Please put your headphone for the immersive experience
ⓐⓦⓔⓢⓞⓜⓔ
Ford Mustang Gt berhenti di tepi jalan tidak jauh dari kawasan di mana sebuah gudang berada,Ikhwan menjengah dari dalam kenderaan kemudian mendail nombor seseorang.
"Hello...ya gudang tu memang ada di situ,pengawal bertugas dalam sepuluh orang..." Ikhwan memberi penjelasan.
"Ya baiklah...aku akan standby dari luar..korang semua berhati-hati..." Ikhwan berkata dengan tersenyum.
Alisa pula memeriksa senarai untuk pihak musuh,Ikhwan menoleh ke arahnya dan Alisa mengangguk.
"Masa untuk perang dingin..."
Satu sudut yang tidak jauh dari Ikhwan berada,Furqon lengkap memakai sut jaket kulit. Desert Eagle emas miliknya disisip bekas letak senjata,yang dipakai pada baju bahagian dalamnya.
Dia menoleh ke arah Eyra Hanim dan Syed Khairil,mereka bertiga mengangguk dan Mr.Ohsem pula.
"Yo guys...bosan?"
Ikhwan dan Alisa memandang ke arah di mana Mr.Ohsem berada,sambil mencekak pinggang memandang para pengawal pihak musuh.
"Fadhil...never change..." Ikhwan menggelengkan kepalanya tersengih.
"That guy...." Furqon terkejut dengan tindakan Mr.Ohsem.
"Dia nak mati awal ke?" Soal Eyra.
"Rasanya dia jenis watak susah nak mati..." Khairil berkata dengan muka tersenyum kelat.
"Apa maksud abang?" Soal Eyra.
Pengawal pihak musuh terkejut dengan kehadirannya,lantas senapang dalam pegangan mereka dihalakan pada Mr.Ohsem.
BLAM!
BLAM!
BLAM!
"Woops! Ouh yeah...!"
Mr.Ohsem mengelak tembakan ala-ala menari gaya Michael Jackson,Eyra tergamam dan Khairil sekadar menelan air liur melihat keadaan yang berlaku di hadapan mereka.
"Billie Jean not my lover... She was the girl... Auw!..." Melihat reaksi Mr.Ohsem buatkan Eyra ternganga sebelum mulutnya ditolak oleh Khairil.
"See...? Betul tak abang cakap?" Soal Khairil tersengih.
"Apa hal dia tu? Kita tembak tak kena pun?! Dia pakai saka ke apa?" Soal salah satu pengawal pihak musuh.
"Tembak je la! Sampai kena!!" Jerkah salah seorang lelaki dipercayai ketua mereka.
Furqon hanya mampu menekup muka,tapi inilah peluang keemasan. Dia memeriksa bahagian lain,kelihatan dalam lima orang berada di kawasan berjaga di bahagian belakang.
Mr.Ohsem mengelak dan berlari sambil dikejar oleh pihak musuh,Eyra masih terkebil-kebil dan ini kali kedua dia nampak Mr.Ohsem lakukan sebegitu. Tetapi tarian itu adalah perkara baru,mengelak sambil menari adakah lelaki itu memang tidak waras?
"Eyra! Khairil! Sini!..." Furqon menarik Eyra dari terus mengelamun.
Khairil dan Eyra mengekori Furqon menyelinap bahagian belakang gudang,dari sebalik dinding Furqon mengintai. Kawasan itu juga ada pengawal,ternyata Anderson bukan calang-calang punya orang.
Furqon menyeluk ke dalam sut miliknya,Khairil memerhatikan tindakannya tanpa banyak bicara. Namun reaksinya berubah terkejut besar,apabila Furqon mengeluarkan sebutir bom.
"Biar betul?!" Soal Khairil dan Eyra serentak.
Furqon tersenyum sinis pada kedua pasangan itu,sebelum melontarkan bom tersebut ke arah beberapa pengawal pihak musuh.
BOOFF!!
"Flash bang...." Khairil berkata dan Eyra mengangguk kagum.
