Chapter 56 : Hot Pursuit

2K 187 12
                                    


"NANTI!!"

Ikhwan yang sedang mengendong Phantom,menoleh ke arah suara tersebut. Alisa dan Shahar memerhatikan dari kenderaan,gadis yang dikatakan pembantu Phantom mengacukan pistol ke arah Ikhwan.

"Put him down or I'll shoot you..." Ujar gadis itu.

"You should has know,bullet can touch me.." Balas Ikhwan dan gadis itu tersentak namun dia mengawal perasaannya.

"Please put him down..." Air mata gadis itu mula berkaca.

Alisa mula terasa meluat dan menarik laras sniper miliknya,Shahar terkejut dan Alisa membidik ke arah gadis tersebut. Ikhwan menghadang tanda meminta jangan menembak gadis itu.

"Ikhwan?" Alisa kehairanan.

"Budak...." Ikhwan bersuara.

"Huh?.." Gadis itu kehairanan.

"Siapa dia pada kau?" Soal Ikhwan.

"Dia adalah penyelamat saya...." Ujar gadis itu masih mengacukan pistolnya.

"Penyelamat?" Ikhwan kehairanan.

"Saya dipaksa masuk menyertai Hydra,tapi Phantom la yang sering lindungi saya dari diseksa oleh mereka..." Jelas gadis itu.

"Ouh..." Ikhwan mengangguk selamba.

"Jadi..." Gadis itu berkata lemah,dan kelihatan sesuatu gugur.

Air mata....

"Don't take him from me...I'm begging you..." Ikhwan terkejut melihat gadis itu menangis.

Tangan yang memegang pistol menggigil,air matanya mengalir merenung tepat ke arah Ikhwan. Shahar menggaru kepala dan menghela nafas pendek.

"Alisa...kita bawa dia sekali.." Ikhwan berkata.

"Apa?" Shahar terkejut dan Alisa hanya menghela nafas pendek.

"Fine... If that what you want..." Alisa berkata dingin.

Gadis itu kehairanan dan menyedari seseorang sudah berada di belakangnya,Alisa hanya memerhatikan dengan renungan yang dingin. Gadis itu memusingkan badannya ke belakang,namun gerakan Alisa lebih pantas dan memukul bahagian belakang lehernya. Gadis itu rebah dan tidak sedarkan diri.

"Good...now lets move..!" Ikhwan berkata memberi arahan dan Alisa mengangkat gadis itu.

Kenderaan jenis SUV meluncur laju,dan Ikhwan sekadar memandu dengan tenang. Shahar pula di tempat duduk belakang,dia menjeling ke arah Phantom dan gadis itu yang tidak sedarkan diri.

"Bagaimana dengan mereka Alisa?" Soal Ikhwan.

"Buat masa ni Furqon dan yang lain masih dengan aktiviti biasa mereka,Medusa pula tidak tunjukkan sebarang bukti menunjukkan mereka bertindak.." Kata Alisa yang duduk di tempat duduk Alisa.

"Lagi bagus macam tu..." Ikhwan membalas.

"Lagi satu..." Alisa berkata sambil menjeling tajam ke arah Ikhwan.

"Apa?" Soal Ikhwan kehairanan.

"Awak dah dapat Ryeiven,kenapa nak bawa seorang lagi..?" Soal Alisa.

"Nanti jap tengah cari idea..." Balas Ikhwan dan Alisa hanya merengus lembut.

"Lantak awak la..saya tak nak masuk campur..." Alisa berkata sambil menongkat pipi.

S&K Corporation

King menggilap pistol dan Steve masuk sambil membawa dua cawan,dia tersenyum melihat rakannya sedang membersihkan senjata tersebut.

"Jarang kau sentuh senjata tu..." Ujar Steve dan King hanya tersenyum.

"Kau rasa sekarang patut tak aku bagi pada Furqon?" Soal King pula dan Steve hanya meletakkan cawan berisi air kopi serta duduk di hadapannya.

"Aku tak tahu,mungkin kau patut?" Steve mengangkat bahu dan menghirup air kopi.

"Its been so long since he's passed away..." King berkata sendirian.

"Benda tu dah lama.. Just let it go.." Steve berkata dengan tersenyum kelat.

"I try so many time...tapi susah.." King menjawab dan meletakkan pistol itu di atas meja.

Suasana menjadi sunyi sepi dan cawan diambil,dihirup dan memusing kerusinya ke arah tingkap transparent melihat suasana luar bandar. Steve tidak berkata apa-apa,dia hanya membiarkan King melayani perasaannya.

Nissan Skyline GTR35 meluncur laju di atas lebuh raya,Furqon bersama Fadhil seperti dikejar sesuatu. Sebuah lori satu tan di hadapan,dipotong dengan selamba dan belakangnya beberapa motorsikal berkuasa tinggi mengejar mereka.

Hon dari kenderaan tidak dihiraukan,pistol dikeluarkan oleh penunggang motorsikal itu masing-masing. Lalu dilepaskan tembakan ke arah kenderaan milik Furqon,membuatkan Fadhil dan dia tersentak.

"Hawau tul la...kacau daun!" Fadhil menjeling pada cermin sisi.

"Dah tu... Tak reti-reti nak keluarkan pistol?" Furqon berkata geram.

"Pistol aku ke? Adoi!" Gurau Fadhil memandang zip seluarnya sebelum ditampar belakang kepala oleh Furqon.

"Itu function dengan perempuan la bodoh! Senjata api la bebal!" Furqon berkata geram.

"Hehe... Gurau pun tak boleh..." Cebik Fadhil.

"Pernah rasa kena sepak keluar dari kereta?" Soal Furqon mengetap gigi.

Fadhil sekadar menelan air liur dan tersenyum,lalu bawah seat dia duduk ditarik. Selaras senapang riffles tetapi dalam keadaan komponen dilerai,Fadhil mengambil satu persatu dan dipasang dengan pantas.

Furqon kagum dengan kepantasan Fadhil memasang senjata itu,sunroof dibukan dan Fadhil segera memanjat. Penunggang motorsikal itu terkejut sebelum tembakan tepat mengenai tayar,lalu tergolek dan melanggar pembahagi jalan. Satu persatu ditembak dan ada yang terkeluar dari lebuh raya,peluru ditukar oleh Fadhil dan Furqon mengawal kenderaan dengan cekap.

"Urgh...terlebih pula.." Melihat keadaan penunggang yang cedera akibat terjatuh dari motorsikal, Fadhil terasa serba salah dan kedengaran bunyi siren polis.

"Furqon! Polis!" Fadhil berkata sebaik kembali duduk.

Furqon menukar gear dan pendikit minyak ditekan,kenderaan meluncur laju meninggalkan tempat kejadian. Warna kenderaan berubah kepada hitam,mengelakkan daripada dikesan oleh pihak polis.






















Update kali ni pendek je sebab tak terlalu banyak babak aksi.

Harap korang tak kecam ya.

Bye

Your lazy author

Wanzeneth.

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now