Furqon menarik keluar senjata jenis revolver,dua pucuk Colt Python di dalam tangannya. Pandangan matanya berubah dan renungan tajam dirasai Darweez,biarpun tidak ditujukan padanya. Tembakan terus terhenti seketika,adakah para pengikut Rouge turut merasai tekanan ruang persekitaran sudah berubah? Furqon segera bangkit dan satu das tembakan dilepaskan,tepat mengenai jantung salah satu dari pengikut Rouge. Darweez tergamam dengan tindakan pantas Furqon.
"Huh? Pantasnya!" Kata seorang lagi pengikut,satu lagi das tembakan dilepaskan mengenai kepala rakan yang lain.
Tidak mahu rakannya berkurangan,mereka menyambung tembakan dan Furqon segera melompat masuk bersembunyi dari sebalik timbunan pallet. Darweez turut tidak terkecuali menjadi sasaran mereka,pada masa yang sama pengikut yang lain sedang menyediakan mesin gatling. Furqon segera mengisi semula pada kelopak pelurunya,dan dimasukkan pada tempatnya semula.
"Hmph!!"
BAM!!
Sebutir peluru menembusi dahi kepala salah seorang lagi pengikut Rouge,Darweez sedar dia tidak boleh sekadar membiarkan Furqon melakukan kerja ini seorang diri.
Bang!!
"Hiah.." seorang rebah dan Darweez terus merempuh seorang lagi pengikut Rouge.
"Tch!" Furqon mendesah apabila menyedari semakin ramai yang datang.
Blind Spot!
Bang!! Bang!!
Bang!! Bang!!
Bang!! Bang!! Bang!!
"Holy shit..macam dalam anime da..." ujar Darweez apabila tembakan Furqon mengenai kesemua pengikut kumpulan Rouge itu.
Clap! Clap! Clap!
"Huh?" Furqon dan Darweez menoleh ke arah suara tepukan tangan,mereka menyedari kehadiran seorang lelaki di lewat usia 30an.
"Great! Magnificent!!" Ujar lelaki tersebut.
"Rouge Garmin.." ujar Darweez.
"Yes that's my name..and you guys are?" balas lelaki bernama Rouge itu.
"Orang yang akan mati sekejap lagi tidak perlu tahu nama kami.." ujar Furqon,Darweez turut sama terkejut.
"Huh? Urgh!!" Belum sempat Rouge menyambung kata-katanya,peluru sudah menembusi kepalanya.
"Woi..apa kau buat ni?"
"Dia sasaran kita bukan?"
"Ya..tapi..."
"Arahan kita dapat agar bunuh sasaran,tidak lebih dari tu.."
Darweez terdiam tambah terkejut kemudian tersenyum,dia sedar sebab utama kenapa King pilih dia. Furqon memeriksa pistol revolver milik dia,kemudian dia menyedari sesuatu dan menoleh ke arah Darweez dengan segera.
"Aku rasa kita kena lari sekarang.." ujar Furqon.
"Eh? Kenapa pula?" Darweez kehairanan.
"Sebab kita ada masalah..." jawab Furqon menuding ke belakangnya.
"Huh? Ehh!!" Darweez tercengang apabila melihat puluhan pengikut berlari mengejar ke arah mereka.
Furqon awal-awal lagi sudah buka langkah seribu,Darweez terkial-kial menyusul dari belakang. Furqon ni tak boleh cakap awal-awal ke. Namun Darweez sedar dia harus fikir untuk melepaskan diri dahulu,akhirnya mereka sampai ke arah kenderaan masing-masing tanpa sebarang keraguan segera masuk ke tempat pemandu.
"Huh Furqon?" Stella terkejut dengan Furqon yang muncul secara tiba-tiba.
"Eh bagi salam dulu la..!!" Bentak Ayasha bengang dengan tindakan Darweez.
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AcciónFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...