FURQON P.O.VAku memapah dato Haziq sebaik keluar dari kereta,Stella dan ibu tirinya segera mendapatkan dato Haziq. Jelas kelihatan air muka risau pada Stella dan ibu tirinya,aku hanya menghela nafas lega dan duduk pada sofa.
"Apa yang berlaku...?" Soal Stella.
Aku menerangkan apa yang berlaku pada Stella,dari awal penceritaan Ikhwan sehingga aku menyelamatkan ayah dia. Stella tergelak mendengar penjelasan,apa pula minah ni ingat lawak?
"Kenapa awak gelak?" Soal aku.
"Awak cerita betul-betul detail..." Ujar Stella dan aku memandangnya dengan muka blur.
"Stella saya serius ni..." Ujar aku pula bengang.
"Okay... Okay,jangan la merajuk..."
Aku hanya menggelengkan kepala,tidak lama lepas itu smartphone aku berdering. Aku buka dan tatap mesej yang diterima,ia daripada King dan dia minta aku datang berjumpa dengannya.
"Furqon,awak nak ke mana..?" Soal Stella sebaik aku bangkit.
"Job calling..I'll see you later..." Ujar aku.
"Okay..." Ujar Stella lemah dan aku hanya tersenyum lalu melangkah keluar dari perkarangan rumahnya.
"Furqon..!"
Langkah aku terhenti apabila Stella memanggil nama aku,lantas aku menoleh ke belakang ke arah Stella berada. Aku terkejut melihat wajah Stella sayu,dia risaukan aku macam tu sekali?
"Please come back safely..." Ujar Stella dan aku tersenyum.
"Don't worry,I'll return to you..." Balas aku dan Stella hanya mendiamkan diri tersenyum kelat.
Aku memandu dan meluncur dari taman perumahan di mana Stella tinggal,aku harap mereka ada dijaga oleh pihak King atau pihak Ikhwan. Aku membelok masuk ke dalam kawasan parkir syarikat,dari jauh aku perasan kehadiran Darweez berjalan beriringan bersama Fadhil.
"Look who come..." Fadhil berkata sebaik menyedari kehadiran.
"Hey...macam mana kerja kau Darweez?" Soal aku sebaik bersalaman dengan dia,kemudian Fadhil pula.
"Beres...nasib baik dato Zahir rehat kat rumah je masa tu,jadi aku stay dalam kereta..." Jawab Darweez mengangguk sambil tersenyum.
"Tak ada yang datang cuba nak apa-apakan dia?" Soal aku lagi
"Ada,apa pulak tak ada...tapi aku dah lipat-lipar diorang dah...ambulance baru sampai.." Seloroh Darweez dan aku tersengih.
"Okay guys... King panggil kita kan..jom naik jumpa diorang,RAU juga ada bersama kita..." Fadhil memberi penjelasan.
"RAU? Siapa tu?" Soal aku dan Darweez juga ingin tahu.
"RAU adalah organisasi yang diketuai oleh Ikhwan..." Jawab Fadhil.
"Apa maksud nama tu..?" Soal Darweez.
"RISE ASSASSINATION UNITE...." Fadhil memberi penjelasan.
"Ah.... Aku tahu organisasi tu!" Darweez berkata teruja.
"Kau kenal?" Soal aku.
"Ya... Organisasi tu adalah organisasi assassin paling awal sebelum S&K...dikatakan digeruni mana-mana penjenayah antarabangsa,kerana apabila mereka bergerak tiada satu pun selamat dan motto mereka adalah 'No Mercy for Criminal' hehe..." Darweez memberi penjelasan panjang.
"Its good you know about that organization,but...CAN YOU GUYS HURRY UP?" Fadhil mula bengang dan kami berlari.
"Ah tuan Fadhil! Tuan Furqon dan tuan Darweez... Boss tengah tunggu kat atas.." Ujar Nina.
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
ActionFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...