Chapter 48 : Hunt

2.3K 176 0
                                    


FURQON P.O.V

Aku menyarungkan sut hitam dan kemeja diikat kemas,sarung tangan kulit kemas dipakai dan kedua pistol berwarna emas aku capai. Laras aku tarik kuat dan simpan di sebalik sut hitam,kemudian aku menghampiri sebuah almari di bilik dan aku tarik pintu.

Pelbagai senjata disimpan dengan kemas,cukup kesemuanya jenis ringan sederhana dan berat. Pintu bilik aku dikuak dan Fadhil berdiri di hadapan,aku hanya tersenyum sahaja dan memikirkan dia adalah majikan aku juga membuatkan keadaan agak janggal.

Senapang riffle aku capai dan campak ke arah Fadhil,sebuah beg aku capai dalam almari sebelum ditutup semula.

"Perlu ke bawa senjata banyak ni?" Soal aku dan Fadhil hanya menghela nafas pendek.

"Remy bukan sembarangan orang,dia pakar senjata dan perangkap...tempat markas dia sekeliling letak periuk api,budak-budak dia semua level elit.." Satu suara menegur dan kami menoleh.

Ikhwan berdiri di hadapan pintu sambil tersengih,aku menjengah mencari kelibat partner belangkas dia.

"Alisa aku minta dia awasi dan lindungi Stella serta Ayasha..." Ikhwan menjawab sebelum aku sempat menyoal.

Aku sekadar menghela nafas pendek,dan terus berjalan melepasinya seiring Fadhil. Ikhwan hanya mengekori kami dari belakang,kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi berada di hadapan mata. Aku terkebil-kebil dan tertanya,siapa punya pula kenderaan depan mata ni?

Fadhil terus mengeluarkan kunci dan tekan,kenderaan itu berbunyi dan terjawab milik dia. Ikhwan pula pergi menuju ke arah kenderaan jenis pacuan empat roda juga,aku mula kehairanan kenapa mereka nak guna kenderaan seperti itu.

"Masuk Furqon...aku terangkan nanti..." Jelas Fadhil menoleh ke arah aku.

Aku tersentak dengan tegurannya,bagaikan berubah personaliti apabila identitinya sudah diketahui. Aku segera naik ke atas,aku sedar sesuatu dan menoleh ke arah pintu rumah. Steve berdiri memandang aku,kemudian menunduk hormat dan aku mengangguk faham.

"Lets go Ohsem..." Aku segera duduk di sebelah pemandu.

"Heh..." Fadhil sekadar tersengih,gear ditarik dan pendikit minyak ditekan.

Kenderaan pacuan empat roda bergerak menuju ke destinasi,sasaran seterusnya adalah kau Remy. Apa yang aku tahu markas dia berada di dalam hutan,jadi kenderaan ini yang kita perlukan. Aku toleh ke belakang,Ikhwan mengekori kami dengan laju.

"Bagaimana kalau terlanggar periuk api?" Soal aku.

"Kita redha je la..." Jawab Fadhil dengan muka selamba.

Aku tersengih menahan geram dan rasanya aku kena tarik balik pujian pada dia,tetap orang yang sama semasa digelar Mr.Ohsem.
"Kau patut tahu kita bermain dengan nyawa sebaik langkah dalam dunia ni..." Fadhil berkata dan menoleh ke arah aku.

"Aku masuk dalam dunia ni sebab nak balas dendam atas kematian ibu bapa aku...lepas semua ni habis aku nak cuci tangan..." Jawab aku membalas renungan Fadhil.

"Fine... After all this done,you can quit..." Balas Fadhil.

"Juga lamar Stella..."

Sebaik Fadhil berkata aku terus tersedak serta terbatuk,Fadhil terkejut kemudian ketawa sambil tersengih. Tak guna punya mamat ni,sempat je nak kenakan aku.

Kenderaan pacuan empat roda meredah kawasan hutan,malah dengan laju dan aku kagum dengan pemanduan Fadhil. Aku rasa memang sesuai dengan pangkatnya,begitu juga kenderaan yang mengekori dari belakang. Ikhwan juga cekap memandu tanpa sebarang masalah,akhirnya kelajuan kenderaan menjadi perlahan. Adakah kita sudah sampai?

