Chapter 49 : Breakthrough

2.2K 191 2
                                    


Ikhwan berlari dengan laju dan tanpa mengeluarkan bunyi,satu persatu pengawal yang berada di atas bumbung ditumpaskan. Markas itu agak tinggi dan besar,namun itu bukan masalah baginya.

Setiap pengawal yang berkawal ditumpaskan,tanpa dibunuh dan dikumpulkan pada satu tempat. Tidak lama lepas itu dia ternampak kelibat Remy berjalan bersama beberapa orang bawahannya. Lantas dia menekan satu alat dan dilemparkan,alat jenis seperti suriken dan melekat pada belakang salah satu orang bawahannya.

"Heh... Now for the ear drove..." Ikhwan menekan pada alat gadget khas,seperti monitor kawalan.

Ikhwan menekan alat earphone bluetooth yang dipakai pada telinga,sebaik selesai menggodam dan akhirnya perbualan yang jelas dapat didengarinya.

"So... Tuan Yami nak lancarkan senjata satelit tu? Biar betul boss?..." Kedengaran suara dengan jelas dalam telinga Ikhwan.

"Kenapa? Kau goyang ke bro?...." Soal seorang lagi,dan ternyata bukan Remy.

"Bukan soal takut,tapi kau tak risau ke...satelit target pada Malaysia,dan betul-betul pada Kuala Lumpur..."

"Jangan risau sangat...itu aku dah uruskan..." Ikhwan tersenyum sebaik mendengar suara yang dia tunggu-tunggu.

"Boss?..."

"Kita akan pindah dari sini sebelum satelit itu dilancarkan..."

Ikhwan mengangkat kepala tanda tersengih dan mencebik,mengangguk-angguk sebaik mendengar kenyataan Remy pada orang bawahannya.

"Bagaimana S&K Group?...."

"Jika satelit itu dilancarkan,mereka bakal menjadi sejarah bersama Kuala Lumpur..."

Selepas itu tiada lagi perbualan di antara Remy dan orang bawahannya,Ikhwan meregangkan lehernya kemudian pada bahu pula. Lantas palang dipegang dan dia lompat,bunyi kaca bumbung pecah membuatkan Remy dan orang bawahannya terkejut. Namun tiada kelibat dapat dilihat,ini kerana Ikhwan masih dalam mode invisible.

Remy terasa tidak sedap hati dan terdengar bunyi sesuatu jatuh di hadapannya,tapi dia tidak dapat lihat dengan jelas.

"Wow....nak letupkan Kuala Lumpur huh?.." Ikhwan berkata dan mode halimunan dipadamkan,Remy tersentak kerana itu adalah individu yang dia beradapan tempoh hari.

"Kau nak lancarkan perang ke pe?" Soal Ikhwan selamba menyilangkan tangannya.

"Penceroboh! Tembak!" Remy memberi amaran.

Maka berlaku tembakan bertalu-talu tanpa henti ke arah Ikhwan,namun apa tindakan Ikhwan lakukan? Tiada apa-apa kerana pelindung terhasil,dan peluru dari senjata orang bawahan Remy langsung tidak menunjukkan sebarang kesan.

"Apa yang berlaku?"

"Teknologi apa yang dia pakai?"

"Tembakan kita langsung tidak ada kesan!"

Remy yang mendengar kata-kata orang bawahannya,hanya menelan air liur dan Ikhwan sekadar tersenyum selamba. Masih berdiri tanpa sebarang ancaman,antara kebolehan Ikhwan iaitu pelindung sempurna.

"Aku datang ni nak buat tawaran mengenai sesuatu dengan kau..." Ikhwan mula bersuara.

"Tawaran apa?" Soal Remy merenung Ikhwan.

"Tawaran kalau kau serah diri,dan berpihak pada kami..nyawa kau akan selamat..." Ikhwan menjawab sambil tersenyum.

"Apa kau cakap?"

"Berani kau hina boss kami!?"

"Ni tawaran yang hebat...kau patut fikirkan,aku rasa korang sumer takkan mampu tewaskan aku..." Ujar Ikhwan tersenyum tenang.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now