"Kau ingat apa? Aku ni gila sangat nak main baling bom tangan?" Soal Furqon menjeling ke arah pasangan tersebut.
"Err....hehe..relax la Furqon.." Khairil tersengih.
"Korang follow aku,diorang tu biar aku handle...bantuan korang diperlukan bila kita dah berjaya masuk..." Ujar Furqon menarik G-lock 35 dengan penyenyap.
Khairil dan Eyra mengangguk lalu tangan mereka sudah bersedia di sebelah pistol,pihak musuh yang buta sementara waktu segera Furqon keluar dan terus menarik picu pistol miliknya.
TUSP!
TUSP!
TUSSP!
Sekelip mata semua pengikut pihak musuh sudah berjaya dihapuskan,pintu gudang belakang ditarik secara perlahan-lahan. Khairil sudah bersiap-sedia memegang Revolver Colt Python,Eyra pula dengan G-lock miliknya.
Furqon menarik pintu dan terus mengacukan pistol ke dalam,tiada kelibat pengikut pihak musuh kelihatan. Furqon menoleh ke arah Khairil dan Eyra,mereka mengangguk tanda sedia untuk masuk.
Pada masa yang sama Mr.Ohsem pula menyorok di sebalik pokok,mengelakkan dari terkena tembakan. Malah tembakan semakin galak,dan dia tidak boleh bermain-main nampaknya.
"Haih...nampaknya tak boleh main-main,bukan anak ikan punya level pengikut Anderson..." Keluh Mr.Ohsem.
Tembakan bertalu-talu terus dilakukan,salah seorang mengangkat tangan tanda menghentikan tembakan. Ikhwan dan Alisa memerhatikan dari jauh,kemudian Mr.Ohsem segera keluar dari belakang pokok. Salah seorang pengikut Anderson,cuba melakukan tembakan namun Mr.Ohsem menarik pistolnya dan terus menembak tepat pada dahinya.
Rakannya yang lain terkejut dengan keadaan itu,seorang lagi pengikut rebah sebaik Mr.Ohsem menanam peluru pada dahinya juga. Pengikut Anderson yang masih ada,segera mengacukan senapang masing-masing ke arah Mr.Ohsem.
"Lambat!" Mr.Ohsem menarik sepucuk lagi pistol.
BAM!
BAM!
BAM!!
BAM!!
Empat orang terus hilang nyawa,Mr.Ohsem sekadar berjalan mengiring ke tepi dan terus melepaskan tembakan bertalu-talu. Pengikut Anderson yang mulanya berada di dalam gudang,terdengar kecemasan segera keluar untuk membunuh penceroboh.
"Heh...hantar la berapa orang pun.." Mr.Ohsem memusingkan senjatanya.
"Aku akan pastikan peluru aku tertanam dalam badan mereka!...."
BAM!!
BAM!!
BAM!!
"ARGH!!...."
"ARGH!!..."
Ikhwan dan Alisa menyaksikan aksi Mr.Ohsem dengan wajah serius,bagaikan personaliti dia berubah dengan cepat jika dalam mode berlawan. Para pengikut pihak musuh keluar dari gudang itu,masih ramai lagi pihak musuh. Mr.Ohsem memerhatikan jumlah yang meluru ke arahnya,nafas dihelakan pendek dan kedua pistol sudah kehabisan peluru. Dia perasan ada riffle di atas tanah,lalu menyungkit senjata dan ditangkap.
TRATATAT!!
TRATATAT!!
"Die you trash!"
"Nampaknya dia masih berbisa seperti dulu..." Ikhwan berkata.
"Saya fikirkan kematian insan tersayang buatkan dia hilang nak beraksi..." Alisa membalas.
"Ini namanya dia sembunyikan wajah sebenar..." Jawab Ikhwan tersenyum,Alisa hanya menghela nafas pendek.
"Salah satu pengasas S&K Corporation,selain King..." Alisa berkata tenang menongkat dagu melihat Mr.Ohsem menyembelih musuh tanpa belas kasihan.
"Harimau Gila,Fadhil Kamzan..."
![](https://img.wattpad.com/cover/87137126-288-k642605.jpg)
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AkcjaFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...