Ikhwan dan Ace bertembung,masing-masing dengan renungan yang amat tajam. Suasana menjadi sunyi sepi dan hanya kedengaran bunyi burung gagak,Ikhwan sudah mengaktifkan sut gear miliknya."Kau masih berharap pada sut tu? Sebab tu la kau tak boleh maju..." Ace memulakan kata-kata.
"Its been 20 years,yet your mouth still the same... Busuk macam longkang..." Ikhwan bersuara.
"Heh.. Aku tak perlukan perubahan,lagipun duit adalah segala-galanya..." Ujar Ace mendepakan kedua lengannya.
Ikhwan hanya mendiamkan diri,Ace pula sekadar senyum sinis dan ketawa kecil. Sekelip mereka sudah berlaga tumbukan,impak angin kuat terhasil bertiup seluruh hutan. Mereka berlaga tinju dan setiap lagaan itu menghasilkan impak angin yang amat kuat,Ace mencengkam bahu Ikhwan.
Satu tumbukan tepat mengenai perut Ikhwan,terbeliak mata dibuatnya dan Alisa hanya memerhatikan sahaja. Tangannya memegang erat sniper miliknya,dia ternyata risau melihat Ikhwan mendapat asakan hebat dari Ace. Muka Ikhwan ditumbuk kemudian turun ke dagu,perut dan kaki untuk penghabisan Ace memberikan hadiah pukulan kuat pada muka Ikhwan sekali lagi.
Ikhwan tercampak terseret melanggar pokok,dia tertunduk wajahnya tidak kelihatan. Ace hanya ketawa kecil dan melihat Ikhwan yang tidak sedarkan diri,kemudian dia menghampiri Ikhwan.
"King... King...nampaknya taring kau dah tumpul...." Ujar Ace sebaik menghampiri Ikhwan,bahu Ikhwan dipijak dengan kasar.
Alisa mengetap bibir erat dan tubuhnya mula menggigil,Ace sedar dia diperhatikan oleh Alisa. Dia tersenyum sinis dan ketawa besar,Ikhwan masih tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Hey aku juga boleh kawal Z-Code dengan baik,dan lebih kuat dari kau King..." Ujar Ace angkuh.
"Z-Code aku lebih berkuasa dari kau..." Ujar Ace sinis.
Ikhwan mula bergerak dan mulutnya bergerak seperti berkata sesuatu,Ace tersengih mengejek dan menghampiri untuk mendengarnya.
"Kau nak merayu ke? Aku boleh pertimbangkan..."
"Go to hell..."
"Huh? Urgh!!!...." Ace kehairanan sebelum dagunya ditumbuk kuat sehingga melambung tinggi.
Ace melambung tinggi dan segera berpusing serta mendarat dengan selamat,dia memandang ke arah Ikhwan yang terbaring menyandar pokok namun tangannya menegak selepas menumbuknya. Ikhwan kemudian bangkit dari terus terjatuh,Ace bagaikan tidak percaya dengan keadaan itu.
"Tak mungkin aku dah pukul kau dengan kekuatan penuh,mana mungkin kau boleh bangun...!" Ace membentak.
"Don't scare me like that...." Satu suara menegur di alat penghubungan.
"Sorry Alisa... I'm just warm up..." Ujar Ikhwan tersenyum menyisir rambutnya.
Ikhwan tidak mengendahkan kata-kata Ace,kemudian garisan cahaya pada suit gear miliknya berubah warna dari biru ke merah. Ace terkejut dengan perubahan itu,dia berundur ke belakang bagai tidak percaya.
"Kau kata Z-Code kau lebih kuat dari aku? You got some nerve after what you've done and saying like that..." Ujar Ikhwan dengan muka dinginnya.
"Z-Code Override Mode..."
OVERRIDE Z-CODE MODE ACTIVATE!
Ace tersentak sebaik Ikhwan sudah bergerak di hadapannya,kelajuannya amat pantas dan satu tumbukan padu mengenai perutnya. Ace muntah air liur dan terus terpelanting jauh,Ikhwan menundukkan tubuhnya dan terus lenyap dari pandangan mata kasar. Ace menahan sakit dan juga mengimbangkan badan,namun dia terkejut apabila Ikhwan berada di atasnya.
"Kau lambat betul untuk jatuh.." Kata Ikhwan dingin sebelum menumbuk Ace hempas ke tanah.
