Please put the earphones,ni muzik slow dan rancak ketika di pertengahan....author like it..hehehe
Kereta Nissan Skyline yang Furqon baru terima ni memang hebat,kelajuan dan pengawalan memang terbaik. Furqon bukan tahu sangat pasal kereta mewah macam ni,kemudian telefon pintar bergetar. Ada mesej masuk agaknya,lantas dia capai telefon dan membuka peti simpanan pesanan ringkas.
"Target...Din ringo,umur 37 dan kesalahan samun bersenjata..menyebabkan kematian budak kecil berusia 2 tahun...atas sebab bukti tidak cukup suspek dibebaskan tanpa ikat jamin.." Furqon membaca mesej tersebut dan menghela nafas pendek.
"Hmm..jadi ni target pertama aku?" Furqon soal dalam hatinya,kemudian dia membelokkan kenderaannya di sebuah taman perumahan.
"Rasanya si Hassan tu mesti terkejut kalau aku info pasal kes Adam tadi,belum bab kereta ni.." gumam Furqon berfikir mencari idea,kemudian telefon pintar iPhone berdering.
"Hello?" Sahut Furqon.
"Sekarang mesti encik Furqon pening nak beritahu mengenai kereta ini bukan?" Soal pemanggil tanpa memberi pengenalan diri,tapi suara dia Furqon sudah dapat agak.
"King...." ujar Furqon sambil menghentikan kenderaan berhampiran hadapan rumah sewanya.
"Ya itu gelaran saya...awak boleh panggil Bakar jika kamu nak.." ujar King lagi memperkenalkan nama sebenarnya,biarpun hanya nama pendek.
"Enough with that chit chat.." ujar Furqon tenang memerhatikan keadaan luar taman.
"Alright...alright...here my opinion,you just have to move out...I'll prepare you a house.." Furqon tersentak mendengar penjelasan daripada King.
"Are you serious?" Furqon menyoal bagai tidak percaya.
"It's no use for me to lie...i sent you the address...just go,everything has set up for you..." ujar King dalam talian kemudian terus dimatikan.
"Haih...." Furqon menghela nafas pendek,dan kembali pandu keluar meninggalkan taman perumahan tersebut.
"Waa......you got be kidding me..." ujar Furqon menghentikan di alamat yang King hantar,kemudian pintu pagar terbuka secara automatik.
"WOO...pintu automatik..." Furqon mengangguk kagum dan memandu masuk serta parkir Nissan Skyline Gtr35 di kawasan taman rumah yang bagaikan villa percutian.
"Selamat Datang encik Furqon.." sapa satu suara sebaik sahaja Furqon keluar dari perut kereta.
"Ah...terima kasih...dan kamu?" Furqon tidak mengenali orang berusia 40an berpakaian uniform kot seperti pelayan.
"Ahaha...maafkan atas kebiadaban saya,nama saya Steve...dan saya akan bantu tuan dalam hal mengenai hitman..."
"Dah macam Black Butler...." gumam Furqon dalam hatinya.
"Eh? Sekejap awak kata hitman? Itu apa?" Soal Furqon kurang faham.
"Hitman adalah pembunuh upahan tuan Furqon..." ujar Steve tersenyum dan Furqon hanya tersengih mendengar jawapannya.
"Ouh...jadi bagaimana maklumat Din Ringo ni?" Soal Furqon lagi memeluk tubuhnya.
"Ada baiknya tuan masuk ke dalam rumah dahulu,persiapkan apa yang patut..." jawab Steve tersenyum,Furqon hanya mengangguk sahaja dan memasuki ruang ruang.

YOU ARE READING
DRIVER : THE ASSASSIN (C)™
AcciónFurqon asalnya hanyalah despatch biasa kepada syarikat guaman,namun atas satu peristiwa dia diupah oleh seorang digelar King. Tugasannya adalah membunuh pesalah yang terlepas dari tali gantung,namun tanpa dia sedar semuanya adalah bersebab. Sehing...