13 Tahun Kemudian.."Siap ada apa-apa yang teringgal ke?..." Soal Furqon menutup but belakang kereta.
Stella hanya menggelengkan kepala dan mengusap kepala kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun,dan mencium sepasang kanak-kanak perempuan kembar.
"Ibu dah nak pergi jangan nakal-nakal,dengar cakap atuk dengan nenek.." Ujar Stella tersenyum.
"Ibu..." Salah satu kanak-kanak kembar itu memeluknya.
"Syafira jadi budak baik ya? Jaga adik okay,Haizul...Farouk,Khalid tengokkan adik kamu ya?" Ujar Stella menoleh ke arah tiga lagi anak lelaki.
"Okay bu,consider its done..." Farouk mengangkat ibu jarinya.
"Macam tu la anak ayah..." Ikhwan menggosok kepala Farouk,Khalid pula bersalaman dengannya serta Stella.
"Have a nice trip dad..." Khalid berkata sambil tersenyum.
Furqon masuk ke dalam kenderaan,Stella sudah masuk terlebih dahulu. Furqon melambai ke arah bapa dan ibu mertuanya,dan juga anak-anaknya sebelum memandu pergi. Kenderaan keluar dari perkarangan kawasan taman,Khalid menguap panjang dan masuk ke dalam rumah. Farouk menolak lembut adik kembarnya,Haizul pula menyusul dari belakang.
Furqon dan Stella dalam perjalanan bercuti,berbulan madu kali kedua dan masa bergerak panjang. Anak mereka sudah lima orang,Stella ketawa kecil dan Furqon hanya tersenyum. Biarpun isterinya sudah 30-an,namun wajahnya masa serupa ketika pertama kali pertemuan mereka.
"Agaknya kalau abang tolak tawaran King 13 tahun lepas,kita tidak akan berkenalan rasanya..." Furqon memulakan bicara.
"Yeah... Ingat lagi masa tu,saya fikir abang ni psychopath yang suka membunuh..." Ujar Stella bergurau.
"Amboi ayat... Nak derhaka dengan suami ke? Nak kena sumpah...?" Soal Furqon turut bergurau.
"Hehehe.. Gurau je kot..." Stella membalas.
"Sama la dengan abang..." Ujar Furqon tersenyum."Bercakap masa silam,mana kawan kita yang lain agaknya?" Soal Stella.
"Kalau tidak silap,Darweez dengan Ayasha dengar dah berkahwin dan uruskan syarikat ayah Ayasha di luar negara..." Jawab Furqon.
Stella mengangguk faham dan menoleh ke luar,selepas organisasi berjaya ditumpas sepenuhnya. Darweez dengan Ayasha telah bernikah,mereka sekarang menetap di luar negara. Manakala Ikhwan dan Alisa,mereka tetap berada di dunia itu. Memerhatikan jenayah dan juga menumpaskan penjenayah,rupa-rupanya Jack cuma menyamar memerhatikan tindak-tanduk Ace sepanjang penyamaran.
Mr.Ohsem aka Fadhil pula kekal menjadi hitman atau pembunuh penjenayah,dia tetap dengan mencari penjenayah yang terlepas dari hukuman gantung. King dan Steve seperti biasa menguruskan syarikat S&K. Ryeiven pula ikut Ikhwan dan Alisa,dia dan Jack membantu Ikhwan menyelesaikan masalah jenayah.
"Saya dengar Shahar dengan Adryna bertunang..." Ujar Stella.
"Wow... Bukan dengan Ryei?" Soal Furqon.
"Dia anggap Ryei macam abang kandung,Ryei pun camtu gak..." Terang Stella dan Furqon sekadar mengangguk.
Furqon kembali fokus memandu dan perasan satu kenderaan memotong laju kenderaannya,dan menyebabkan kenderaan di hadapan Furqon hampir terbabas. Lantas Furqon segera menghentikan kenderaannya.
"Abang nak periksa jap.." Ujar Furqon.