Ikhwan berundur ke belakang,Ace segera bangkit menahan sakit. Nafasnya jelas kedengaran termengah-mengah,Ikhwan hanya merenungnya dingin.
"Mata itu...sama seperti 20 tahun lepas..." Ace berkata ketawa kecil.
Ace menjerit sebelum mara menyerang Ikhwan tanpa henti,serangan Ace hanya ditepis dan dielak oleh Ikhwan tanpa sebarang balas. Ikhwan mengetap gigi,dia menangkap lengan Ace dan terus memberi satu penumbuk. Ace tercampak ke belakang dengan jatuh terseret,Ace kembali bangkit dengan keadaan menggigil merasai ketakutan.
"Menyerah Ace...you never win..." Ikhwan berkata dengan nada dingin,bentuk dia sekarang ini bagaikan mesin pembunuh yang tidak terkalah.
"Ya...aku tahu aku tidak akan menang.." Ujar Ace mengeluarkan satu jarum suntik.
"Itu...." Ikhwan terkejut dengan alat yang ditunjukkan oleh Ace.
"Tapi dengan ini...." Ace mengangkat jarum penyuntik dalam keadaan menggigil.
"ACE JANGAN!!"
"I CAN DEFEAT YOU!!..."
Ace menyucuk jarum itu pada lehernya,Ikhwan mengetap gigi wajahnya berubah sayu.
"Kenapa kau perlu tunjukkan muka macam tu?" Soal Ace tersengih.
Ikhwan mendiamkan diri dan menundukkan wajah,Ace terus menyerang ke arah Ikhwan. Ace menghayunkan tumbukan dan Ikhwan mengangkat wajah,lalu membalas tumbukan Ace namun Ikhwan tidak berhenti dia segera menarik tangan Ace. Akibat dengan tindakan Ikhwan,Ace bergerak ke hadapan dan Ikhwan memberi satu tumbukan pada dagunya sekali lagi.
Bunyi kuat berlaku sebelum Ace melambung tinggi,Ikhwan menarik nafas pendek dan ingin bersiap sedia melakukan serangan susulan. Ace menjerit dan terus mendarat jauh sedikit dari Ikhwan,ternyata kesan dadah itu memberi kuasa luar biasa. Ikhwan memejamkan mata dan Ace terus meluru ke arahnya,Ikhwan mengepalkan penumbuknya sekuat hati.
"MAAFKAN AKU!"
Ikhwan menumpukan tenaga pada penumbuknya,injap terbuka pada zirah tangan tersebut. Tumbukan Ace ditepis dan jeritan Ikhwan diiringi penumbuknya,Ace membesarkan matanya kerana tumbukan itu menembusi jantungnya.
Suasana sepi...
Bagaikan tiada penghuni di dalam hutan tersebut....
Hanya mereka berdua sahaja...
Ace sedikit demi sedikit mula rebah,Ikhwan menangkap dan diletakkan pada riba. Ace yang diambang maut terkejut,melihat Ikhwan mula menangis.
"Kenapa kau menangis?" Soal Ace tidak faham.
"Aku bakal kehilangan kawan,di tangan aku sendiri...kerana aku tak mampu selamatkan dia..." Ujar Ikhwan dan Ace yang mulanya kehairanan,mula menangis dan air matanya mengalir deras.
"Maafkan aku Ikhwan... Aku buta kerana kuasa....maafkan aku..." Ace berkata dengan tersedu-sedan.
Ikhwan hanya mampu mendiamkan diri,dan dia tersedar sesuatu lalu melihat ke arah rakannya. Ace telah tiada dan Ikhwan mengalirkan air mata,namun tidak lama apabila letupan dahsyat berlaku di belakangnya.
Ikhwan menoleh ke belakang,Yami keluar dengan muka risau dan mendarat secara terseret. Dia turut mengenakan suit gear,Ikhwan meletakkan tubuh Ace yang tidak bernyawa. Namun gerakan Ikhwan berhenti apabila seseorang melompat keluar,Ikhwan terkejut dengan apa yang dilihat olehnya.
"Furqon?"
Furqon dalam keadaan Override Mode,namun apa yang mengejutkan itu adalah Z-Code Override mode. Bagaimana dia mampu memperolehinya?
Yami mengaturkan langkah bersiap sedia,Furqon pula tidak berkata apa-apa dengan tiba-tiba sudah bergerak di hadapan Yami. Tumbukan padu dilepaskan pada perut Yami,menyebabkan Yami tercampak jauh.
"Don't you dare insult my father..."
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AksiFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...