Imej Ikhwan Zaher ada pada media
♚♚♚♚♚♚
Furqon tersentak mendengar penjelasan dari bapa saudaranya,Stella juga tidak terkecuali dia menekup mulutnya. Ikhwan dan Alisa hanya bersahaja,kerana mereka sudah tahu perancangan Yami dan kuncu-kuncunya.
"Itu gila! Mereka nak musnahkan negara ini ke?" Soal Furqon."Mungkin..." Jawab Hafizul mengangkat bahunya.
"Kuat ke senjata tu?" Soal Furqon lagi.
"Lebih kuat dari senjata nuklear yang biasa...." Hafizul memeluk tubuh sambil tangan kirinya menongkat dagu.
"Jadi yang terlibat dalam binaan senjata berat ni...." Furqon menduga dan menoleh ke arah Stella.
"Dato Haziq dengan Dato Zahir cuma terlibat dalam kewangan...sebab itu mereka larikan diri..." Hafizul memberi penerangan.
"Bagaimana pak cik boleh tahu?" Soal Furqon.
"Kau fikir aku menghilangkan diri cuma duduk goyang kaki je ke?" Soal Hafizul menghela nafas pendek.
"Mana la tahu kan..." Ikhwan mencelah.
Hafizul tersentak apabila Ikhwan menyampuk,lelaki itu tersengih selamba dan Furqon hanya mendiamkan diri. Dia juga ingin tahu siapa sebenarnya Ikhwan,lantas dia memandang ke arah Ikhwan.
"Furqon?" Hafizul kehairanan.
"Ikhwan...siapa sebenarnya?" Soal Furqon merenung Ikhwan.
"Aku? Your allied...?" Ikhwan berkata selamba.
Furqon mengetap gigi dan terus mencekak kolar Ikhwan,Alisa terkejut begitu juga Stella dan Hafizul.
"The hell with your allied!? Who the hell are you?" Furqon membentak.
"Move..." Ikhwan bersuara dengan tiba-tiba.
"Huh?"
"Move your hand from me mongrel..."
Renungan mata Ikhwan membuatkan Furqon menelan air liur,pegangan tangan Furqon terlepas akibat renungan mata Ikhwan. Hafizul menekup mukanya,kemudian dia segera menarik Furqon mendekatinya.
"Bodoh! Kau nak mati ke?...." Hafizul memarahi anak saudaranya.
"Ah... Maaf itu habit lama saya..." Ikhwan berkata sambil tersenyum kembali.
Furqon dan Hafizul memandang ke arahnya serentak,Stella menelan air liur dan Alisa pula menghela nafas pendek.
"Aku akan berubah menjadi seperti orang lain,apabila ada seseorang mencekak aku...macam haiwan liar?" Jelas Ikhwan mengusap belakang kepala.
"Err... Okay..." Jawab Furqon dan Hafizul serentak.
"Tetapi bukan 4 orang ni sahaja yang patut kamu risaukan...." Ikhwan memberi penjelasan.
"Apa maksud kau?" Soal Furqon.
"Aku syak ada orang yang sama seperti aku dalam organisasi mereka...." Jelas Ikhwan.
"Jadi dia antara orang yang kau buru?" Soal Hafizul.
"Ya...Furqon..." Ikhwan memandang ke arah Furqon.
"Jika berhadapan dengan orang seperti aku,jika dia musuh tolong larikan diri jangan sesekali terfikir untuk berhadapan dengan dia...." Ikhwan memberi amaran.
"Apa maksud kau?" Soal Furqon.
"Masa tu skill kau tiada gunanya..." Jelas Ikhwan.
Furqon tersentak dengan penjelasan Ikhwan,namun dia tidak nafikannya kerana setelah menyaksikan yang ditunjukkan oleh Ikhwan.
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AcciónFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...