FURQON P.O.VAku berjalan secara perlahan,menyelinap dari satu persatu pohon ke pohon pokok yang lain. Pengawasan boleh tahan ketat aku harap Darweez boleh uruskan sebelah sana,kemudian aku perasan seseorang sedang berkawal.
Bagus dia jauh dari rakannya yang lain,tanpa membuang masa aku terus rangkul lehernya. Aku tarik ke belakang masuk ke dalam semak samun,mematahkan lehernya.
Tumbang seorang dan aku memastikan tiada siapa melalui kawasan ini,aku meneruskan langkah secara teratur dan berhati-hati. Kumpulan penjenayah ini sebenarnya menjalankan perdagangan organ-organ,mereka menculik kanak-kanak dan bayi yang baru lahir. Orang dewasa juga juga turut terkena menjadi mangsa mereka,sebab itu arahan dikeluarkan oleh King.
Aku toleh dan sedar dua orang sedar berkawal,tiada kelibat rakannya yang lain. Lantas dengan pantas tanpa bunyi aku menuju ke arah mereka,aku segera menangkap salah seorang dari mereka berdua dan leher aku patahkan. Seorang lagi cuba menarik keluar pistol,namun tangan aku lebih pantas. Tangannya aku kilas dan dagunya hentak guna tapak tangan,menyebabkan dia kesakitan dan kaki aku terus hentak kepalanya.
Dua sudah rebah tidak bernyawa,aku tarik serta sembunyikan di kawasan belukar yang tebal. Aku berjalan secara membongkok,pisau pendek aku keluarkan sebanyak dua bilah. Kelihatan tiga orang sedang berkawal,lantas dua aku jatuhkan dengan kepala mereka terpacak pisau. Seorang lagi kepalanya berlubang,aku mendekati tiga mayat itu dan meninjau.
"Tiada orang....hmm?"
Aku sedar seseorang sedang menuju ke sini,lantas aku menarik satu persatu mayat ke dalam semak. Nasib baik sempat tanpa disedari,namun orang yang menuju ke sini aku tangkap dan lehernya aku kelar tanpa was-was.
Aku tarik mayat lelaki itu dan memerhatikan keadaan markas dari jauh,boleh tahan juga besar bangunan di tengah hutan. Sudah semestinya mampu kerana kaya dengan bunuh insan tidak berdosa,tapi siapalah aku untuk menentukan dosa dan pahala?
Aku perasan dan ternampak kelibat Darweez,dia menjatuhkan satu persatu musuh di bahagian tidak jauh dari aku berada. Aku memerhatikan dia dari jauh,dan sedar perbuatan dia terbongkar. Malah orang itu cuba menarik keluar pistolnya,dengan segera aku menarik dan menembak musuh tersebut. Darweez menyedari perbuatan aku,lantas aku melambainya dan terus beredar.
Sebaik sahaja semua ahli kumpulan yang berkawal di luar sudah ditumpaskan,aku dan Darweez kembali berkumpul tidak jauh dari bangunan markas musuh.
"Kita kena fikirkan cara untuk menyelinap tanpa disedari dan....." Belum sempat Darweez meneruskan ayatnya,aku mengeluarkan bom tangan dan pin ditarik.
Aku baling ke arah tingkap yang terbuka luas,Darweez tercengang dengan tindakan aku. Letupan yang amat kuat bergema,merosakkan sepuluh peratus dari bangunan tersebut. Jeritan ahli kumpulan itu kedengaran,aku mengeluarkan Colt Python kembar dan berselindung dari sebalik pohon pokok.
"What the hell bro?" Soal Darweez.
"Hmm? What?" Soal aku hairan.
"Bukan ke aku cakap masuk senyap-senyap?...."
"Target kita semua ahli...bukan ketua dia je..."
"Tapi kita patut buat secara senyap..."
"Level macam ni,dah tak boleh...kena banzai..."
"Banzai jubor ko!"
"Relax mereka tidak akan cari lokasi kita..."
"Kau... Eee!!"
Darweez menghentak kaki ke tanah,Sig Sauer P226 dikeluarkan. Dia merengus kasar dan aku tersenyum sinis,aku memberi isyarat dan dia mengangguk dengan mukanya yang geram. Aku terus bergerak ke kiri,Darweez pula ke kanan.
"Itu dia pencerobo-..." Satu peluru aku tanamkan pada salah seorang ahli yang menjerit.
Rakannya yang lain melepaskan tembakan,namun Darweez menarik picu dan dua daripada mereka rebah. Aku berguling beberapa kali,sebelum berhenti dan menembak lima orang dalam satu masa. Satu objek berguling di sebelah aku,ia adalah bom tangan.
"Ops!"
Letupan kuat berlaku dan aku sempat melompat ke dalam bangunan markas,cermin tingkap hancur dek rempuhan. Lagi bagus dari kena bedil dengan bom tangan,aku menyimpan pistol dan mengibas baju. Tidak lama kemudian beberapa orang masuk ke dalam bilik itu.
"Tangkap dia...!"
"Tangkap aku?" Soal aku sambil menepis tumbukan salah seorang dari mereka,dan menumbuk sikunya lalu kedengaran benda patah.
Mereka menyerbu ke arah secara serentak,namun itu adalah kesilapan mereka dan aku gunakan serangan mereka menyerang rakan sendiri. Aku menumbuk dagu salah seorang daripada mereka,rebah dan seorang lagi menyerbu dengan pisau. Aku tersenyum sinis dan menepis,pisau dia terpacak pada dada kawannya seorang lagi.
"Woo kau tikam kawan sendiri..." Ujar aku tersengih."Sial kau! Mampus la!" Dia menghayunkan penumbuk,namun tindakan terhenti apabila aku mengacukan pistol tepat pada dahinya.
"Sorry maut belum nak jemput aku..." Ujar aku seraya melepaskan tembakan tepat pada dahinya.
Rakannya yang lain terkejut,dan aku terus melepaskan tembakan tanpa henti. Semua yang berada di situ mati,tiada satu pun terlepas dan seseorang masuk melalui tingkap. Aku segera mengacukan pistol ke arahnya,dan aku terkejut.
"Woo aku la!" Darweez mengangkat tangannya.
"Sorry bro..langkah berjaga-jaga.." Jawab aku dan Darweez menghela nafas pendek.
Aku mengisi kelongsong peluru,dan sebaik siap aku simpan di sebalik sut. Aku dan Darweez mendengar tapak kaki menuju ke sini,agak ramai dan menyedari beberapa laras senapang jenis AK-47 di hadapan kami.
Kami berdua berpandangan,sebelum tersengih licik antara satu sama lain. AK-47 kami capai dan beberapa magazine aku ambil,untuk kecemasan dan sebaik sahaja kami keluar dari bilik itu. Puluhan ahli kumpulan itu berlari ke arah kami,lantas aku dan Darweez mengacukan senapang perak oren itu.
"Lets me send you guys to hell...." Ujar Darweez.
"Desparado!" Teriak aku menarik picu.
YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
ActionFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...