Chapter 16 : On The Road

3.2K 251 13
                                    

Tiga buah kereta menyusuri jalan raya,Zafril menjengah cermin pandang belakang dan kelihatan kereta milik Furqon mengekorinya. Dia baru sedar dan mengenali gadis yang bersama Furqon,Eyra dan Khairil pula hanya mendiamkan diri masing-masing.

"Siapa kamu berdua ni?" Soal Eyra memecahkan kesunyian.

"Ye la..tiba-tiba datang..?" Soal Khairil.

"Saya partner Furqon...dan nama saya Darweez..selamat berkenalan dan ini Ayasha.." ujar Darweez memperkenalkan diri dan Ayasha sekali.

"Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa tiba-tiba je ada orang nak serang kami?" Soal Eyra bertalu-talu.

"Hold your horse Eyra Hanim Dato' Ikram...mereka bukan serang awak,tapi nak serang gadis yang bersama Furqon..." jelas Darweez dan pasangan itu serentak terkejut.

"Huh? But why?" Soal Khairil kehairanan.

"Cik Eyra Hanim awak tahu kan Mentari Holding?" Soal Darweez.

"Yeah syarikat terkenal selain syarikat grandpa saya...dan juga rakan kongsi RD Corporation.." jawab Eyra dengan yakin.

"CEO Mentari Holding dato' Haziq Amirul telah menghilangkan diri dengan mengejut.." ujar Darweez dan Ayasha pula sekadar mendiamkan diri.

"Hilang?" Soal Eyra membulatkan matanya,Khairil hanya menjadi pendengar sahaja pada masa itu.

"Ya hilang...sebenarnya dato' Haziq ada terlibat dalam kegiatan kongsi gelap seperti pelacuran,penyeludupan,dadah dan berbagai lagi kes melibatkan jenayah.." ujar Darweez dan sekali lagi pasangan itu terkejut.

"Seriously?" Serentak pasangan itu menyoal.

"Huh?" Furqon menyedari beberapa penunggang motorsikal kuasa tinggi,memecut dari belakang dan Furqon merasakan tidak sedap hati.

"Stella..pakai seatbelt,kita akan ada gangguan sebentar lagi.." jelas Furqon dan Stella sekadar menurut sahaja.

"Awak akan okay ke?" Soal Stella.

"Saya harap saya akan okay.." ujar Furqon.

Tasskk!! Tasskk!!

Tang! Tang!

Tembakan dari pistol dipasang alat penyenyap,dilepaskan tepat mengenai cermin belakang kereta Nissan tersebut namun sia-sia kerana tiada calar. Darweez yang berada di hadapan menyedari apa yang berlaku,dan memakai alat komunikasi begitu juga Furqon. Zafril mengintai dari cermin sisi,kemudian dia mengeluh pendek.

"Darweez..kau dengar?" Soal Furqon.

"Yeah loud and clear.." kata Darweez.

"Kau teruskan perjalanan..aku akan uruskan belakang ni.." ujar Furqon lagi.

"Roger bro..jangan paksa diri bro.." kata Darweez.

"Heh.." Furqon sekadar sinis dan menarik Desert Eagle warna emas.

"Apa yang korang bualkan ha?" Soal Ayasha yang dari tadi mendiamkan dirinya.

"Cik Ayasha nak tengok si Furqon tu beraksi..kan? Ini la masanya.." ujar Darweez selamba.

Penunggang motorsikal kuasa tinggi mula menarik pistol,begitu juga rakannya yang lain. Kemudian terus melepaskan tembakan,Furqon membawa kiri dan kanan bagi mengelakkan tembakan mengenai kereta di hadapannya. Furqon mendail nombor Zafril dengan segera,dan telefon berdering segera diangkat oleh Zafril.

"DRIVE DEPAN DARWEEZ!!.." Bergegar gegendang telinganya,sebaik menjawab panggilan tersebut dan hampir terbabas kereta yang dipandu.

"Kau nak bunuh aku ke ha?!" Marah Zafril dan Furqon tidak memberi respon,dan terus mematikan talian kemudian dia menjeling Qas yang menekup mulut menahan ketawa.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now