Chapter 68 : No Mercy

1.8K 155 2
                                    


IKHWAN P.O.V

AKU berjalan tenang ke satu rumah agam,agak besar dan jelas ia terbiar begitu lama. Aku masuk dan keadaan dalam rumah agam itu,masih terjaga rapi dan aku rasa pemilik rumah ada upah seseorang untuk jaga.

Tapi...

Pintu pagar rumah agam tidak dikunci,rantai dan mangga telah dirosakkan oleh seseorang. Pemilik rumah itu sebenarnya menghubungi organisasi kami,untuk menyiasat kerana dia gagal menghubungi seseorang yang dia upah.

"Macam mana?" Soal Ryeiven yang muncul di belakang.

"Check dulu la..." Jawab aku berjalan ke hadapan.

Kami berdua berada di dalam rumah,manakala Shahar dan Alisa serta Adryna memantau dari luar. Memantau dari dalam kereta,ini sebab Shahar dan Adryna hanya manusia. Someone need to protect them,Alisa volunteer and its good.

"Alisa dah banyak berubah huh?" Soal Ryeiven.

"Apa maksud kau?" Soal aku.

"Yelah sebelum ni dia melekat denga kau je...sekarang dia dah buka hati nak berkawan dengan orang lain..." Jelas Ryeiven.

Aku hanya tersenyum dan kata-kata si Ryeiven memang benar,kerana semasa awal perkenalan kami. Alisa paling dingin namun tidak pada aku,masa itu kami belum ada ikatan. Itu boleh cerita lain buku,sekarang kami ada misi.

"Bagus juga ada bantuan dari FBI...." Ryeiven mengomel.

Sedang kami memeriksa keadaan sekitar kawasan,kami tertangkap bau busuk lebih teruk dari bangkai. Kami berpandangan dan mengagak,bau mayat manusia?

Aku berlari menuju ke arah bau itu,semakin lama semakin kuat dan bermakna kami sudah hampir. Sehinggalah kami tiba di satu bilik stor,Ryeiven dan aku terkejut apabila melihat sekujur tubuh tergantung dalam keadaan membusuk.

"Ya tuhan...." Ryeiven tergamam dan aku mengetap gigi.

"Siapa yang melakukan ini bukan manusia...she just innocent girl!..." Ryeiven berkata sambil menghentak dinding.

Polis tiba bersama skuad forensik,dan aku pula berbincang dengan Zafril mengenai hal ini. Ryeiven pula hanya mendiamkan diri,Zafril hanya tersenyum melihat keadaan Ryeiven yang sedang menahan marah.

"So bagaimana? Gadis itu ada keluarga?" Soal aku.

"Ada... Kami ada hubungi mereka,kita akan hantar mayat tu ke hospital untuk bedah siasat...." Jelas Zafril.

"Kenapa perlu bunuh seorang gadis? Apa yang mereka nak pecah masuk rumah kosong tu?" Soal Ryeiven geram.

"Sabar Ryei..." Ujar Ikhwan.

"Aku percaya perkara ini berkaitan dengan hal pembunuhan ahli politik baru-baru ini..." Jelas Zafril.

"Maksud kau?" Soal Ryeiven.

"Majikan gadis tu adalah ahli politik,jadi pihak yang membunuh gadis itu ingat dapat sesuatu dari gadis itu..." Jelas Zafril.

"Tapi mereka gagal dan bunuh gadis itu untuk elakkan dari diketahui oleh pihak berkuasa....." Aku mencelah dan Ryeiven mengetap gigi.

"Ya betul tu..." Zafril mengangguk menyokong penjelasan aku.

"Hmm?" Sedang kami berbincang,aku perasan seseorang sedang mengintai dari jauh.

Seorang lelaki berusia 30-an,memerhatikan tindakan polis membawa keluar mayat gadis itu.

"Hey guys.... Aku nak tangkap orang..." Aku berkata serentak mengaktifkan mode camouflage.

Lelaki itu beredar dari kawasan itu tanpa menyedari aku memerhatikannya,Ryeiven dan Zafril hanya berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. Lelaki itu berjalan tenang ke arah sebuah kenderaan SUV,dia mengeluarkan smartphone mendail seseorang.

"Ya polis dah tahu pasal hal ni..." Ujar lelaki itu dan aku hanya berdiri di sebelahnya,dalam bentuk mod halimunan.

"Jangan risau mereka tidak akan tahu siapa pembunuh gadis itu,hanya satu nyawa tiada beri kesan pada kita pun..."

Aku mula panas dan berjalan ke arah hadapan lelaki itu,mod halimunan aku matikan dan lelaki itu terkejut apabila sedar kehadiran aku. Zirah gear tersarung kemas pada tangan,lelaki itu cuba menarik pistol namun badannya aku libas.

"ARGH!!!...."

"Calar je pun,tak beri kesan kan..." Ujar aku dengan sebilah pedang kemas pada tangan.

"No way... Are you the rumor human biology? Ha... Ha...." Nafas lelaki itu turun naik dalam keadaan melutut.

"Who know?" Ujar aku tersenyum.

"Apa yang kau nak dari aku ha?...." Soal lelaki itu.

Aku segera melutut sebelah kaki,dan pedang aku letak pada sebelah leher. Lelaki itu mula ketakutan,tubuhnya menggigil dengan kuat.

"Aku nak tahu kenapa kau bunuh gadis tak bersalah tu,kedua siapa yang kau baru hubungi sebentar tadi.. Jawapan kau bakal tentukan nasib kau...." Aku berkata dengan nada yang amat dingin.

"Tolong jangan bunuh aku...." Lelaki itu merayu.

"Aku rasa masa kau nak bunuh gadis itu,dia merayu macam ni kan?" Soal aku dan lelaki itu tidak mampu menjawab.

"So jawab soalan aku tadi...."

"Se.. Seseorang nama Jack,beri arahan suruh bunuh ahli politik yang tidak ikut arahan...." Nama Jack menarik perhatian aku.

"Teruskan...."

"Aku masuk ke dalam rumah kerana tahu sasaran aku akan muncul,tapi kehadiran aku dikesan oleh gadis itu...." Jelas lelaki itu.

"Jadi untuk tutup mulut dia,kau bunuh tanpa perasan kasihan?" Soalan aku membuatkan dia menundukkan kepala.

Lelaki itu terkejut apabila aku menikam jantungnya,dia menggigil dengan persoalan dalam kepalanya. Nafasnya mula berat dan hanya mampu tergamam,aku merenung anak matanya.

"Aku rasa biarkan kau hidup bukan satu pilihan..." Ujar aku menarik pedang dan tangan aku kembali normal.

Aku mengeluarkan satu objek,dan masukkan ke dalam saku bajunya. Bahunya aku kibas dan berjalan melepasi,selang beberapa langkah tubuhnya terus meletup. Aku hanya berjalan tanpa menoleh belakang,kelihatan Zafril dan Ryeiven dari jauh menyaksikan kejadian itu.

"Kejam seperti selalu..." Ryeiven menghela nafas pendek.

"Aku tiada komen..." Ujar Zafril.

Aku hanya tersenyum mendengar luahan mereka,aku toleh ke arah letupan dan itu merupakan amaran pada Ace serta Jack.

"I'll find you...."








DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now