Please put your earphone for immersive experience
Song by Blood f8 ft Aimer
Ikhwan memandu kenderaan meluncur laju,Furqon dan Darweez mengekori dari belakang. Alisa sekadar mendiamkan diri,Stella pula menjeling pada cermin sisi dan Ayasha menyanyi kecil di sebelah Darweez.
Mereka bertiga masing-masing memakai alat komunikasi,Furqon tertanya-tanya apa yang Ikhwan sedang rancang.
"Maaf guys sebab diam je,dengar baik-baik..." Kedengaran suara Ikhwan pada alat komunikasi.
"Okay apa yang sebenarnya sedang berlaku?" Soal Furqon dan Stella turut memasang alat komunikasi tersebut.
"Begini sebuah kenderaan berat,sedang dalam perjalanan menghantar barang penting ke lapangan terbang...." Ikhwan memberi penjelasan.
"Barang penting?..." Soal Darweez.
"Ya....ia amat penting,kita perlu pastikan tiada pihak yang merampas..." Jelas Ikhwan.
"Apa benda barangnya?" Soal Furqon.
"Well ia adalah cip yang mengandungi formula menghasilkan senjata pemusnah..." Jelas Ikhwan.
"So kenapa kita kena bantu?" Soal Furqon lagi.
"Sebab Zafril yang ketuai penghantaran itu..." Jelas Ikhwan lagi dan Furqon serta yang lain tersentak.
Furqon mendecih dan gear ditarik,tukar pada pemanduan race mode. Pendikit minyak ditekan dan kenderaan meluncur laju,Ikhwan tersenyum sebaik kenderaan Furqon memintas kenderaannya.
"Oi! Tunggu!" Darweez turut menyusul.
Manakala ketika itu...
Sebuah kenderaan berat dengan kontena panjang,meluncur melalui kawasan lebuhraya. Membawa barang penting dan empat buah SUV,mengekori kenderaan berat itu dari belakang.
Zafril mengetuai pengiringan itu,dia memeriksa sesuatu pada tablet. Maklumat setiap maklumat diperiksa,dia juga tertanya apa yang penting sangat sampai dia kena iringi kenderaan berat itu?
Pada masa yang sama sebuah Nissan Supra meluncur laju ke arah mereka,pemandu salah kenderaan SUV menyedari kenderaan tersebut.
"Tuan Zafril,ada kenderaan sedang mengekori kita dengan laju..." Ujar pemandu itu pada alat komunikasi.
"Apa?" Zafril mengintai pada cermin sisi,dia terkejut dan seseorang keluar dari cermin tingkap kenderaan tersebut.
Cermin sisi kenderaan yang Zafril naiki ditembak,membuatkan dia terkejut sebuah lagi kenderaan jenis SUV juga dengan perisai muncul. Lalu merempuh satu persatu kenderaan SUV pihak Zafril,bergolek kenderaan yang dirempuh melanggar pembahagi jalan.
"Alamak..." Saat kenderaan SUV yang Zafril naik hampir dilanggar,kenderaan SUV musuh berguling dengan tiba-tiba.
Kenderaan itu merempuh pembahagi jalan sebelum masuk ke dalam gaung,pemandu Nissan Supra atau Darren terkejut dengan keadaan itu.
Zafril menoleh ke belakang kemudian tersengih,kerana sebuah Nissan Gtr35 oren berada di belakang Nissan Supra. Furqon menarik semula pistol dan menekan pendikit minyak,memintas Darren dan pada masa yang sama kenderaan Darren dirempuh dari belakang.
"Apa?" Darren terkejut.
"Whoops! Sorry brek tak makan!" Darweez dengan kenderaannya merempuh Darren.
"Sial!..." Darren kena asak dengan teruk,Ikhwan yang tidak jauh di belakang Darweez sekadar tersenyum.
"Well.... Well...seekor lagi tikus bakal disembelih..." Ikhwan tersengih dan Alisa hanya merengus lembut.
"Aku tak jangka perkara ini...!" Darren cuba melepaskan diri dan bergerak ke kanan.
Namun Darweez menekan sesuatu pada dashboard,iaitu sistem baru pada kenderaannya. Lalu keluar satu alat mencengkam kenderaan Darren,Ikhwan dan Darweez tersengih.
"Here comes the trick!" Darweez menarik pedal gear,brek dan pendikit minyak secara serentak.
"Ayasha awak sedia?" Soal Darweez dan Ayasha mengangguk tersenyum.
"Apa yang dia nak buat?" Soal Zafril sebaik dia dan kenderaan berat itu berhenti,Furqon turut sama dan menjeling cermin sisi belakang.
"Aku pula block jalan belakang...." Ikhwan membrek dan berhenti secara melintang.
Kenderaan yang berada di lebuhraya,terpaksa berhenti kerana Ikhwan menghalang jalan raya. Darweez memusingkan kenderaannya,Darren tidak dapat melepaskan diri.
"Now you can die..." Ujar Darweez menekan suis,melepaskan cengkaman kereta Darren.
Darren menyedari kenderaan tercampak melambung keluar dari lebuhraya,Furqon dengan memakai topeng pula pada masa yang sama keluar dari kereta. Zafril ternganga apabila Furqon sedang memegang Bazooka,lalu mensasarkan pada kereta yang sedang melambung.Darren terkesima melihat Furqon sedang membidik pada dia,peluh mula keluar mengalir deras.
"You're the one going to hell first..." Meriam dilancarkan dan peluru berpandu meluru ke arah Darren.
"ARGHH!!!!....." Jerit Darren.
BOOOMMMM!!!
Kenderaan itu meletup dengan bunyi yang kuat sebelum jatuh ke bawah gaung,Furqon sekadar bersahaja dan sempat menjeling pada Zafril. Stella hanya mendiamkan diri sahaja,Zafril bergerak ke tepi memberi laluan pada Furqon beredar. Ikhwan dan Darweez menyusul,Zafril pula sebaik tiga kenderaan itu hilang dari pandangan dia terus mendekati tebing lebuhraya. Kenderaan yang diletupkan oleh Furqon,masih lagi terbakar dan Zafril memejamkan mata sebelum kembali mengiringi kenderaan berat itu.
"Always the same...." Ujar Zafril tersenyum menggelengkan kepala.
"Three down...." Furqon berkata dan Stella hanya menghela nafas pendek.
YAMI yang sedar Darren telah tumpas,hanya mampu tergamam dan mengepalkan penumbuknya sekuat hati. Ace pula bersama Jack,hanya tersenyum licik melihat keadaan itu. Jack pula menggelengkan kepalanya,Yami menjerit sekuat hati marah yang amat.
"One to GO...." Ujar Furqon.
Nissan Gtr35,Mercedez-Benz GLE 63 S Coupe dan Ford Mustang GT meluncur laju meninggalkan lebuhraya.
Yeah!
DRIVER THE ASSASSIN telah masuk ke dalam chapter 60 lebih
Satu pencapaian yang tidak disangka dengan view sudah mencecah 20k lebih
Terus berikan sokongan pada author malas yang sorang ni ya..
Your lazy author
Wanzeneth
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
ActionFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...