Furqon dan Ace berbalas pandangan,Ace hanya tersenyum simpul melihat Furqon merenung ke arahnya. Suasana sunyi sepi dan topeng dibuka,wajah Furqon kelihatan dan Ace bersiul."Not bad for normal human like you.." Ujar Ace dan Furqon mendiamkan diri.
"Banyak lagi yang kau belum nampak..." Ujar Furqon.
"Ouh yeah? Aku rasa manusia biasa lemah,harapkan pertolongan orang lain..tak boleh nak maju sendiri..." Ace pula berhujah.
"Aku tak ada masa nak berdebat dengan kau..." Ujar Furqon mengeluarkan sesuatu dari sut miliknya.
"Jadi kau nak berlawan... Marilah..huh?" Ace terhenti dari berkata-kata apabila,Furqon mencampak sesuatu padanya sambil memakai cermin mata hitam.
"Lagipun aku tak suka ambil buruan orang lain..." Kata Furqon sebelum benda itu bersinar.
Ace memejamkan matanya kerana cahaya dari bom pemedih itu,terlalu cerah dan menyebabkan Ace tidak mampu membuka mata buat sementara waktu. Tanpa disedari Furqon sudah hilang dari pandangan,dia tersenyum menyedari dirinya dipermainkan.
"Nice play kid..."
Furqon yang berlari terserempak beberapa orang musuh,lantas dengan bantuan sut gear dia melompat dan melutut muka musuh. Tidak cukup itu dia bangkit dan terus menumbuk perut seorang yang ingin menyerang hendap,senak terasa sehingga orang itu tidak mampu bergerak.
"Itu akan ambil berjam nak sembuh,jadi budak baik duk situ diam-diam..."
Furqon melompat atas pokok dan menukar serta gabungkan pistolnya,menjadi sniper dan menembak satu persatu musuh dari jauh.
"Lima jatuh...hmm depan sana ada berapa Jean?...." Soal Furqon.
"Give me a minutes,about twenty.." Ujar Jean.
"Terpaksa la..." Ujar Furqon sendirian.
Furqon terus melompat dan terus mengeluarkan sebutir bom,lalu ditekan butang suis aktif dan campakkan di tengah-tengah orang yang sedang berkumpul. Letupan kuat terhasil dan separuh daripadanya,rebah tidak sedarkan diri dan separuh lagi tidak mampu bergerak.
"Sorry,I have to..." Ujar Furqon sendirian.
Dia terus turun di tengah-tengah puluhan orang yang tidak mampu bergerak,dia sedar sesuatu dan ternampak sesuatu seperti pintu. Dia mengamatinya dengan penuh minat,lantas dia bergerak ke arah pintu tersebut.
"Terkunci... Sudah semestinya.." Furqon menumpukan tenaga pada penumbuknya.
Sekali lagi garisan cahaya bersinar terang pada sut miliknya,dan Furqon tidak ambil pusing itu semua lalu menghayunkan penumbuk tepat mengenai pintu. Lalu pintu tersebut tanggal dan tercampak jauh,pada saat itu Yami yang mendiamkan diri tergerak sedikit.
"Alright... Yami,here I come..." Ujar Furqon melangkah masuk.
Darweez menukar semula magazine,dan menembak salah seorang yang ingin menyerang secara berdepan. Lantas di tangkap tubuh orang itu,dan dijadikan perisai dari terkena tembakan. Darweez terus membalas tembakan,satu persatu tepat kena pada kepala.
Dia sepak mayat dan tercampak pada salah seorang pengikut Medusa,Darweez berlari ke arah mereka sambil menembak. Semua arah muncul semua pengikut Medusa,dia mendecih dan mencampakkan pistolnya lalu dicapai pistol laser. Sebaik selesai menetapkan had level,dia terus menyerang balas.
Darweez berlari secara menembak,kiri dan kanan semua dia balas. Lalu dia melompat secara mengiring,dan dalam keadaan terbalik dia melepaskan tembakan tanpa gagal. Darweez kembali menyeimbangkan tubuhnya dan terus berlari.
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
ActionFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...