"Hati-hati bang..." Kata Stella dan Furqon hanya mengangguk.
Furqon menyeluk jaket dan tangannya siap sedia jika itu perangkap,namun meleset apabila dia melihat satu pasangan di dalam kenderaan tersebut. Malah dia cam muka mereka,biarpun sudah besar panjang.
"Mereka berdua ni..." Furqon berbisik sendirian.
Cermin diketuk dan diturunkan,gadis itu kelihatan begitu cemas dan lelaki itu pula tidak sedarkan diri.
"Okay tak ni? Tiba-tiba je berhenti tengah jalan,nasib baik jalan lengang.." Soal Furqon.
"Ah..maaf cik,tunang saya pengsan ni..." Ujar gadis itu mula risau,Furqon memandang ke arah budak lelaki itu pula.
"Nak ke mana sebenarnya?" Soal Furqon.
"Pangkor Laut Resort..." Jelas gadis itu dan Furqon berfikir sejenak.
"Ha...macam ni la,aku tolong hantar korang...kau bawa kereta aku follow belakang.." Ujar Furqon.
"Tapi...." Gadis itu serba salah.
"Jangan risau...isteri aku ada jadi peneman kau..." Pujuk Furqon.
Gadis itu hanya mampu mengangguk sahaja,dan terus menuju ke arah kenderaan Furqon berada. Furqon pula mengangkat budak lelaki itu ke kerusi sebelah,dan terus memandu ke destinasi yang gadis itu katakan.
"Sesat agaknya diorang..." Gumam Furqon sendirian.
Akhirnya mereka tiba di destinasi yang ditetapkan,kelihatan beberapa orang ramai berkumpul. Furqon tersenyum sendirian,dan parkir berdekatan resort tersebut. Kelihatan gadis itu keluar dahulu,dan menuju ke arah seseorang yang dia kenal. Furqon lantas menoleh ke arah lelaki yang masih tidak sedarkan diri,dan dia segera keluar dari kenderaan tersebut.
"FURQON?!" Salah seorang menjerit nama Furqon.
"Aku dah agak dah,ini adik-adik kau...Dian Uqasha anak uncle Dian Amir dan Ezra Harriz...adik kandung kau..." Ujar Furqon sebelum kolarnya direntap oleh orang itu,iaitu Eyra Hanim.
"Hey tenang la..." Pujuk suaminya Syed Khairil Amzar atau Khairil menarik lengan isterinya. Stella pula berjalan menghampiri Furqon,dan agak terkejut dengan reaksi Eyra Hanim.
"Sama je macam dulu kau ni,cuba tenang sikit..." Bidas Furqon sedikit kasar,Stella yang sedar akan air muka Eyra Hanim segera memeluk lengan Furqon.
"Apa yang berlaku ni?" Soal Dian Amir yang menghampiri mereka.
"Itu uncle kena tanya anak uncle Dian Uqasha...." Ujar Furqon selamba.
Gadis yang bernama Dian Uqasha menerangkan apa yang berlaku,sedang mereka berbual Furqon menghela nafas pendek memerhatikan Ezra Harriz iaitu lelaki yang tidak sedarkan diri dibawa pergi oleh anak buah Eyra Hanim.
"Dah besar diorang ya?" Soal Furqon dan Eyra Hanim tersenyum.
"Baiklah kami gerak dulu..." Furqon memohon meminta izin beredar.
"La.. Tak nak join ke?" Soal Dian Amir.
"Tak apa la uncle... Nak pergi berbulan madu..." Ujar Furqon berkata selamba.
"Amboi korang makin rapat ya..." Eyra Hanim mengusik dan Furqon menjeling.
Furqon melambai ke arah mereka sebelum memasuki keretanya,dan beredar pergi meninggalkan resort tersebut. Cermin sisi diperhatikan,ternyata Eyra Hanim dan Syed Khairil memerhatikan mereka berdua pergi.
"Its been a while...right?" Soal Stella."Yeah... Memang..." Balas Furqon.
~FIN~
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AksiyonFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...