Chapter 22 : Mysterious Man

3.3K 243 6
                                    

Sebuah tempat kelab yang agak tersembunyi,di lorong sunyi hanya kedengaran bunyi salakan anjing bersahut-sahutan. Kelab malam yang bising serta riuh dengan maksiat,seks dan alkohol itu perkara biasa. Seks bersama si pelacur wanita,bergilir-gilir diratah oleh pelanggan setia. Seorang pemuda muncul berjalan melalui lorong tersebut,berjaket hud menutupi kepala hanya kelihatan mulut serta hidungnya sahaja.

"Huh?" Seorang bouncer sedar dan menepuk dada bidang rakannya.

"Apa?" Soal rakannya itu.

"Tu...ada orang datang sini.." ujar bouncer itu.

"Dah tu gi la halau..." ujar rakannya pula menghela nafas pendek.

Segera bouncer itu cuba mendekati pemuda itu,namun dengan pantas tanpa sempat dikesan oleh mata kasar. Lehernya sudah dikelar dan darah memancut keluar lalu rebah,rakannya terkejut dan cuba menarik pistol namun sudah terlambat kerana kerambit di tangan pemuda itu sudah terpacak menusuk dahinya.

"Heh..." sinis si pemuda misteri.

"Aku ambil balik dan terima kasih.." ujarnya berbisik sambil mencabut kerambitnya.

Klank!

Bunyi pintu dikuak kasar olehnya menarik perhatian beberapa orang yang sedang berkumpul,mengepung pemuda misteri itu dan merenungnya. Pemuda itu tidak gentar seinci pun,dan tangannya dimasukkan ke dalam poket jaketnya.

"Hoi...kau salah masuk kawasan ke? Baik kau keluar...sebelum dapat sakit.." pemuda itu sekadar sinis,mendengar apa yang dikatakan salah seorang yang mengepungnya.

"Ouh salah masuk ke? Maaf la baru lagi..." ujar pemuda itu sinis.

"Dah berambus..." ujar seorang lagi.

"Sebelum tu boleh tolong tak?" Soal pemuda misteri itu lagi.

"Apa lagi kau nak...tolong apa?" Ujar salah seorang daripada yang mengepungnya geram.

"Mati.." kata pemuda misteri itu tersenyum.

"Huh?" Mereka semua tercengang.

Pemuda itu dengan pantas menarik keluar kerambitnya,pada kedua-dua belah tangannya memegang kerambit tersebut. Pemuda itu segera mengelar leher dengan pantas,pada lelaki yang menengkingnya sebentar tadi. Semuanya berlaku dengan kepantasan melangkaui manusia biasa,pemuda itu terus menyepak seorang lagi yang berdekatan dengannya.

"Bunuh dia!" Jerit salah seorang daripada mereka,kemudian semua yang berada di situ menyerbu ke arah pemuda tersebut.

"Good..lagi ramai lagi bagus,baru syok...hehe.." sinis pemuda itu berbicara sendirian memandang orang ramai cuba meluru ke arahnya.

Pemuda itu terus mengelak hayunan kapak salah seorang dari mereka,kemudian kerambitnya terus di pacak pada dahi tanpa was-was. Membuatkan semua terkejut dengan tindakannya,seorang lagi menyerang namun hanya sia-sia dan pemuda itu menikam bertubi-tubi pada dada orang itu. Pada masa yang sama sedang pemuda itu membunuh,alunan muzik parti liar kedengaran menjadi efek latar belakang pembunuhan beramai-ramai dan dilakukan oleh seorang pemangsa.

Mereka berang rakannya dibunuh dan terus meluru ke arah pemuda itu,namun hanya sama keputusannya dan pemuda itu tetap terus membunuh. Dia menangkap tangan salah seorang dari musuhnya,dengan pantas dia bergerak ke belakang lalu mengelar leher musuhnya dan lelaki itu menggelupur sebelum mati. Ketakutan mula menyerang minda mereka,melihat hampir 30 orang mati dibunuh dalam sekelip mata. Pemuda misteri itu menjilat darah mangsanya,dan tersengih dengan menyeringai.

Akhirnya semua tidak lagi bernyawa,dan pemuda itu langsung tidak kepenatan selepas melawan 50 orang dalam satu masa. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia kepenatan,kemudian dia mengambil sesuatu dari beg yang dia galas. Bom masa dilekatkan setiap penjuru bangunan itu,setelah selesai dia melakukan pemasangan bom dengan segera keluar melangkah tenang dari kelab tersebut.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now