"Baiklah dari sini kita akan berjalan kaki..." Fadhil menegur dan aku hanya mendiamkan diri.

"Kenapa? Tak suka?" Soal Fadhil lagi.

"Kau ingat aku siapa? Hutan adalah tempat permainan aku...." Jawab aku dengan selamba.

"Good...and now lets get going.." Fadhil segera menolak pintu kenderaan dan keluar,aku sekadar menghela nafas pendek.

Sebaik sahaja turun dari kenderaan pacuan empat roda,aku menoleh ke satu arah dan terkejut. Ikhwan lengkap berpakaian jaket kulit,sarung tangan hitam dan kasut safety boot semuanya serba hitam. Ikhwan sedar aku memerhatikan,dia sekadar tersenyum simpul. Dua pucuk pistol disisipkan pada tepi kiri dan kanan pinggangnya,Ikhwan memandang ke arah Fadhil mereka berbalas pandangan kemudian mengangguk. Ikhwan segera berjalan dan terjun ke dalam semak,aku kehairanan dan kenapa tidak bergerak bersama?

"Ke mana dia pergi? Kenapa kita tidak berkumpul je..." Soal aku menoleh ke arah Fadhil.

"Ikhwan ada peranan lain,lagipun dia perlukan clear kawasan belakang..." Jelas Fadhil.

Aku dan Fadhil segera menyusup masuk ke dalam kawasan belukar,dia menarik satu alat dan menghalakan ke arah tanah. Pengesan periuk api dan kami berjalan secara perlahan,dengan berhati-hati agar tidak terpijak periuk api.

Fadhil mengangkat tangan tanda supaya berhenti dari terus melangkah,semak kami selak dan kelihatan sebuah markas agak besar serta dikelilingi oleh beberapa pengawal berpakaian lengkap seperti anggota SWAT.

Tidak lama aku nampak kelibat Ikhwan dari jauh,melompat dan mendarat berguling perlahan di atas bumbung. Tetapi hanya sekejap dan dia terus lenyap dari pandangan mata kasar,aku terkejut dan tertanya-tanya apa yang berlaku.

"Camouflage systems...itu baju khas dia jika ada lakukan misi seperti ini...boleh menyamar,jadi halimunan dan juga berjalan pada dinding dengan safety boots dia tu.." Fadhil menjawab seolah-olah mendengar pertanyaan dalam hati aku.

Seorang demi seorang pengawal dijatuhkan,kemudian ditarik dan seolah-olah diletakkan sesuatu. Ikhwan kembali muncul dari sistem halimunannya,dan menekan sesuatu pada tangannya akhirnya pengawal yang ditumpaskan lenyap dari pandangan mata. Ikhwan mengangguk kemudian menoleh tepat ke arah tempat kami bersembunyi,dia menggamit tangan tanda kawasan dia berada sudah selamat.

Aku dan Fadhil berpandangan lalu mengangguk,Desert Eagle aku tarik dan terus berlari bersama Fadhil. Ikhwan memeriksa keadaan sekeliling,akhirnya aku dan Fadhil tiba di sebelahnya.

"Aku akan clear kan kawasan satu lagi,take this put at that pin machine..." Ikhwan memberi satu alat aneh,sambil menudingkan jari ke arah pintu masuk yang dipasangkan mesin pin kod.

Sebaik habis sahaja berkata,Ikhwan segera berlari dan melompat tinggi naik atas bumbung. Ini kali pertama aku nampak manusia lompat setinggi 10 kaki dari tempat aku berdiri.

"Come on lets go...!" Fadhil berkata secara berbisik.

Aku mengangguk dan segera berlari anak ke arah pintu tersebut,alat yang baru sahaja diberi oleh Ikhwan aku halakan ke arah mesin pin tersebut. Tapi dengan tiba-tiba terlekat macam magnet,kemudian kelihatan nombor pada monitor mesin kod itu dan bunyi pintu terbuka. Aku dan Fadhil berpandangan,kemudian mengangguk dan kami segera menggenggam kemas senjata masing-masing.

"Now lets the hunt begin...."

DRIVER : THE ASSASSIN (C)™Where stories live. Discover now