya.
"Apa maksud kau?" Soal Furqon.
"Senang kata aku ni bukan manusia biasa..." Jelas Ikhwan dan Furqon serta yang lain terkejut.
"Bukan manusia biasa?" Soal Furqon.
"Kami berdua adalah manusia eksperimen,individu yang disangkakan sudah mati 50 tahun lepas..." Alisa bersuara dengan tiba-tiba,Ikhwan sekadar tersenyum kelat.
"Apa?" Furqon terkejut dan Stella hanya terkedu.
"No way...." Darweez juga tidak terkecuali,Ayasha pula tergamam.
![](https://img.wattpad.com/cover/87137126-288-k642605.jpg)
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AkcjaFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...